Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

02 August 2020

Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraa "Madeena" & Lagu "Kembara Nabawi" Pelita Lusoh

Asia Empire Records dan Ali Zahra Holding Sdn Bhd telah mengadakan majlis pelancaran produk penjagaan kulit Ali Zahraa “MADEENA” & lagu “KEMBARA NABAWI” Pelita Lusoh serta lirik video rasmi di Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur.

Ali Zahra Holding Sdn Bhd (Ali Zahraa) adalah satu entiti korporat pengeluar dan pemasar produk kesihatan dan kecantikan. Sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang produk kesihatan semenjak tahun1998. Semenjak 3 tahun yang lepas, penjenamaan semula Ali Zahraa, sekali lagi menggegarkan pasaran dan telah menjadi fenomena di Malaysia dengan kelahiran Zahraa Aroma Theraphy Oil, Gel Theraphy dan Serum Madeena dan lain-lain.  Ali Zahraa mempunyai lebih dari 300 ribu pelanggan di seluruh Malaysia.

Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Api Zahraa "Madeena" & Lagu "Kembara Nabawi" Pelita Lusoh


Kali ini Ali Zahraa "Madeena" sekali lagu akan menggegarkan pasaran produk kecantikan kulit dengan kerjasama penuh bersama pelita lusoh. Kini Pelita Lusoh menjayakan produk terbaru Ali Zahraa "Madeena" bukan sebagai duta akan tetapi sebagai rakan kongsi untuk bersama melayakkan produk Ali Zahraa ke pasaran Asia.

Setelah hampir setahun bersama bekerja keras maka terlahirlah produk muslim unggul Ali Zahraa "Madeena" dan sesuatu yang baru bagi Pelita Lusoh ketana melangkah setapak lagi ke dalam dunia produk penjagaan kulit. Dengan ini, sekali lagi Asia Empire Records dan Pelita Lusoh Production telah melebarkan sayap mereka.

Sebelum ini Asia Empire Records dan Pelita Lusoh Production telah 2 tahun beroperasi dan mereka mempunyai studio rakaman, pengurusan artis, produksi muzik video, artis naungan dan pelbagai lagi.

Sesi Sidang Media Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Api Zahraa "Madeena" & Lagu "Kembara Nabawi" Pelita Lusoh

Pelita Lusoh - Kembara Nabawi bersama produk Ali Zahraa "Madeena" 

Pelita Lusoh telah melahirkan sebuah lagu yang berjudul “KEMBARA NABAWI”. Lagu ini ditulis oleh FJ Muzik dan telah digubah sepenuhnya oleh Pelita Lusoh. Rakaman single ini juga menampilkan pemuzik jemputan seperti Daus dari Kumpulan Drama Band sebagai pemain Bass dan Rudy dari Kumpulan Nastia untuk strings. Rakaman dan Adunan sepenuhnya di Asia Empire Records Studio. Penulisan lagu ini menceritakan tentang perjuangan dan kehidupan Rasullullah SAW.

Penggambaran rakaman pembikinan lagu Kembara Nabawi dijalankan di Asia Empire Records Studio sepenuhnya semasa sesi rakaman lagu tersebut. Lirik video rasmi ini telah dilancarkan secara rasmi pada 29 Julai 2020 jam 8.30 malam di saluran Youtube rasmi Asia Empire Records.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rasmi:

Facebook 

Instagram 


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com