Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

08 August 2020

Selamat Bergelar Isteri

 Alhamdulillah.. Dah selamat jadi isteri orang hari ni...

Read More

05 August 2020

Jenis-jenis Rawatan Laser Menggunakan Mesin Laser Fotona di Toscana Medi Clinic

Assalamualaikum dan hai semua,

Menginjak usia 40an perempuan dan lelaki mula mengalami masalah kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman.

Antara masalah yang sering dialami oleh kita antaranya kedutan muka, kulit muka mengendur, berdengkur ketika tidur, hormon lelaki lebih kuat mengakibatkan bahagian muka berbulu lebat, pundi kencing tidak mampu berfungsi dengan baik menyebabkan inkotinen dan pelbagai lagi. 


Dengan teknologi sekarang, tanpa suntikan dan ubat-ubatan pun kita mampu merawat masalah ini. Penyelesaiannya menggunakan mesin laser Fotona. Hasilnya kita dapat lihat seusai rawatan sehingga 2 minggu bergantung kepada tahap keperluan rawatan.

Terdapat pelbagai jenis rawatan yang boleh dilakukan oleh mesin laser Fotona terbaru dengan fungsi yang lebih baik dan rawatan yang berkesan tanpa rasa sakit.

Sebelum ni kita buat rawatan menggunakan mesin edisi lama bukan tak canggih tapi kadang-kadang ada kesan kemerahan lepas laser lepas tu kena tunggu lama untuk dapatkan keputusan dan hasil rawatan. Tapi dengan mesin laser Fotona ni memang lebih mudah dan hasilnya boleh nampak seusai rawatan pertama tau.

Jom tengok rawatan yang boleh dijalankan menggunakan mesin laser Fotona ini. Antara rawatan tersebut ialah:

1. Fotona 4D Non-invasive Laser Face Lifting

Rawatan laser ini membantu  menegangkan kulit muka yang mengendur akibat penuaan serta memperbaiki ton warna kulit seseorang.

Menggunakan 4 langkah iaitu:

Pertama: SMOOTHLIFTIN
iaitu prosedur mengembalikan keanjalan kulit di bahagian yang megendur.

Kedua: FRAC3
Menggalakkan penghasilan kolagen untuk menegangkan tisu muka



Ketiga: PIANO
Mengurangkan parut, pigmentasi dan kedutan untuk mengembalikan ton warna kulit supaya sekata

Keempat: SupErficial
Rawatan untuk mengurangkan garis halus dan mengecilkan liang roma di muka

Ramai yang mengambil rawatan ini kerana hasilnya yang cepat dan berkesan serta tidak perlu suntikan atau makan ubat-ubatan.

2. Laser Hair Removal

Kebanyakan wanita mempunyai bulu kaki yang panjang dan sesetengah wanita mempunyai bulu di bahagian muka. Fotona laser hair removal membantu membuang bulu dengan cepat tanpa rasa sakit. Tanpa perlu bercukur dan menggunakan kaedah lama, kita dapat lihat hasil laser ini dengan cepat. 



Bagi melihat kesannya kita perlu menjalani sekurang-kurangnya 10 kali rawatan laser ini dan jumlah bulu yang tumbuh akan lebih berkurangan.

3. NightLase Non-Invasive Snoring & Sleep Apnea Treatment (Laser bagi kurangkan dengkuran)

Rawatan ini sesuai untuk lelaki dan perempuan yang mengalami gejala berdengkur ketika tidur. Berdengkur ketika tidur amat membahayakan kerana kita boleh meninggal akibat sesak nafas.



Masalah dengkur ini boleh dirawat dengan rawatan laser Fotona. Laser akan membuatkan tisu di bahagian mulut menegang dan seterusnya mengurangkan bunyi dengkuran. Rawatan ini dilakukan setahun sekali.

4. IncontiLase Stress Urinary Incontinence 

Masalah kerap kencing dan ke bilik air berlaku disebabkan kencing kotor dan juga keadaan pundi kencing yang tidak mampu menahan daripada terkencing ketika ketawa mahupun bersin. Ini membuatkan orang yang menghadapi masalah inkontinen menjadi murung dan tidak bersemangat ketika berdepan dengan orang ramai. 

Pesakit ini juga perlu memakai lampin pakai buang ataupun tuala wanita setiap masa. Ini membuatkan timbulnya keadaan yang tidak selesa.

Rawatan: Berdasarkan pengawalan laser-induced thermal effects kawasan tisu mukosa di bahagian vagina. Laser yang digunakan IntimaLase 2940 mm Er:YAG bagi meningkatkan kolagen dan menegangkan tisu di bahagian tersebut supaya menjadi normal.


Jadi anda boleh pilih rawatan yang bersesuaian. Boleh juga datang ke klinik terus untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Khas buat pembaca blog Qiss. Sekarang ada
PROMOSI seperti di bawah:


Rejuve Facial with Face Massage RM99!!










Untuk maklumat lanjut dan promosi boleh hubungi:

Toscana Mediclinic, Publika Solaris
03-61438866
016-6088846
012-2912137

Waktu : 10 pagi - 7 petang


@toscana_beautymedispa
@toscana_mediclinic 

#toscanamediclinic #toscanamedispa #facial #facemassage #manicure #pedicure #laser #promosirawatanlaser


Read More

02 August 2020

Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraa "Madeena" & Lagu "Kembara Nabawi" Pelita Lusoh

Asia Empire Records dan Ali Zahra Holding Sdn Bhd telah mengadakan majlis pelancaran produk penjagaan kulit Ali Zahraa “MADEENA” & lagu “KEMBARA NABAWI” Pelita Lusoh serta lirik video rasmi di Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur.

Ali Zahra Holding Sdn Bhd (Ali Zahraa) adalah satu entiti korporat pengeluar dan pemasar produk kesihatan dan kecantikan. Sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang produk kesihatan semenjak tahun1998. Semenjak 3 tahun yang lepas, penjenamaan semula Ali Zahraa, sekali lagi menggegarkan pasaran dan telah menjadi fenomena di Malaysia dengan kelahiran Zahraa Aroma Theraphy Oil, Gel Theraphy dan Serum Madeena dan lain-lain.  Ali Zahraa mempunyai lebih dari 300 ribu pelanggan di seluruh Malaysia.

Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Api Zahraa "Madeena" & Lagu "Kembara Nabawi" Pelita Lusoh


Kali ini Ali Zahraa "Madeena" sekali lagu akan menggegarkan pasaran produk kecantikan kulit dengan kerjasama penuh bersama pelita lusoh. Kini Pelita Lusoh menjayakan produk terbaru Ali Zahraa "Madeena" bukan sebagai duta akan tetapi sebagai rakan kongsi untuk bersama melayakkan produk Ali Zahraa ke pasaran Asia.

Setelah hampir setahun bersama bekerja keras maka terlahirlah produk muslim unggul Ali Zahraa "Madeena" dan sesuatu yang baru bagi Pelita Lusoh ketana melangkah setapak lagi ke dalam dunia produk penjagaan kulit. Dengan ini, sekali lagi Asia Empire Records dan Pelita Lusoh Production telah melebarkan sayap mereka.

Sebelum ini Asia Empire Records dan Pelita Lusoh Production telah 2 tahun beroperasi dan mereka mempunyai studio rakaman, pengurusan artis, produksi muzik video, artis naungan dan pelbagai lagi.

Sesi Sidang Media Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Api Zahraa "Madeena" & Lagu "Kembara Nabawi" Pelita Lusoh

Pelita Lusoh - Kembara Nabawi bersama produk Ali Zahraa "Madeena" 

Pelita Lusoh telah melahirkan sebuah lagu yang berjudul “KEMBARA NABAWI”. Lagu ini ditulis oleh FJ Muzik dan telah digubah sepenuhnya oleh Pelita Lusoh. Rakaman single ini juga menampilkan pemuzik jemputan seperti Daus dari Kumpulan Drama Band sebagai pemain Bass dan Rudy dari Kumpulan Nastia untuk strings. Rakaman dan Adunan sepenuhnya di Asia Empire Records Studio. Penulisan lagu ini menceritakan tentang perjuangan dan kehidupan Rasullullah SAW.

Penggambaran rakaman pembikinan lagu Kembara Nabawi dijalankan di Asia Empire Records Studio sepenuhnya semasa sesi rakaman lagu tersebut. Lirik video rasmi ini telah dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai 2020 jam 8.30 malam di saluran Youtube rasmi Asia Empire Records.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rasmi:

Facebook 

Instagram 


Read More

24 July 2020

Contoh Soalan Dan Tips Exam Khas PENGUATKUASA KP41

PEGAWAI PENGUATKUASA KP41

Pihak SPA dah buat panggilan untuk exam Pegawai Penguatkuasa KP41. 28 JULAI ni exam dengan format penilaian hanya 2 Seksyen sahaja.

Biasanya 3 Seksyen, tapi untuk sesi 28 JULAI ni tak ada Seksyen PENGETAHUAN AM.

Semak panggilan anda di web SPA. Ni link direct untuk semak terus;

http://e-semakan.spa.gov.my/pegawai_penguatkuasa41/

Dapat panggilan? Kalau dapat, jom dapatkan ebook contoh soalan dan tips exam khas PENGUATKUASA KP41 anda DI SINI

https://go.semakan.info/penguatkuasa-kp41/98123/order


Exam online ni memang dirangka untuk tapis calon. Tapi ayat yang paling tepat adalah 'SINGKIR + SISIH' calon.

Memang ramai yang akan terkorban pada sesi exam online ni. Cuba tengok ni statistik exam terkini. Tengok berapa panggilan dan berapa yang lulus;

PEMBANTU PERIKANAN GRED G19
Hadir Exam: 20,440 orang
Calon Lulus: 1,891 orang
CALON TER'KORBAN': 18,549 orang


PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S29
Hadir Exam: 36,732 orang
Calon Lulus: 22,923 orang
CALON TER'KORBAN': 13,809 orang


PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19
Hadir Exam: 43,330 orang
Calon Lulus: 10,807 orang
CALON TER'KORBAN': 32,523 orang

Tipis kan? Ramai yang dapat peluang untuk hadir exam dan ramai yang ter'sungkur'.

Apa yang boleh anda buat?

> persediaan yang rapi
> rujukan yang tepat
> keyakinan yang tinggi
> DOA dan pengharapan yang memuncak

Guna rujukan teras ini;

https://go.semakan.info/penguatkuasa-kp41/98123

Tiada jaminan untuk anda lulus. Tapi inshaAllah ianya akan membantu anda.

Lihat ulasan mereka yang telah lulus di sini https://go.semakan.info/penguatkuasa-kp41/98123/extra


Order sekarang DI SINI

Doa kami untuk anda!

Read More

23 July 2020

Aktiviti Menarik Di Taman Burung Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan hai semua,

Sejak PKPP ni banyak taman dan tempat awam telah dibuka semula untuk dilawati oleh pengunjung. Di Kuala Lumpur sendiri telah banyak tempat pelancongan dibuka bagi menaikkan ekonomi negara kita semula.

Taman Burung Kuala Lumpur
Salah satu tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga ialah Taman Burung Kuala Lumpur. Taman burung ini terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur dan mempunyai lebih 200 spesis burung dari dalam dan luar negara dengan jumlah 3000 ekor burung kesemuanya.



Taman Burung Kuala Lumpur mengadakan promosi pengurangan harga tiket bagi membolehkan orang ramai berkunjung ke taman burung ini dan promosi ini berlangsung sepanjang bulan Julai 2020.

Spesis burung menarik


Burung Enggang

Terdapat beberapa jenis spesis burung Enggang dan inilah kali pertama Qiss melihat burung Enggang secara dekat. Burung Enggang selalunya lebih banyak terdapat di kawasan Borneo.

Burung Enggang

Jadi pada anda yang ingin melihat burung Enggang, tak perlu pergi jauh. Hanya datang ke Taman Burung Kuala Lumpur.

Black Swan

Black Swan yang ada di Taman Burung Kuala Lumpur ini sangat cantik.

Black Swan
Burung Undan

Pertama kali Qiss melihat burung undan yang tinggal berkelompok di atas pokok.

Burung Undan
Jadi bagi anda yang datang ke Taman Burung Kuala Lumpur, anda boleh jumpa pelbagai lagi spesis burung dan yang menariknya di Taman Burung Kuala Lumpur ini burung-burung bebas terbang ke sana sini.

Aktiviti menarik


Terdapat banyak aktiviti menarik dijalankan oleh Taman Burung Kuala Lumpur seperti:

Melihat Burung Enggang diberi makan - 11.30 pagi
Pengunjung berpeluang menyaksikan bagaimana kakitangan Taman Burung Kuala Lumpur memberi makan kepada burung Enggang di sini.

Lorries Feeding 10 pagi hingga 5 petang
Pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman memberi makan kepada burung-burung kecil yang cantik dan comel di sini. Burung-burung ini akan berkumpul di atas tangan sambil makan.


Pertunjukan Burung 12.30 tengah hari dan 3.30 petang



Telatah dan gelagat comel burung kakak tua yang petah bercakap serta menyapa pengunjung di sini betul-betul mencuit hati. Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat aksi burung-burung ini.

Bergambar bersama burung

Taman Burung Kuala Lumpur

Pematuhan SOP PKPP di Taman Burung Kuala Lumpur


Sepanjang berada di taman burung ini Qiss tak perlu lagi risau sebab terdapatnya poster peringatan untuk para pengunjung supaya menjaga jarak antara satu sama lain dan juga peringatan membasuh tangan menggunakan sabun selepas menyertai aktiviti yang dijalankan seperti memberi makan kepada burung dan bergambar dengan burung.





Bagi anda yang ingin datang membawa keluarga dan anak-anak ke sini dinasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah dikeluarkan.

Taman Burung Kuala Lumpur

Harga promosi tiket sekarang ialah:

Harga tiket Taman Burung Kuala Lumpur

Waktu operasi Taman Burung Kuala Lumpur ialah dari 9 pagi hingga 6 petang

Setelah penat berjalan di Taman Burung Kuala Lumpur ini perut terasa lapar mujurlah ada Restoran Hornbill yang terletak sebelah pintu masuk ke taman burung.

Melihat menu yang pelbagai betul-betul menarik minat Qiss untuk mencuba makanan kat sini. Saiz hidangan yang besar juga menjadi faktor ramai pengunjung yang bukan dari kalangan pengunjung taman burung makan di sini.

Jom tengok antara menu yang ada:

Mee goreng mamak style

Spaghetti Carbonara 

Chicken Chop

Rice with chicken curry

Seafood Aglio Olio
Jadi anda semua kena datang dan cuba menu kat sini. Semuanya sedap-sedap belaka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Taman Burung Kuala Lumpur boleh layari:

Website

Instagram
Read More

22 July 2020

Pelancaran WhollyFitz Dan WhollyFlush Meriah

Assalamualaikum dan hai semua,

Baru-baru ini telah dilancarkan satu lagi produk baru bagi anda yang inginkan berat ideal. Majlis pelancaran produk ini telah diadakan bagi merasmikan Produk WhollyFitz dan WhollyFlush.


WhollyFitz dapat membantu mengurangkan selera makan, meningkatkan metabolisma badan, menambahkan tenaga dengan formulasi terbaru dari Whollyfitz.

Terdapat kandungan “extra” pertambahan buah lemon bagi membantu pengguna masa kini meningkatkan sistem imunisasi badan dan seterusnya mampu mengelakkan jangkitan penyakit. WhollyFitz boleh didapati dengan harga jualan RM 39 sahaja. WhollyFitz berkesan untuk membantu mengurangkan masalah berat badan tanpa rasa lapar.

Produk Whollyfitz

WhollyFitz merupakan produk pilihan utama bagi pengguna-pengguna yang menghadapi masalah berat badan.

Bahan-bahan utama Whollyfitz ialah Guarana, Hoodia Gardonii, Buah Markisa dan Buah Lemon.

WhollyFlush pula  merupakan produk yang diformulasi khas dan kaya dengan vitamin-C bagi membantu melancarkan sistem pencernaan, selain itu WhollyFlush sangat efektif  bagi menurunkan berat badan, meningkatkan metabolisma serta menyingkirkan toksin jahat didalam badan. WhollyFlush boleh didapati di pasaran dengan harga jualan RM 39 sahaja.


Bahan-bahan utama WhollyFlush ialah Buah Cranberry, Buah Peachsinamaki, Chia Seed, Garcinia, Physilliumhusk dan Guarana.

Majlis yang diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur ini telah dihoskan oleh dua pelakon terkenal iaitu Zizan Razak dan Shaheizy Sam.


Malah pelancaran ini juga dimeriahkan dengan sokongan dan kehadiran Datuk Aznil Haji Nawawi, Datin Seri Zizie Ezette, Samzy Fuzette, Khaty Fauziah dan Syatilla Melvin.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, boleh ikuti:

INSTAGRAM 

FACEBOOK  

TIKTOK WHOLLYFITZ
WHOLLYFITZHQ

#tebaltebalnakpergimana
#hadapsampaijadi

Read More

20 July 2020

MS SenaRos Kembalikan Keyakinan Rosma, Dulu Dicaci Gemuk, Sekarang Dipuji

Jika mahu diselak kembali, berbakul bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan, Rosma, 35 sejak awal menceburi dunia seni kira kira 17 tahun lalu.

Kalau zaman media sosial ketika itu sudah sehangat dan serancak kebelakangan ini dek penangan wira papan kekunci, barangkali hal memperlekehkan bentuk fizikal seseorang atau body shaming dilalui Rosma akan jauh lebih teruk dan boleh buat dirinya  jatuh terduduk.


Namun bagi pemilik nama penuh, Rosmayati Sidik yang kini turut memiliki perniagaan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014 itu semua itu tidak membuatkannya jadi lemah semangat.

Bagi penyanyi gilapan pertandingan realiti Akademi Fantasia pertama itu, tiada pilihan lain untuk jadi kebal.

“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak katik.

Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.

Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” kata Rosma.



Kata Rosma yang kini berbadan ramping sekalipun berstatus ibu kepada tiga orang cahaya mata dengan mengamalkan produk minuman detoks, MS SenaRos, semua nista itu tidak langsung menjadi kudis buat dirinya.

“Ada ketika, saya juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali menangis dan memendam rasa kerana dikecam dek fizikal diri.


Dalam hati pernah terlintas, macam besar sangat ke badan ini? Buruk sangat ke diri saya.

Tapi kata kata menjatuhkan itulah yang membakar semangat diri. Rosma yang dulu, bukan yang sekarang.

Sekalipun rezeki saya tidak lagi sepenuhnya dengan menyanyi tetapi sebaliknya berniaga, saya bangga usaha kecil itu membuahkan hasil besar yang boleh dibanggakan,” katanya.

Bagi Rosma memiliki badan ramping dengan berat kini 47 kilogram bukan kerana ingin menunjukkan apa apa kepada mereka yang pernah mencela fizikalnya.

Sebaliknya dilakukan demi kepuasan diri dan paling utama untuk kesihatan.

“Dulu ketika usia remaja, saya bukan jenis yang peduli sangat bab nak cantik atau melawa ini. Masa itu cakap apa sajalah, saya tak kisah. Dah biasa dengan gaya comot.

Rosma ketika zaman remaja

Namun sejak menyertai AF1, nak tak nak memang kena jaga ketrampilan. Ikutkan sejak pertandingan itu berat saya naik mendadak hingga mencecah ke 70 kilogram.


Asalnya dari zaman belum berkahwin, berat badan saya sekitar 48 ke 49 kilogram pun. Masa  jadi artis, saya tak keruan kerana susah pengurusan nak dapatkan tajaan baju,” katanya.

Penampilan Rosma terkini

Saat berat badan naik mendadak, Rosma pula tersilap percaturan mengikut diet yang salah dan keterlaluan hingga memakan diri

“Saya tak ada ilmu diet, tapi jenis hentam keromo. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep berlagak pandai walhal tak tahu apa apa. Natijahnya pernah sekali saya cemas kala jatuh pengsan gara gara diet tak betul hingga dimasukkan di sebuah hospital.

Dipendekkan cerita, saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah Khai pernah mencetuskan idea untuk saya keluarkan produk pelangsingan sendiri.

Saya keluarkan produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Malah turut menjadi testimoni kepada produk sendiri. Mampu berbadan langsing sekalipun sudah ada tiga anak bukan halangan. Semuanya tak mustahil. Zaman belum kahwin saya bergelut dengan isu berat badan. Sedangkan situasi semasa mungkin sebaliknya iaitu berat naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya.

Rosma bersama produk MS SenaRose

Ketika ini, Rosma tidak kisah jika ada yang melabelkan dirinya artis sendu atau apa sekalipun.

“Saya bersyukur diberi kesempatan sementara menumpang glamor dunia artis saat menyertai AF1. Cita cita saya dulu memang salah satu nak jadi artis. Ia jadi kenyataan. Tuhan beri saya rasai nikmat menjadi artis yang diberi perhatian seketika. Itu sudah memadai.


Sekarang kalau ada yang label saya sendu atau sudah tak popular tak mengapa. Nak kata zaman saya sudah berlalu pun tak kisahlah. Begitulah putaran hidup. Saya akur.

Benar walaupun ada yang anggap saya memiliki suara bagus dan kini sudah berbadan kurus pun bukan jaminan tuah itu akan ada. Kalau sudah tertulis begitu, tiada apa lagi daya kita.

Ketika pintu dunia seni dilihat tak menyebelahi diri, Allah buka pintu rezeki lain melalui perniagaan. Dunia niaga yang jauh sekali menjadi minat diri selama ini kini mula sebati. Dulu hanya mak saya yang suka berniaga. Kini ia turun kepada saya pula. Dunia nyanyian jatuh tangga kedua. Nombor satu di hati pastinya perniagaan yang saya majukan bersama suami,” katanya.


Sekalipun sudah meletakkan perniagan sebagai keutamaan, Rosma tidak sesekali melupakan nyanyian.

“Minat menyanyi itu takkan berkubur. Ikutkan selama ini ada jemputan menyanyi secara tertutup. Malah saya terus diberi kesempatan menyanyi sebagai artis residen di hotel sepanjang bulan Ramadan.

Cuma ketika diuji pandemik Covid 19, rezeki menyanyi itu tak banyak. Tapi saya meneruskan survival memajukan perniagaan,” katanya.


Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.

Khai dan Rosma bersama 3 orang cahaya mata mereka

Ketika ini produk pelangsingan badan dan detoks MS SenaRos dijual pada harga promosi dengan sebotol berharga RM89. Dua botol pula dijual pada harga lebih jimat RM159.

Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk Instagram rasmi @msbykhairosma
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com