Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

21 September 2023

VIVO V29 5G Dengan Ciri Utama Potret Aura Light 2.0

Memaparkan potret Aura-Light 2.0, Reka Bentuk Anggun dan Prestasi yang Mengagumkan

vivo, sebuah syarikat teknologi yang terunggul, hari ini melancarkan siri telefon pintar terbaru mereka iaitu vivo V29 5G. Potret Aura Light 2.0 merupakan ciri utama bagi vivo V29 5G, didatangi dengan warna yang menawan iaitu Starry Purple dan Noble Black, diinspirasikan oleh langit malam yang disinari bintang. 

Majlis Pelancaran vivo V29 5G

Dilengkapi dengan ciri kamera 50MP beserta ultra-sensor, 512GB stor penyimpanan, paparan skrin 120Hz 1.5K AMOLED, 80W pengecasan dan banyak lagi ciri yang hebat pada telefon pintar keluaran terbaru vivo, iaitu vivo V29 5G.

Dilengkapi dengan potret Aura Light 2.0 dan pengubahsuaian suhu warna pintar (smart colour Temperature Adjustment), rekabentuk yang menarik dan ciri ciri telefon yang canggih, vivo V29 5G adalah sebuah telefon pintar yang sesuai bagi penggemar teknologi dan pengamal gaya hidup moden. 

Potret Aura Light 2.0 merupakan ciri utama bagi vivo V29 5G

“vivo sentiasa berusaha untuk membangunkan industri teknologi dan menginginkan keluaran telefon pintar kami sentiasa mampu untuk memberi yang terbaik kepada para pengguna. vivo V29 5G ini telah kami tambah baik pada ciri utamanya iaitu Aura Light 2.0 dan juga bentuk yang cantik sesuai untuk anak muda masa kini, kami mengharapkan vivo V29 5G ini akan memberi ruang kepada pengguna untuk menikmati setiap saat yang indah dan dengan V29 5G mereka tak akan terlepas untuk merakam momen indah,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif  vivo Malaysia.

Beliau menambah, "Menuju ke masa hadapan, kami tetap akan konsisten dalam komitmen kami untuk terus berada dalam inovasi telefon pintar bagi sentiasa memastikan pengguna kami menikmati pengalaman yang unggul."

Perkayakan Kehidupan Seharian Dengan Potret Aura Light 2.0

Ciri Aura Light 2.0 yang bersaiz diameter 16.5 mm pada vivo V29 5G mendorong kepada kepentingan cahaya dalam hasil fotografi, ciri kamera dan Aura Light merupakan ciri utama pada siri V keluaran vivo. Menciptakan tiga dimensi kesan cahaya, menghapuskan bayang bayang dan memberikan pengalaman seperti di dalam studio. 36 peratus peningkatan pada tahap pencerahan berbanding dengan model yang sebelumnya dan memastikan shot yang lebih fokus. 

Selain itu, vivo V29 5G boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran dan keadaan warna yang berbeza. Dengan hanya satu sentuhan, ia boleh menyerlahkan subjek walaupun dalam keadaan lampu yang malap. Menghasilkan karya yang terang, jelas, potret yang indah dan keadaan alam sekitar yang menawan dalam setiap shot yang diambil melalui vivo V29 5G. 

Kamera hadapan yang mempunyai 50 MP dan fokus secara automatik membolehkan pengguna untuk mengambil gambar selfie, dengan kecanggihan kamera beserta 92° sudut luas mampu mengimbangi  dan mengelakkan distorsi pada gambar samada secara berkumpulan atau berseorangan. novasi ini adalah bukti usaha dari vivo untuk memastikan pengguna vivo sentiasa berpuas hati semasa menggunakan vivo V29 5G. 

Anna Jobling

vivo V29 5G juga menitikberatkan tentang pengambilan foto dan video pada waktu malam. Dengan vivo V29 5G, ia bakal mempersonakan penggunanya dengan kebolehan merakam momen indah pada waktu gelap terutamanya pada waktu malam. 

Ciri Video Ultra Stabil yang disokong oleh OIS dan EIS, memastikan pergerakan yang minimal dan shot yang jelas. Dengan lebih 1,000 kestabilan dan 10,000 kestabilan dalam pergerakan untuk setiap saat. Selain itu, ciri Super Night Video disokong oleh algoritma adegan malam yang cemerlang dan keupayaan penstabilan yang kuat, semuanya dapat menyelesaikan masalah ketika merakam video dalam keadaan cahaya rendah. Dengan kata lain, vivo V29 5G membolehkan gambar malam bersinar cerah dan menangkap butiran yang luar biasa dengan kecantikan yang tiada tandingannya.

Mentakrifkan Keanggunan dengan Gaya yang Terkini

Warna-warna vivo V29 5G adalah warna yang diinspirasikan oleh langit yang disinari bintang terutamanya warna Starry Purple. Teknik Inovatif 3D Starry Craft membolehkan penciptaan penampilan ungu berkilauan dengan menawan, manakala permainan cahaya pada panel belakang memastikan bahawa ia sentiasa bersinar seperti langit malam dengan sinaran bintang. 

Bagi warna Noble Black, ia menunjukkan keanggunan dan gaya yang moden dan mengikut tren yang terkini, dengan adanya teknik skala-nano yang memberikan ketahanan dan tahan kotor pada kilauan yang terukir.

Harga vivo V29 5G

Paparan Skrin yang Hebat Dalam Sejarah Siri V

Siri vivo V29 5G menampilkan paparan AMOLED 1.5K 120 Hz dan skrin melengkung 3D 6.78 inci, memberikan visual yang memukau kepada pengguna. Dengan resolusi 1.5K yang mengagumkan dan ketumpatan piksel tinggi sebanyak 452 PPI, setiap butiran menjadi seperti di alam realiti  dengan ketepatan yang mengagumkan. Pengguna akan terpukau pada pengalaman visual yang menakjubkan kerana vivo V29 5G mempamerkan 1.07 bilion warna dan DCI-P3. Selain itu, vivo V29 5G memberi keutamaan kepada kesihatan mata dan telah menerima tiga pensijilan perlindungan mata peringkat profesional SGS, menegaskan komitmen vivo terhadap kesihatan para pengguna. 

Memberikan Prestasi dan Ciri Telefon yang Mengagumkan

vivo V29 5G direka untuk memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan berkuasa. Ia menampilkan platform mudah alih Qualcomm Snapdragon® 778G, memastikan prestasi yang baik dan sambungan 5G yang lancar. Dengan Memori 12 GB RAM + 8 GB RAM Tambahan, vivo V29 5G menawarkan penyimpanan yang mencukupi dan sokongan kukuh untuk sistem operasi. vivo V29 5G juga dilengkapi dengan Sistem Penyejukkan Bionik VC Ultra Besar, yang membolehkan telefon pintar melepaskan prestasi optimum dalam pelbagai senario, memberikan pengalaman yang menakjubkan - sama ada semasa sesi permainan yang sisirus atau pengalaman sinema yang memukau.

Selain itu, pengecasan pantas 80W yang dikemaskini dan bateri 4600 mAh membolehkan telefon pintar dicas laju dan selamat, telefon dicaj dari 1% ke 50% hanya dalam masa 18 minit dan menjamin penggunaan yang tahan lama. Selain itu, vivo V29 5G juga mempunyai ciri tahan habuk IP54 dan tahan air. Sama ada berada dalam hujan atau berseronok di tepi kolam renang, vivo V29 5G menyediakan rintangan percikan air dan tahan habuk di bawah penggunaan normal.

Harga, Ketersediaan, dan Rakan Kongsi  vivo V29 5G

Bermula hari ini, vivo V29 5G akan berada di dalam pasaran Malaysia dengan harga RM1,899 untuk pilihan 12+256GB dan RM2,099 untuk 12+512GB. Pengguna yang berminat untuk mendapatkan vivo V29 5G boleh menempah awal bermula pada 21 September 2023 dan banyak promosi hebat menanti. Tempahan awal yang dibuat di kedai konsep vivo yang terpilih akan menerima naik taraf stor penyimpanan secara percuma.

vivo Malaysia bekerjasama dengan beberapa jenama yang terkenal di Malaysia seperti Grazia, CHAGEE, UCSI, LUSH, Sunway Lagoon, MIX, Godiva, dan Dking yang berkongsi misi dan visi yang sama seperti vivo Malaysia. Kekal bersama vivo Malaysia untuk mengetahui lebih banyak perkembangan terkini dan pengumuman kolaborasi yang mendebarkan di platform media sosial rasmi vivo.

Informasi tentang harga dan promosi vivo V29 5G :

Tarikh Pelancaran

20 September 2023

Tarikh Tempahan Awal

21 September 2023

Tarikh Jualan Pertama

28 September 2023

Platform Jualan atas Talian

vivo Malaysia e-store, Shopee, Lazada dan Tiktok Shop

Promosi Tempahan Awal

Tempah awal sekarang dan berpeluang untuk mendapat hadiah eksklusif yang bernilai RM995

 

vivo care 1+1* Extended Warranty - RM199

vivo care 1 tahun pelan perlindungan skrin- RM399

V29 pelindung skrin - RM69

V29 Pelindung Keselamatan - RM69

TWS Earbuds - RM259

 

Pelanggan yang menempah awal pada 21 September 2023 di kedai konsep vivo yang terpilih akan menerima naik taraf stor penyimpanan secara percuma! (tertakluk kepada terma & syarat)

 

Kedai Konsep vivo yang terpilih:

●      Pavilion KL

●      KL East Mall

●      KL Mid Valley

●      Sunway Pyramid

●      Gurney Plaza

●      Johor Mid Valley Southkey

RRP

V29 5G 12+ 256GB for RM1899

V29 5G 12+512GB for RM2099

Ikuti perkembangan terkini,  promosi dan spesifikasi produk terbaru vivo di halaman facebook vivo Malaysia dan laman web rasmi vivo Malaysia.

Read More

19 September 2023

Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur Tiba di Malaysia

Bangsar, Malaysia, 15 September 2023 - Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur akan membuat kemunculan baharu di dalam industri perhotelan di Malaysia. Tarikh penjenamaan ini dipilih seiring dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September, Dahulunya dikenali sebagai Pullman Kuala Lumpur Bangsar, transformasi ini menandakan ketibaan jenama Wyndham Grand yang pertama di Malaysia. 

Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur Tiba di Malaysia

Terletak di kawasan strategik iaitu Bangsar, salah satu daerah yang paling dikunjungi di Kuala Lumpur, Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman menakjubkan yang menggabungkan kemewahan, kemudahan dan kecanggihan. 

Wyndham Hotels & Resorts adalah penyedia perkhidmatan pengurusan hotel terkemuka dan merupakan pemberi francaise hotel terbesar di dunia dengan lebih daripada 9,200 cawangan di lebih daripada 80 buah negara. 

Dengan jumlah 513 bilik mewah, dan pelbagai kemudahan bertaraf dunia, ia menawarkan pengalaman yang tiada tandingan untuk tetamu yg hadir bagi tujuan perniagaan ataupun percutian. Komitmen yang optimum terhadap kecemerlangan dan lokasi strategik menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mencari gabungan sempurna antara kemewahan dan kemudahan. 

Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan moden yang teliti menjanjikan keselesaan dan ketenangan di tengah-tengah bandar yang sibuk. Hotel ini juga mempunyai bilik mesyuarat yang canggih dan dewan utama yang besar, menjadikannya pilihan ideal untuk acara korporat, persidangan dan perhimpunan sosial. Sama ada anda merancang perkahwinan, mesyuarat perniagaan atau perayaan istimewa, Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur menawarkan suasana yang sempurna untuk memeriahkan majlis anda. 

Encik TK Lee, Pengurus Besar Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur

“Ketika kami menjenamakan semula dari Pullman ke Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur, kami teruja untuk membawa tahap baharu kemewahan dan layanan bertaraf dunia ke Malaysia," kata Encik TK Lee, Pengurus Besar Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur. 

"Lokasi strategik kami di Bangsar, ditambah dengan komitmen kami untuk menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang luar biasa, meletakkan kami sebagai destinasi utama untuk pelancong yang mencari gabungan kecanggihan dan keselesaan yang sempurna," tambah Encik TK Lee.

Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur menempatkan pelbagai kemudahan untuk memenuhi keinginan setiap tetamu. Nikmati detik-detik ketenangan dan peremajaan di spa, nikmati ciptaan masakan yang lazat di restoran santapan mewah, kekal aktif dan cergas di gimnasium yang serba lengkap dan nikmati kemewahan servis di lounge eksekutif. 

Read More

Menangi Hadiah Wang Tunai Harian RM500 Dengan MAD Coffee Di 7-Eleven

Jom semua penggemar kopi ke kedai 7-Eleven terdekat anda dari 14 September hingga 13 Oktober 2023 dan #GetMAD dengan MAD Foods kopi bru sejuk Sedia-Untuk-Diminum (RTD) tanpa tenusu dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai harian sebanyak RM500! 

MAD Coffee kini boleh didapati di 7-Eleven

Apa Itu MAD Coffee?

MAD Coffee berasal dari Singapura, diasaskan pada 2019 oleh Angelique Teo, seorang media dan personaliti radio Singapura, dan Bobby Randhawa, yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri minuman Barangan Pengguna yang Bergerak Pantas, MAD Foods menyasarkan untuk mencipta minuman yang memberi orang pilihan untuk mengambil dengan mudah, sihat dan mampan, sambil membina komuniti.

Angelique Teo, Pengasas MAD Coffee

MAD Coffee membawakan barisan sulung kopinya yang 100% berasaskan tumbuhan dan kopi bru sejuk RTD bebas tenusu untuk menawarkan Malaysia alternatif yang lebih sihat kepada kopi tin biasa yang menggunakan susu lembu dan biasanya mengandungi gula yang tinggi, terutamanya untuk mereka yang tidak bertoleransi laktosa. 

Tersedia secara eksklusif di semua kedai 7-Eleven di seluruh Semenanjung Malaysia, kopi MAD yang berkrim dan berperisa yang dikuasakan oleh susu oat, akan tersedia dalam tiga varian 240ml—Double Shot, Single Shot dan Decaf, masing-masing diwakili oleh personaliti uniknya sendiri— Max, Miles dan Maya. 

Dari kiri: Maya (Decaf), Miles (Single Shot) dan Max (Double Shot)




Peraduan #GetMAD, Menang Wang Tunai RM500

Sempena pelancaran ini, MAD dan 7-Eleven mengadakan peraduan #GetMAD dengan jumlah besar RM15,000 untuk dimenangi. 

Cara Penyertaan:

1. beli satu tin MAD dari mana-mana kedai 7-Eleven di Malaysia, 

2. Ambil gambar atau video

3. Kongsi di Instagram dan/atau TikTok anda dan tag @iammad.co. 

4. Dalam kapsyen, peserta mesti menggunakan hashtag #IAMMAD dan tag 3 rakan yang mereka ingin #GetMAD bersama. 

Seorang pemenang akan dipilih setiap hari selama 30 hari dengan setiap pemenang menerima hadiah wang tunai RM500. Seramai 30 pemenang akan dipilih sepanjang tempoh peraduan. 

“Saya teruja untuk mengembangkan perjalanan MAD kami ke Malaysia! Kami telah membina komuniti yang hebat di Singapura dan saya tahu rakyat Malaysia akan menyukai rangkaian MAD kami dan semua yang kami perjuangkan. Saya yakin produk terbaik dalam kelas kami akan diterima dengan baik dan kami berasa dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada industri makanan dan minuman yang semakin berkembang di sini. Perjalanan kami sangat mengagumkan setakat ini, dan kami tidak sabar untuk memulakan lembaran baharu ini dan membawa MAD kepada lebih ramai orang!”


MAD komited untuk menyediakan dunia produk sedia untuk diminum berasaskan tumbuhan yang bebas daripada soya, tenusu dan kekacang. Kopi bru sejuk tanpa tenusu berasaskan susu oat MAD juga bebas daripada gula tambahan dan GMO. 

Komited untuk mesra alam, minuman sihatnya dibungkus dalam tin aluminium nipis bebas BPA yang 100% bebas plastik. 

Review MAD COFFEE

Berkesempatan ke majlis pelancaran MAD Coffee di 7-Eleven baru-baru ini, Qiss dapat rasa ketiga-tiga perisa MAD Coffee ini.

1. Decaf

Untuk mereka yang sukakan kopi tapi tak suka rasa kopi yang terlalu kuat, Decaf adalah pilihan terbaik untuk anda. Qiss pun boleh minum sebab rasa susu oat yang berlemak dan tak rasa nak muntah sebab Qiss kena minum susu tanpa laktosa tau! 

2. Single Shot

Sesuai untuk mereka yang sukakan rasa kopi Arabica dengan susu yang seimbang dan memang dicipta untuk penggemar kopi.

3. Double Shot

Rasa kopi yang lebih kuat dan kaw! Kena cuba sendiri tau. Qiss sukakan ketiga-tiganya. Dan minum waktu sejuk memang sedap.

MAD Foods sedang berusaha lebih pantas dan lebih jauh untuk meluaskan rangkaiannya dengan produk yang membolehkan anda mengambil makanan dengan lebih baik dan hidup lebih kuat untuk hari esok, mulai hari ini. 

Ikuti MAD Foods di Facebook dan Instagram atau lawati tapak web kami untuk lebih banyak kemas kini atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk kami. 

Read More

18 September 2023

Demonstrasi A.I Piano Buatan Malaysia Bertaraf Antarabangsa di KL City Art Gallery Dibawakan Oleh KOPSTAR

16 September 2023, Kuala Lumpur - Majlis Tandatangan Kolaborasi antara Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR) bersama KL City Art Gallery untuk menempatkan sebuah unit piano dengan terknologi ‘Artificial Intelligence’ (A.I) daripada Music Hive bagi tujuan program demonstrasi telah berlangsung dengan jayanya.

Ahli Lembaga KOPSTAR dan Ahli KOPSTAR

Program demonstrasi ini berlangsung selama tiga bulan dengan tambahan tiga bulan bermula dari 16hb September 2023. Piano yang dimaksudkan ialah P.Ramlee Classic A.I Smart Piano daripada Music Hive. Piano berteknologi A.I pertama buatan Malaysia bertaraf antarabangsa ini sesuai untuk mereka yang baru belajar bermain piano kerana piano ini dicipta untuk memudahkan pemain senang mengikut nota muzik dengan perisian yang pintar. Bak kata pencipta piano ini, Encik Peter, anda dapat pandai bermain piano secara asas hanya dengan tiga minit sahaja. 

Orang awam sangat dialu-alukan untuk ke KL City Art Gallery diruangan Cafe untuk merasai sendiri kehebatan piano buatan Malaysia ini. Orang awam boleh turut bermain secara ‘walk-in’ ataupun tempahan melalui KL City Art Gallery. Tiada sebarang caj akan dikenakan untuk memasuki KL City Art Gallery dan bermain piano ini. Semuanya adalah percuma.

Ben Fatah menunjukkan demonstrasi menggunakan piano

Bersesuaianlah dengan ‘tagline’ Music Hive “A Piano In Every Home”, piano ini boleh dimainkan oleh semua peringkat. Berharga RM4,800, pengunjung yang berminat boleh membeli piano ini secara belian terus ataupun dengan ansuran serendah RM182 sebulan dengan beberapa pelan ansuran seperti 12 bulan, 24 bulan dan 36 bulan.

KOPSTAR mensasarkan penjualan sebanyak 100 unit bagi variasi P.Ramlee Classic A.I Smart Piano ini. Pada masa yang sama, KOPSTAR juga dalam perancangan untuk menampilkan tujuh lagi jenis piano daripada Music Hive di KL City Art Gallery.

Daripada hasil jualan ini, keuntungan sebanyak 10% akan disalurkan kepada tabung KOPSTAR, 10% akan disalurkan kepada tabung Cahaya KOPSTAR dan 10% akan disalurkan kepada tabung Haiwan Liar KL City Art Gallery. Tidak secara langsung, program ini dapat menjana pendapatan dan keterlibatan pihak daripada sudut ekonomi, pendidikan dan promosi.

Apa itu KOPSTAR?

Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR) adalah merupakan badan koperasi yang berdaftar pada 5hb Mac 2009 di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Ia merupakan koperasi yang dianggotai oleh penggiat seni muzik, perfileman, produksi, media, TV dan radio serta individu-individu yang terlibat secara langsung di dalam industri seni Malaysia. Penubuhan KOPSTAR bertujuan untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya melalui aktiviti-aktiviti yang di jalankan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi.

Setelah COVID-19, semua program dan perancangan terpaksa dibekukan dan bertahan dengan segala upaya mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan sehingga tempoh waktu tersebut.

Pada penggal 2023, KOPSTAR telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan bertempat di Kota Damansara mendapat sebulat suara bagi senarai ahli lembaga KOPSTAR terkini yang mengangkat Dato’ Rohayati Binti Hj Sa’ayan sebagai Pengerusi, Aishah Sanan (Setiausaha), Ahmad Wafiuddin (Bendahari) dan ahli lembaga KOPSTAR iaitu Ismail Mohd Sharif, Pakaruddin Lahasim, Nor Farahan Zainudin dan Mohd Noor Bin Mohd Zain. Sejurus itu, kini KOPSTAR bangkit semula dengan kepimpinan terbaru bagi membaikpulih ekonomi dengan mendapat sokongan dari pihak penaja iaitu Music Hive dan KL City Art Gallery Kuala Lumpur.

Music Hive - Kedai Alat Muzik Tempatan

Music Hive merupakan kedai alat muzik berasal dari Sabah ini sememangnya sudah terkenal di negeri di bawah bayu. Kini Music Hive mempunyai beberapa cawangan di Sabah, satu di Bandar Baru Puchong dan satu lagi bakal di buka di Maluri Cheras.

Pemiliknya Encik Peter merupakan peminat P.Ramlee, oleh itu beliau memutuskan untuk menamakan alat muzik beliau dengan nama Peter Ramlee atau singkatannya P.Ramlee. Piano yang dihasilkan oleh Music Hive ialah piano Malaysia pertama yang dikeluarkan dan dilancarkan di peringkat antarabangsa.

Seni Bersama KL City Art Gallery

KL City Art Gallery yang bertempat di Wisma YBR, Taman Seputeh, Kuala Lumpur ini merupakan galeri untuk meraikan kreativiti, toleransi dan keterbukaan untuk pelbagai idea budaya dan seni. Galeri ini juga mempamerkan karya artis Malaysia dalam semua genre untuk mencerminkan pemikiran mereka tentang isu sosiobudaya kita.

Di galeri ini juga, pelbagai bengkel turut diadakan untuk orang awam sertai. 

Anda adalah sangat dialu-alukan ke KL City Art Gallery untuk mencuba sendiri P.Ramlee Classic A.I Smart Piano. Bawalah rakan-rakan dan keluarga anda. Anda boleh datang secara terus atau tempah slot bermain piano melalui KL City Art Gallery KL di 013-394 7717 (WhatsApp atau panggilan).

Untuk maklumat lanjut melalui KOPSTAR boleh layari laman web www.kopstar.com.my

Read More

15 September 2023

Guardian's 'The Face of Healthy Beauty' Southern Region Winners Advance To Grand Finals

Four winners from Guardian’s popular nationwide contest ‘The Face of Healthy Beauty’ 2023 (TFHB 2023) Johor leg are one step closer to becoming the next Guardian Healthy Beauty Ambassadors as they move on to the Grand Finals.

Guardian's 'The Face of Healthy Beauty' Southern Region Winners Advance To Grand Finals

The winners were,

• Ayshah Abdul Rahman, 31, a business owner and model.

• Candace Cheah, 27, an undergraduate veterinary student.

• Joan Na, 26, a wealth advisor.

• Lim Wen Hui, 22, an undergraduate TESL student.

The deserving four were selected among 19 semi-finalists after a rigorous two-day audition at Paradigm Mall in Johor Bahru which attracted individuals between ages 18 to 55 from Johor as well as Kuala Lumpur.

Final year veterinary student Candace Cheah was overjoyed when she was selected as one of the four finalists to compete in the Grand Finals.

“I am so excited and looking forward to the Grand Finals now. The contest became tougher as we drew to a close and I knew it was a tough call for the judges as every contestant had their own distinct qualities.

“There were so many beautiful and unique women from different ages and backgrounds, and I am honoured to have the judges select me to be one of the finalists.,” she said.

Candace who travelled from Kuala Lumpur alone to compete in the selection process was a repeat contestant after her first attempt in 2019 during the first edition of TFHB.

(From left) Lim Wen Hui, Ayshah Abdul Rahman, Candace Cheah and Joan Na were the winners from the Southern region search for ‘The Face of Healthy Beauty’ 2023 at Paradigm Mall in Johor Bahru. They will go on to compete in the Grand Finals at Sunway Pyramid Shopping Mall in Petaling Jaya on 21 October 2023. 

The four winners from the Southern region will join 12 other finalists selected at the Northern and Central regions to compete in the Grand Finals which will be held at Sunway Pyramid Shopping Mall in Petaling Jaya on 21 October 2023.

Guardian’s second edition of TFHB sets itself apart by steering away from traditional beauty standards to a broader, inclusive definition. It is NOT a beauty contest as the campaign celebrates healthy beauty by encouraging everyone to embrace their unique qualities both inside and out. 

The Healthy Beauty individual is a person who is happy, loving, fun, positive and dynamic as well as gentle and passionate, with a confidence built from feeling good about themselves holistically.  

Through their lifestyle and attitude, they also inspire others to do things that make them feel happy and fulfilling, which leads to a healthy and beautiful life.

This comprehensive approach to wellness does not just consider natural beauty, but also mental, emotional, and social well-being as it shifts the focus from superficial standards of beauty to a more sustainable, wholesome, and inclusive definition.

Touted as the first-of-its-kind in Malaysia, the search for ‘The Face of Healthy Beauty’ is a nationwide quest to find FOUR individuals, who best fit the bill as ‘The Face of Healthy Beauty’ to be Guardian’s healthy beauty ambassadors.

The four (4) winners from the Grand Final will each receive:

• One (1) year contract with Guardian.

• Feature on Guardian’s catalogue cover page and other sales material.

• RM10,000 cash and RM10,000 worth of vouchers.

• Products from participating sponsors.

• RM5,000 worth of Guardian bath care products to a charity organisation of the winner's choice.

The TFHB 2023 contest will now move to Vivacity Mall, Kuching Sarawak (16-17 September 2023) for its last leg to select another four finalists for the Grand Finals. 

Guardian customers can play a role in the selection process by vote, from 18 September – 8 October 2023 on the microsite (https://theface.guardian.com.my), for their favourite finalist to win at the Grand Finals.  The votes received for each finalist will contribute towards 40% of the total scores at the Grand Finals. 

For more details of the contest, visit https://theface.guardian.com.my

Facebook: @Guardianmy 

Instagram: @Guardianmy 

YouTube: @Guardian MY

Telegram:  @GuardianMY

#GuardianMYApp

#guardianMy

#faceofguardianmy 

#FaceofHealthyBeauty2023

#BeautyStartswithu

Read More

12 September 2023

Fiesta Mexicana Marrybrown Citarasa Istimewa Mexico

Hai semua! 

Hari ni Qiss nak bagitahu tentang menu baharu dekat Marrybrown.

Menu ini mengangkat konsep hidangan khas Mexico dan Marrybrown, restoran perkhidmatan pantas tempatan terbesar memperkenalkan menu terbaharunya: Fiesta Mexicana! 

Menu terbaharu ini disempurnakan dengan gabungan rasa manis, masam, dan segar yang pastinya akan memikat citarasa rakyat tempatan! Para pelanggan berpeluang menikmati hidangan istimewa ini bermula pada hari ini sehingga hujung bulan September!

Fiesta Mexicana Marrybrown Citarasa Istimewa Mexico

Marrybrown sentiasa menyediakan ‘sesuatu yang berbeza’ untuk peminat Memang Best mereka. Keterujuaan kali ini, menawarkan pelbagai menu khas Mexico seperti Mexicana Chicken & Chips, Mexicana Chicken Wrap, Mexicana Feast, Nacho Cheesy Crunch dan banyak lagi.

Mexicana Chicken & Chips

Disajikan bersama dengan ayam rangup yang disalut bersama sos istimewa Mexicana yang manis dan pedas, berserta dengan kentang goreng. Harga hidangan ini bermula dari RM17.90. 

Kombo Mexicana Chicken Wrap

Kombo Mexicana Chicken Wrap

Kombo ni bermula pada harga dari RM18.90, disajikan bersama dengan kepingan ayam yang dihidangkan dengan Salsa Fresca dan sos istimewa Mexicana yang pasti menggiurkan!

Qiss suka wrap dia sebab penuh isi dan sos istimewa yang pedas. Memang ngam!

Kombo 2-ketul Mexicana Chicken

Harga bermula dari RM20.80. Setiap hidangan kombo didatangkan dengan segelas Fresca Fizz yang segar bersama hidangan sampingan Corn Chips dan Salsa Fresca. 

Mexicana Feast


Kalau nak rasa ayam rangup dan wrap, order Mexicana Feast aje! Dilengkapi dengan 1-ketul Mexicana Chicken, Mexicana Chicken Wrap, Corn Chips, dan segelas Fresca Fizz. Harga tawaran hanya bermula dari RM25.80. 

Mexicana Chicken ni memang rangup walaupun dah disaluti sos istimewa Mexicana yang manis dan pedas.

Untuk anda yang tak makan pedas, boleh cuba hidangan ini sebab segelas Fresca Fizz boleh hilangkan kepedasan anda dan menyegarkan tekak anda! 

Sempurnakan Mexicana Feast anda dengan Nacho Cheesy Crunch, harga bermula dari RM6.20, bersama hidangan tambahan Apple Pie, harga bermula dari RM3.50.

Apple Pie Marrybrown

Apple pie Marrybrown ni sedap, tak manis sangat dan kena makan panas-panas barulah rasa kesedapannya.

Menarik juga kalau Marrybrown jadikan Apple Pie ni sebagai menu tambahan sepanjang tahun.

Fiesta Mexicana Marrybrown Citarasa Istimewa Mexico

Jom cuba hidangan ini di Marrybrown berdekatan anda dan jangan lupa kongsikan dengan keluarga dan rakan-rakan. 

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, Aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Laman Web: https://marrybrown.com/ 

Apl MB: https://mbapp.marrybrown.com/ 

Facebook: Marrybrown Malaysia

Instagram: Marrybrownmy

TikTok: Marrybrownmy

Threads: Marrybrownmy

YouTube: Marrybrown TV

Read More

09 September 2023

Innovative School of Management (ISM) Bakal Lahirkan Pemimpin dan Usahawan Muda

Seramai 300 usahawan muda dan pemimpin organisasi bakal dilahirkan melalui inisiatif Innovative School of Management (ISM) dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk memimpin.

Presiden ISM, Amir Faisal Ahamed Latfi (dua dari kanan) bersama Ahli Lembaga Pengarah Innovative Capital Berhad, Shahawati Umar (dua dari kiri), Naib Canselor Innovative University College, Prof. Dr. Mohd Zaher Mohd Zain (kiri) dan General Manager Perdana University, Associate Professor Dr. Fairol Halim ketika sidang media selepas pelancaran Program Usahawan Jutawan Muda di pejabat ISM hari ini.

Menurut Presidennya, Amir Faisal Ahamed Latfi, program Usahawan Jutawan Muda yang diperkenalkan hari ini memenuhi kehendak semasa dan dalam masa sama dapat membantu usaha kerajaan memastikan tiada pelajar tercicir dalam pembelajaran akademik ditambah dengan penerapan aspek kepimpinan.

“Melalui program Usahawan Jutawan Muda, kami dapat membantu anak-anak muda ini terutama dalam aspek pembangunan jati diri, kepimpinan dan pengurusan yang merupakan elemen penting bagi sesebuah perniagaan berkembang termasuk dalam sesebuah organisasi jika mereka bekerja nanti.

“ISM mensasarkan untuk melahirkan 300 usahawan muda bermula tahun ini yang direka bentuk untuk memberi inspirasi dan memperkasakan pelajar dengan menerapkan semangat keusahawanan dalam membangunkan generasi pemimpin sesebuah organisasi yang berdaya saing dan berkaliber di masa akan datang.

Presiden ISM, Amir Faisal Ahamed Latfi

“Mereka ini bukan sahaja mempelajari teori sebaliknya secara praktikal melalui perniagaan di mana setiap pelajar bukan saja ada pensijilan akademik nanti bahkan ada perniagaan masing-masing ketika belajar di sini. Ia memastikan pelajar bersedia mengharungi cabaran dunia alam kerjaya sebenar sama ada sebagai usahawan mahupun pemimpin sesebuah organisasi,” katanya ketika pelancaran program Usahawan Jutawan Muda oleh ISM, di sini hari ini.

Pengerusi Innovative University College, Kapten  (Bersara)  Dato’  Professor  Emeritus, Dr.  Hashim  Yaacob mengetuk gong sebagai simbolik pelancaran Program Usahawan Jutawan Muda sambil disaksikan Ahli Lembaga Pengarah Innovative Capital Berhad, Shahawati Umar dan Presiden ISM, Amir Faisal Ahamed Latfi di pejabat ISM hari ini.

ISM sebagai institusi pendidikan yang inovatif yang berbeza daripada yang lain, bukan sahaja menyampaikan pengetahuan akademik tetapi juga menyediakan pelajar-pelajar dengan pengalaman dan kemahiran sebenar sebagai seorang pemimpin masa depan.

Klik Untuk Video

“Landskap ekonomi yang turun naik, polikrisis dunia memerlukan penyelesaian inovatif dan program ini dapat memperkasa usahawan muda menyumbang idea transformatif yang boleh memacu pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi.

“Selaras dasar Malaysia untuk mewujudkan lebih ramai usahawan, kami juga mengguna pakai dunia digitalisasi dan teknologi terkini supaya kekal berdaya saing dalam ekonomi global,” jelasnya.

Klik Untuk Video

Dalam pada itu, Amir Faisal memberitahu, antara objektif teras Usahawan Jutawan Muda ialah membantu diri, keluarga dan masyarakat dengan melahirkan pelajar dengan nilai kepimpinan sebenar, integriti termasuk amalan kemampanan, alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Program ini juga bertujuan untuk mewujudkan impak positif kepada keluarga dan komuniti serta menyediakan laluan untuk kemajuan sosioekonomi dan mobiliti,” ujarnya.

Klik Untuk Video

Sementara itu, Amir Faisal menyatakan program Usahawan Jutawan Muda itu sebenarnya terinspirasi daripada RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) yang berpengalaman dalam 15 tahun melahirkan usahawan jutawan dan berjaya di negara ini.

Jelasnya, daripada situ kami membangunkan suatu model yang komprehensif dalam usaha membangunkan pelajar-pelajar yang berkompetensi dan bersedia untuk memimpin bila tamat pengajian.

Program Usahawan Jutawan Muda kini menerima permohonan daripada pelajar yang bersemangat dan bercita-cita untuk menjadi usahawan mahupun bakal pemimpin masa depan. Untuk maklumat lanjut, layari https://myism.my/

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com