Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

14 July 2020

Makanan Sedap Di Restoran Sana Sini DPulze Cyberjaya

Assalamualaikum dan hai,

Tak kira hujung minggu atau hari biasa, Qiss selalu datang Cyberjaya sama ada untuk mesyuarat ataupun keluar dengan rakan-rakan. Selalunya Qiss akan ke DPulze Cyberjaya. Bila dah lapar memang wajib cari restoran untuk singgah makan.

Menariknya kat Dpulze Cyberjaya ni banyak restoran dan paling memikat hati serta kena dengan selera Qiss ialah Restoran Sana Sini.


Restoran ni unik kerana menyediakan makanan fushion Hong Kong tapi masih kena dengan tekak orang Malaysia. Qiss suka makan kat sini sebab portion yang besar dan bahan-bahan yang digunakan pun segar.

Jom tengok menu yang ada kat restoran ni.

Butter Chicken With Egg Floss Rice

Salted Egg Chicken Wing
Claypot Beancurd With Vegetable


Curry Laksa Noodle

Black Pepper Beef Rice

Sweet And Sour Fish Rice

Menu mesti cuba kalau anda dah singgah ke Restoran Sana Sini ialah Spicy Szechuan Chicken Rice di mana menu ni sesuai untuk anda yang sukakan pedas.

Rasa nak makan udang? Boleh order King Prawn Kway Teow With Ginger and Egg. Sedap bila anda hirup kuah hidangan ni.

Antara menu yang ada di Restoran Sana Sini DPulze Cyberjaya 

Bagi peminat spaghetti, Qiss cadangkan anda cuba Spaghetti Aglio Olio With Seafood. Memang sedap!!


Tapi ada satu menu yang menarik perhatian Qiss sebab cara hidangannya menggunakan buah nanas. Pineapple Seafood Fried Rice ni merupakan nasi goreng seafood dan rasanya sangat sedap.

Lain-lain menu ialah Nasi Ayam 7 Adik Beradik, Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom, Sizzling Ayam Bakar Rice, Hokkaido Curry Chicken Chop Rice With Omelette, Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop, Classic Chicken Carbonara, Fire Flame Cajun Chicken Chop, Salted Egg Yolk Squid Rice, Sambal Prawn Rice dan Butter Milk Chicken Rice.

Jom layan video ni. Lepas tu boleh cuba semua menu yang ada.



Jangan lupa bawa kawan-kawan makan kat sini okehhh.. Macam Qiss hari tu, sempat makan-makan dengan kawan kat sini.

Blogger Malaysia suka makan kat Restoran Sana Sini

Qiss pun tak sabar nak ulang makan kat sini. Kali ni nak makan dengan family pula.

Alamat:
Restoran Sana-Sini 
Lot Number: LG 01, 
DPULZE SHOPPING CENTRE, 
Persiaran Multimedia, 
Cyber 12, 
63000 Cyberjaya, 
Selangor

Facebook: 


Instagram: 

Read More

Faith Fleur Buat Erra Fazira Jatuh Cinta Lagi

Hampir tiga dekad bergelar anak seni hingga pernah diberi jolokan primadona filem Melayu, Erra Fazira hingga kini tetap relevan serta ampuh di Iiganya yang tersendiri. Pemilik nama penuh Fazira Wan Chek, 46, ini juga antara yang terus diberi kepercayaan mewakili jenama sesebuah produk.

Terbaharu, pemenang trofi Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak tujuh kali sejak 1994 ini bersetuju menerima lamaran jenama Faith Fleur mewakili set rangkaian produk rambut. Kontrak setahun dengan pilihan setahun lagi itu bermula Jun lalu dipersetujui ibu kepada Engku Aleesya ini selepas meyakini jenama yang sudah bertapak sejak tahun 2017

Erra Fazira dilantik menjadi Duta Faith Fleur - gambar dari MegatReview

"Saat kali pertama diberi tempoh percubaan menggunakan rangkaian produk ini awal Jun lalu, saya rasa seperti jatuh cinta lagi. Ramuan dan baunya yang wangi terus menambat hati saya. Dua kali menggunakan rangkaian produk terdiri daripada tonik, serum, pewangi dan pelembap rambut, syampu ini saya sudah dapat merasai perbezaan ketara. Paling utama ialah rambut saya sejak kebelakangan ini yang kerap gugur kerana beberapa faktor seperti usia dan bertudung sudah mula berkurangan. 

Saya kalau mencuci rambut dengan syampu rambut memang akan penuh di lantai bilik mandi. Begitu juga di sikat rambut akan penuh rambut gugur terkumpul. Tapi sekarang saya tidak risau lagi dengan ada Faith Fleur di sisi," katanya. Bagi pelantun lagu Hanya Di Mata ini, dia percaya dan optimis rangkaian produk Faith Fleur ini akan terus terbang tinggi dengan kualiti dimiliki.

Erra Fazira menandatangani poster sebagai Duta Faith Fleur - gambar dari MegatReview

Apatah lagi jenama berkenaan juga berani menyunting Erra menjadi duta pertama di kalangan artis untuk Wakilan produk mereka. "Sesuatu yang saya sendiri bangga terhadap produk ini ialah ia buatan Malaysia dan dihasilkan bumiputera. 

Malah saya diberitahu mereka juga akan terus menerbitkan pelbagai rangkaian produk lain pada masa akan datang. Faith Fleur sudah ada kelompok peminatnya selama ini. Moga dengan pelantikan saya ini sebagai duta mereka akan terus membuatkan jenama ini melebarkan pengaruhnya dengan lebih luas," kata Erra. Mengenai pelantikannya, pengacara program bual bicara Mingguan Wanita di Astro ini percaya rezeki itu tidak pernah salah alamat.

Erra Fazira Duta Faith Fleur

Pada akhirnya Erra percaya ia berbalik kepada soal rezeki. Soal aktif atau tidak atau persaingan dengan artis generasi baru itu semuanya bersifat subjektif. "Apabila rezeki berpihak kepada kita, maka disambutnya dengan hati yang terbuka. Sekaligus mensyukuri nikmat diberi. Untuk masih dipandang relevan hingga diberi kesempatan menjadi wakil jenama produk, saya berterima kasih kepada mereka yang memberi kepercayaaan," katanya. Pelakon filem Polis EVO 2 ini ketika ini hanya memenuhi komitmen mengacara.

"Saya masih mengacara di Mingguan Wanita untuk musim kedua. Macam kerja lakonan semua dapat diselesaikan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan lagi. Jika ada tawaran berlakon yang kena dengan waktu dan bersesuaian kelak, saya sedia mempertimbangkannya lagi. Selebihnya masa saya banyak bersama anak di rumah," katanya.

Sementara itu, Faith Fleur adalah produk penjagaan rambut yang dikeluarkan oleh Ctymary Resources Sdn Bhd. Ia diusahakan pasangan suami isteri, Siti Mariam Abd Samad (pengasas) dan Halim Bahadorisam (pengasas bersama). Syarikat ini ditubuhkan pada 10 Februari 2017, bertempat di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor. Satu lagi cawangan di Bintulu, Sarawak pada awal bulan September 2018. Maksud Faith ialah kesetiaan manakala Fleur diambil dari perkataan France iaitu bermaksud bunga.

Faith Fleur merupakan syarikat yang khusus dalam pengeluaran produk penjagaan rambut yang terdiri daripada syampu, pelembap rambut, serum, pewangi rambut dan tonik. Seperti yang diketahui umum, rambut merupakan aset penting bagi setiap manusia. Oleh itu, ia memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti. Formula produk Faith Fleur sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki dan wanita.


Produk Faith Fleur adalah Halal dan Mesra Wuduk. Selain itu, produk ini dapat menghapuskan kutu, melembutkan rambut, membaiki rambut rosak, bebas kimia berbahaya seperti Paraben, SLS & dan Sabun serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pemilihan Erra Fazira sebagai duta baharu dilihat mampu mengangkat jenama Faith Fleur ke peringkat lebih tinggi. "Beliau sememangnya seorang yang dikenali ramai dan mempunyai kredibiliti terutamanya dalam penggunaan produk yang dipakainya. Persetujuan Erra mewakili jenama .ini setelah beliau merasai sendiri perbezaan dalam menggunakan rangkaian produk ini," kata Siti Mariam Abd Samad yang juga anak didik mentor keusahawanan Dr Azizan Osman.


Erra telah mengikat kontrak setahun dengan pilihan sambungan setahun lagi selepas meyakini jenama yang sudah bertapak sejak tahun 2017 lagi. Maklumat lanjut serta pembelian produk boleh didapati di laman web https://www.faithfleur.my/ ataupun menghubungi pengedar berdaftar di Facebook faithfleurhq dan Instagram @faithfleurhq

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 03 5103 0515.
Read More

11 July 2020

Produk Penjagaan Diri Dan Kosmetik Mampu Milik Keluaran KENZ

Assalamualaikum dan hai semua,

Hari ni Qiss nak cerita sikit tentang produk Kenz yang telah berada dipasaran sejak 1 Julai yang lalu. Sejak dikeluarkan, Qiss menjadi orang pertama untuk mencuba sendiri produk ni. Haa nak tahu best ke tidak produk ni, jom baca sampai habis.

Produk penjagaan diri dan kecantikan KENZ telah berada dipasaran

Terdapat  5 jenis produk permulaan yang dikeluarkan oleh KENZ dan 5 produk KENZ tersebut ialah:

Penjagaan Diri (Skincare)

1. Facial foam/pencuci muka
2. Serum

Facial foam dan serum KENZ product


Kosmetik

1. Mineral Compact Powder
2. Eyeliner
3. Magic Lip Balm



5 produk ni mesti ada dalam beg tangan Qiss untuk pastikan Qiss tetap cantik bila jumpa dengan klien ataupun semasa temujanji.

Dengan tagline Pasti Sesuatu Oops.. matlamat pengeluaran produk ini adalah untuk menyediakan anda ketika berada diluar rumah apabila anda perlu produk ringkas untuk mencuci muka dan bersolek dalam waktu yang singkat.

Jom tengok huraian mengenai produk KENZ ini.

1. Pencuci muka/facial foam

Pencuci muka ini boleh dipakai oleh semua golongan lelaki dan perempuan. Berfungsi sebagai pembersih muka, pencuci ini amat senang digunakan. Anda hanya perlu picitkan sedikit di tapak tangan dan cuci muka selama 60 saat. Kemudian bilas dengan air bersih. Kulit anda akan terasa segar dan bersih selepas mencuci muka menggunakan pencuci muka ini.

2. Serum

Serum penting untuk menghasilkan kulit yang lebih sihat, tegang dan cantik. Serum dari KENZ ini senang dibawa ke mana sahaja dan sangat mudah menyerap ke dalam kulit.

Jom dapatkan produk KENZ ni dengan Qiss. Boleh DM ig @qisstiera 


3. Bedak/Mineral Compact Powder

Mineral compact powder ini didatangkan dengan satu tona warna tetapi hasilnya sangat cantik dan tidak bercapuk. Sesuai untuk anda touch up make up anda semasa di luar rumah.

4. Eyeliner/Penggaris mata
Qiss suka guna eyeliner yang jenis cecair seperti ini kerana senang untuk dilukis dan hasilnya lebih kemas. Eyeliner ini juga mesra Wudhuk dan senang untuk ditanggalkan.

5. Magic Lip Balm
Boleh merawat kulit bibir kering dan menjadikan warna bibir lebih natural. Warna yang terhasil pula mengikut jenis darah anda.

Anda akan nampak perbezaan apabila selesai mencuci wajah menggunakan pencuci muka seterusnya anda dapat mengekalkan keremajaan kulit dengan penggunaan serum keluaran KENZ ini.

Wajah anda akan lebih berseri bila di oles dengan mineral compact powder, seterusnya mata akan kelihatan lebih galak dengan penggunaan eyeliner dan bibir akan lebih cantik dengan pemakaian magic lip balm dari KENZ ni.


Berbaloi beli produk ni sebab saiznya yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja dan harga bagi setiap produk sangat berpatutan.






Jom dapatkan produk KENZ ni. Nak beli dengan Qiss pun boleh. COD Kajang dan Shah Alam.


Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai produk ini, layari:

Facebook

Instagram 

No. Telefon 
Cik Erina 019 7794 764

#pastisesuatuoops
#kenzproduct
#magiclipbalm
#mineralcompactpowder
#kenzkajang
#kenzshahalam
#kenzselangor
Read More

Pengeluar Racun Serangga No. 1 Di Jepun Teroka Pasaran Malaysia Dengan Enam Produk

Assalamualaikum dan hai,

Memiliki rumah tanpa serangan serangga memang diidamkan oleh semua orang. Bagi Qiss sekeluarga, pencegahan amat penting dalam mengawal serangan serangga di rumah. Qiss kerap menggunakan racun serangga dan pelbagai produk penjagaan rumah bagi mengelakkan terkena serangan serangga.

Kini, Earth Corporation Jepun (EC), peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan racun serangga, memperkenalkan produk bertaraf dunianya di Malaysia. Jadi Qiss pun tak perlu risau kerana produk ini dapat membantu Qiss menjaga persekitaran rumah.

Earth Corporation telah ditubuhkan sejak 128 tahun lalu pada tahun 1892 dan merupakan peneraju pengeluar produk penjagaan rumah dan kawalan serangga perosak, penghalau serangga, penjagaan mulut, bahan tambahan mandian, penyegar udara dan penyahbau, serta alatan berkebun dan produk haiwan peliharaan.


Syarikat tersebut telah mambangunkan dan membekalkan pelbagai barangan berkualiti tinggi kepada pengguna selama lebih satu abad, meningkatkan kebersihan dan keselesaan kehidupan seharian. Dengan kemudahan R&D yang canggih dan menghasilkan lebih daripada 100 produk baharu setiap tahun, syarikat itu sentiasa berusaha untuk kekal berada selangkah di hadapan di dalam pasaran.

Di Jepun, produk kawalan serangga perosak kami merangkumi lebih 50% bahagian pasaran (angka 2018) untuk pasaran domestik. Ini mencerminkan kepercayaan dan keyakinan pengguna Jepun yang bijak menilai pelbagai produk yang telah kami perkenalkan selama ini.   

Enam produk yang kini dijual di pasar raya utama di Malaysia dipasarkan di bawah beberapa jenama yang berbeza. Antaranya adalah: 

1. Penyembur Fabrik NATUCAIR
Penyembur fabrik yang dihasilkan menggunakan Pati Minyak Semulajadi. Ia menyahkan bau hapak, menghilangkan lebih 99% bakteria dan virus, menghalang tungau dan 100% bebas alkohol.

Penyembur Fabrik NATUCAIR

Terdapat dalam 3 varian - Relaxing Purple, Sparkling Yellow dan Pink Blossom.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 12.90

2. Gel Penyegar Udara dan Penghalau Nyamuk NATUCAIR

Penyegar udara semulajadi tidak beracun dan juga penghalau nyamuk.

Gel Penyegar Udara dan Penghalau Nyamuk NATUCAIR

Terdapat dalam 3 varian – Relaxing Purple, Lively Green dan Pink Blossom.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 13.90

3. ARS Hoy Hoy Trap-A-Roach

Perangkap lipas No 1 di Jepun dengan umpan penarik bebas racun serangga yang diperbuat daripada makanan kegemaran lipas. Gam perangkap bergelombang yang kuat dapat menampung berat sehingga 15kg.

ARS Hoy Hoy Trap-A-Roach

Perangkap berbentuk rumah itu direka khas sesuai dengan tabiat lipas dan menyembunyikan pandangan lipas yang terperangkap pada gam yang kurang menyenangkan.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 5.60

4. Umpan Lipas Semulajadi ARS White Cap  

100% bahan semulajadi. Umpan ini dirumus berdasarkan makanan kegemaran lipas dan asid borik, bahan aktif yang dihasilkan secara semulajadi.

Umpan Lipas Semulajadi ARS White Cap

Ia berupaya menghilangkan keseluruhan sarang lipas dan berkesan sehingga enam bulan.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 11.90

5. Perangkap Tikus Bergam ARS

Perangkap tikus bergam terlaris di Thailand!

Perangkap Tikus Bergam ARS

Gam yang sangat kuat dan bebas bau. Termasuk alas plastik kalis air tahan lama dalam dua saiz (satu alas besar dan dua alas kecil)

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 10.90

6. Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH

Ringkas, mudah digunakan dan efektif! Hanya acukan dan sembur.
Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH

Penyembur Pembersih Penyaman Udara Earth mempunyai muncung pemicu jet yang berkuasa untuk pembersihan yang efektif dan membantu mengurangkan pertumbuhan kulat dan kulapuk di antara bilah penyejuk.


Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH


Ia membersih, menghilangkan bakteria dan virus serta menyahbau dengan wangian ekstrak daun teh hijau.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 24.90

Nobuhito Hosaka, Pengarah Urusan Earth Home Products (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat subsidiari milik EC berkata: “Sebagai permulaan, kami memperkenalkan enam produk penjagaan rumah dan kawalan serangga di Malaysia. Kebanyakannya adalah produk terlaris di Jepun dan di negara-negara di mana produk Earth Corporation dipasarkan. Salah satu produk terunggul kami adalah penyembur penyahbau fabrik bebas alkohol yang dihasilkan menggunakan pati minyak, yang menghilangkan lebih 99% bakteria, virus dan menghalau tungau.” 

“Kami mendapati kebimbangan terhadap pandemik dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh serangga seperti denggi, menimbulkan permintaan kepada keperluan rangkaian penjagaan rumah kami. Produk-produk ini membantu menjadikan persekitaran rumah lebih selamat dan sihat untuk seisi keluarga.”

“Digabungkan dengan strategi harga yang berpatutan, kami yakin produk kami akan disambut baik di Malaysia,” tambah beliau.

Sertai Peraduan EARTH HOME INSTATALENTS dan Menang Hadiah Menarik


Bermula dari 11 Julai hingga 31 Julai 2020, anda berpeluang memenangi hadiah menarik dengan menyertai peraduan ini.

Langkah-langkah:

1. Post video atau gambar anda bersama produk Earth Home.

2. Sertakan tanda pagar/hashtag #earthhomemalaysia #earthhomeinstatalent

3. Tag 3 orang rakan anda dan@earthhomemalaysia

4. Set kan profil Instagram anda ke mod awam/public mode

Haa senang je kan nak menang hadiah tu. Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Laman rasmi 

Facebook

Instagram 
Read More

07 July 2020

Cara Guna dan Fungsi Pelembap Muka Yang Tidak Berminyak dari Hansaegee Nature

Assalamualaikum dan hai semua,

Kita semua dah sedia nak keluar rumah kan dan kena hidup dalam norma baharu. Walaupun kita gunakan pelitup muka, bahagian wajah kita yang lain tetap terdedah kepada persekitaran dan masa inilah pentingnya kita menggunakan krim yang sesuai dengan wajah.

Qiss pilih untuk menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Walaupun dah lama tak keluar rumah lepas tu keluar rumah tanpa memakai apa-apa krim akan menyebabkan kulit kita senang sunburn dek panahan matahari tau.

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni adalah sejenis moisturizer dan bukan krim pemutih semata-mata. Nama produk ni juga menjelaskan fungsinya. Menurut laman web Hansaegee Nature, krim pelembap ni berfungsi untuk turut merawat sunburn dan redness pada kulit.

Selain itu, dinyatakan juga yang moisturizer ni cepat meresap ke dalam kulit, menyegarkan kulit dan tidak melekit, maka sesuai untuk cuaca Malaysia dan panas dan lembap sepanjang tahun. Moisturizer ini juga dinyatakan sesuai untuk semua jenis kulit. Bagi anda yang nak keluar rumah tu memang digalakkan untuk memakai krim ini sebagai base makeup. Make up tahan lama juga dan kulit anda dilindungi daripada terik matahari

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Fungsi dan bahan :

1. Mengandungi Camellia Japonica Seed Oil - macam-macam benefit untuk kecantikan menggunakan Camellia Japonica Seed Oil ni.

2. Mengandungi Niacinamide - fungsi anti penuaan & mengurangkan garis halus. Garisan halus penuaan yang terbentuk di bahagian mata akibat penuaan dan kulit kering kian pudar jikalau anda memakai krim ini secara berterusan.

Tekstur Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature apabila disapukan pada kulit


3. Non-comedogenic (tidak akan menyebabkan pori tersumbat). Bila pori-pori kita tidak tersumbat, krim lebih senang meresap ke dalam kulit dan menghasilkan kulit yang lebih cantik. Bila pori-pori tersumbat kulit jadi kusam dan tidak bermaya.

4. Cepat menyerap dan penyerapan jauh ke dalam lapisan kulit. Qiss suka pakai krim yang cepat menyerap ke dalam kulit sebab tak perlu tunggu lama untuk krim kering sebelum make up. Jadi akan lebih jimat masa semasa berhias dan berdandan.

Review Aqua Whitening Cream

Tekstur

Qiss suka tekstur krim ni sebab ringan dan bila pakai kat muka tak rasa melekit dan berminyak. Warna dia semi-transparent tau bukan warna putih solid tu. Senang nak menyerap ke dalam kulit. Bila sapu kat muka krim ni cepat menyerap ke dalam kulit.

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature 

Qiss guna krim ni selepas mandi dan disapukan krim ni selepas penggunaan toner. Kulit Qiss jadi lebih anjal dan tona kulit lebih sekata. Best juga sebab tak ada bau yang tidak menyenangkan dan tak ada iritasi pada kulit Qiss. Kira macam serasi juga lah.

Qiss juga tak pernah lupa nak bawa krim ni semasa bercuti sebab Qiss tak perlu bawa banyak produk lain sebab hanya dengan krim ni, Qiss boleh menjaga kulit lebih dari jangkaan Qiss sendiri. Walaupun hanya satu krim tapi ia masih boleh melembapkan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah.

Cara penggunaan Aqua Whitening Cream

Cara penggunaan yang betul adalah sapukan krim ini di wajah dan urutkan ke seluruh wajah anda. Kemudian secara perlahan tap kan jari anda pada keseluruhan wajah dan titisan air akan muncul segera. Air ini sangat senang diserap ke dalam kulit dan memberi kesan kelembapan pada kulit wajah.

Cara guna Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ialah sapukan krim pada wajah lepas tu tap tap kan jari pada keseluruhan wajah setelah beberapa ketika, titisan air akan muncul dan ratakan pada wajah. Kulit wajah akan lebih mudah meresap krim yang menjadi titisan air tadi.

Bergantung pada jenis kulit anda, titisan air akan muncul dan anda akan mengalami rasa basah pada kulit. Ada jenis kulit yang boleh nampak titisan air tu dan ada yang hanya dapat rasa kesan air yang basah tu. Lepas kesan air tu dah muncul bolehlah anda ratakan keseluruhan muka dan akan dapat kesan glowing pada kulit macam muka Qiss kat dalam gambar tu. Anda kena rajin gunakan krim ni untuk dapatkan tona kulit sekata sekiranya anda mengalami sunburn.

Kesan selepas penggunaan selama sebulan
Lepas sebulan masih berbaki lagi dalam botol krim ini. Masih tak habis walaupun Qiss pakai krim ni setiap hari, kiranya jimat jugalah kan. Kulit Qiss lebih lembap dan sihat dari dalam. Warna kulit lebih sekata. Make up juga tahan lebih lama.

Kulit wajah jadi lebih segar dan sihat serta lembap selepas penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature 

Qiss rasa krim ni banyak membantu Qiss mengawal pengeluaran minyak di muka dan ini membuatkan kulit Qiss kelihatan lebih berseri-seri. Qiss dah kurang berpeluh jika berada di tempat yang panas sebab sebelum ni muka Qiss jenis cepat berpeluh walaupun terkena matahari sekejap. Orang panggil puteri lilin gitu. Tapi Qiss boleh je berjemur tengah panas cuma tak tahan kalau berpeluh.

Mujurlah ada Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni. Anda jangan risau sebab krim ni sesuai untuk semua jenis kulit samada kulit anda kering, sensitif, berminyak ataupun berjerawat. Haa gitu..

Bagus kan guna krim ni. Jenis produk pula ialah memutihkan dan melembapkan kulit muka. Menjadikan muka lebih glowing dan sihat dari dalam. Anda boleh gunakan krim ni pada bahagian muka dan leher bagi mendapatkan warna tona kulit yang lebih sekata dan bagi hasil yang lebih bagus seeloknya digunakan sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu siang dan juga malam.

Aqua Whitening Cream
RM143.80  |  50g 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk boleh layari:

Brand: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia






Read More

06 July 2020

Pengalaman Qiss Pertama Kali Memakai Tudung Dan Cerita Disebaliknya

Assalamualaikum dan hai,

Hari ni Qiss nak sembang santai dengan anda pasal pengalaman Qiss mula-mula pakai tudung.

Cerita menarik ni Qiss nak kongsikan sebab sebagai seorang perempuan mesti pernah terdetik hati bila mula-mula nak pakai tudung kan. Tidak kisah cepat atau lambat moga kita semua diberikan hidayah untuk bertudung satu hari nanti.



Kali Pertama Berhijab / Memakai Tudung

Qiss mula pakai tudung masa umur 12 tahun. Bila umur 12 tu masih sekolah rendah kan. Kawan lelaki sekelas Qiss tegur kalau awak pakai tudung lagi nampak cantik. Haa balik sekolah tu Qiss terus minta umi belikan tudung bawal untuk Qiss pakai kalau keluar rumah. Umi terkejut masa tu, betul ke kak nak pakai tudung. Qiss angguk jela sebab ada orang puji cantik. Haa sekarang dah betulkan niat bertudung tu untuk menutup aurat.


Alhamdulillah, Allah jentik hati Qiss seawal umur 12 tahun untuk bertudung melalui seorang kanak-kanak lelaki. Betapa bagusnya didikan mak ayah dia kan. Dia sendiri pun bagus sebab berani tegur Qiss bab tudung ni. Sampai sekarang Qiss masih berkawan dengan dia walaupun kami dah bawa haluan masing-masing.

Tapi sejak pakai tudung memang rasa taknak buka dah tudung. Kalau mandi kat laut pun masih bertudung. Bila pakai tudung ni rasa lebih selamat dan orang lebih hormat kat kita. Lelaki pun tak ada yang nak dekat dengan kita sebarangan.


Bila dah ada kerja sendiri  Qiss mula cari tudung yang cantik-cantik dan sesuai dengan citarasa Qiss. Pernah juga Qiss pakai tudung terbaru keluaran jenama tempatan. Sampailah Qiss kenal jenama Shera Lee.

Selalu tengok kat laman web dan online sahaja. Tapi bila Shera buat open house Hari Raya Aidilfitri hari tu, dapatlah Qiss berjumpa dengan Founder Shera Lee sendiri dan tengok pelbagai jenis koleksi Shera Lee yang selama ni Qiss tengok online je. Haa teruja tengok warna dan corak tudung yang ada kat outlet Shera Lee.

Pengalaman Digayakan Hijab Oleh Shera Lee

Paling menarik masa open house Shera Lee kat outlet Shera Lee di Tamarind Square, Cyberjaya, Shera sempat membuat styling dan make over Qiss tau. Haaa gaya yang Shera buat sangat memenuhi citarasa Qiss.

Ni gaya Qiss sebelum di make over oleh Shera

Menggunakan Satin Diamond berwarna Warm Violet. Pertama kali Qiss pakai shawl Satin Diamond ni tau. Rupanya senang nak digayakan. Jeng..jeng..jeng.. jom tengok Shera gayakan shawl Satin Diamond ni kat Qiss.

Shera dah mula untuk make over gaya tudung Qiss menggunakan Satin Diamond Warm Violet

Cun tak? Cantik tak? Cantik kan.. Selalu kita gunakan tudung bawal je nak dapatkan tudung macam ni. Rupanya kalau guna Shawl Satin Diamond ni pun masih boleh digayakan ala-ala tudung bawal. Haa gitu..

Jom tengok video ni


Lepas ni boleh Qiss cuba gaya bawal gunakan Satin Diamond Shera Lee je. Cantik shawl dia dan kain pun lembut. Senang nak dibentuk dan digayakan. Banyak pilihan warna yang ada. Boleh beli secara online ataupun walk-in ke outlet Shera Lee di Tamarind Square, Cyberjaya.

Satin Diamond Shera Lee pelbagai warna dan pilihan yang ada.

Pembukaan Semula Pushcart Shera Lee di Nu Sentral

Bagi anda yang tertanya-tanya sama ada di Kuala Lumpur ada outlet Shera Lee ataupun tidak, bermula 1 Julai yang lalu, Shera Lee telah membuka semula pushcart mereka di Nu Sentral tetapi di pushcart ni hanya dijual tudung dan shawl yang defect ataupun tidak melepasi standard Quality Control Shera Lee. Jadi anda masih boleh dapatkan tudung Shera Lee pada harga yang lebih murah. Kebanyakan defect tak teruk sangat dan kadang-kadang tak perasan pun.



Bagi yang nak membeli secara online shawl dan tudung oleh Shera Lee boleh beli di laman web https://sheralee.my/
Read More

02 July 2020

Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Selangor!


Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand

Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti.

Di Selangor, Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam.  


Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini.

Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni!

Shuhaida Kabdy turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut.

“Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas saya. Saya ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan santan dan jagung manis Ayam Brand menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Bubur Kacang,” jelas Shuhaida.  


“Saya berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau.

Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.

“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Shuhaida menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah, Puan Shidah.


Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.

“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.

Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia.

“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:

📌 KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur 

📌 PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung 
Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan 

📌 TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman 

📌 KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu

📌 PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh

📌 PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang

📌 KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina

📌 PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar

📌 NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban 

📌 JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru

📌 SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor

📌 SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching

📌 SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com