Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

05 August 2020

Jenis-jenis Rawatan Laser Menggunakan Mesin Laser Fotona di Toscana Medi Clinic

Assalamualaikum dan hai semua,

Menginjak usia 40an perempuan dan lelaki mula mengalami masalah kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman.

Antara masalah yang sering dialami oleh kita antaranya kedutan muka, kulit muka mengendur, berdengkur ketika tidur, hormon lelaki lebih kuat mengakibatkan bahagian muka berbulu lebat, pundi kencing tidak mampu berfungsi dengan baik menyebabkan inkotinen dan pelbagai lagi. 


Dengan teknologi sekarang, tanpa suntikan dan ubat-ubatan pun kita mampu merawat masalah ini. Penyelesaiannya menggunakan mesin laser Fotona. Hasilnya kita dapat lihat seusai rawatan sehingga 2 minggu bergantung kepada tahap keperluan rawatan.

Terdapat pelbagai jenis rawatan yang boleh dilakukan oleh mesin laser Fotona terbaru dengan fungsi yang lebih baik dan rawatan yang berkesan tanpa rasa sakit.

Sebelum ni kita buat rawatan menggunakan mesin edisi lama bukan tak canggih tapi kadang-kadang ada kesan kemerahan lepas laser lepas tu kena tunggu lama untuk dapatkan keputusan dan hasil rawatan. Tapi dengan mesin laser Fotona ni memang lebih mudah dan hasilnya boleh nampak seusai rawatan pertama tau.

Jom tengok rawatan yang boleh dijalankan menggunakan mesin laser Fotona ini. Antara rawatan tersebut ialah:

1. Fotona 4D Non-invasive Laser Face Lifting

Rawatan laser ini membantu  menegangkan kulit muka yang mengendur akibat penuaan serta memperbaiki ton warna kulit seseorang.

Menggunakan 4 langkah iaitu:

Pertama: SMOOTHLIFTIN
iaitu prosedur mengembalikan keanjalan kulit di bahagian yang megendur.

Kedua: FRAC3
Menggalakkan penghasilan kolagen untuk menegangkan tisu muka



Ketiga: PIANO
Mengurangkan parut, pigmentasi dan kedutan untuk mengembalikan ton warna kulit supaya sekata

Keempat: SupErficial
Rawatan untuk mengurangkan garis halus dan mengecilkan liang roma di muka

Ramai yang mengambil rawatan ini kerana hasilnya yang cepat dan berkesan serta tidak perlu suntikan atau makan ubat-ubatan.

2. Laser Hair Removal

Kebanyakan wanita mempunyai bulu kaki yang panjang dan sesetengah wanita mempunyai bulu di bahagian muka. Fotona laser hair removal membantu membuang bulu dengan cepat tanpa rasa sakit. Tanpa perlu bercukur dan menggunakan kaedah lama, kita dapat lihat hasil laser ini dengan cepat. 



Bagi melihat kesannya kita perlu menjalani sekurang-kurangnya 10 kali rawatan laser ini dan jumlah bulu yang tumbuh akan lebih berkurangan.

3. NightLase Non-Invasive Snoring & Sleep Apnea Treatment (Laser bagi kurangkan dengkuran)

Rawatan ini sesuai untuk lelaki dan perempuan yang mengalami gejala berdengkur ketika tidur. Berdengkur ketika tidur amat membahayakan kerana kita boleh meninggal akibat sesak nafas.



Masalah dengkur ini boleh dirawat dengan rawatan laser Fotona. Laser akan membuatkan tisu di bahagian mulut menegang dan seterusnya mengurangkan bunyi dengkuran. Rawatan ini dilakukan setahun sekali.

4. IncontiLase Stress Urinary Incontinence 

Masalah kerap kencing dan ke bilik air berlaku disebabkan kencing kotor dan juga keadaan pundi kencing yang tidak mampu menahan daripada terkencing ketika ketawa mahupun bersin. Ini membuatkan orang yang menghadapi masalah inkontinen menjadi murung dan tidak bersemangat ketika berdepan dengan orang ramai. 

Pesakit ini juga perlu memakai lampin pakai buang ataupun tuala wanita setiap masa. Ini membuatkan timbulnya keadaan yang tidak selesa.

Rawatan: Berdasarkan pengawalan laser-induced thermal effects kawasan tisu mukosa di bahagian vagina. Laser yang digunakan IntimaLase 2940 mm Er:YAG bagi meningkatkan kolagen dan menegangkan tisu di bahagian tersebut supaya menjadi normal.


Jadi anda boleh pilih rawatan yang bersesuaian. Boleh juga datang ke klinik terus untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Khas buat pembaca blog Qiss. Sekarang ada
PROMOSI seperti di bawah:


Rejuve Facial with Face Massage RM99!!










Untuk maklumat lanjut dan promosi boleh hubungi:

Toscana Mediclinic, Publika Solaris
03-61438866
016-6088846
012-2912137

Waktu : 10 pagi - 7 petang


@toscana_beautymedispa
@toscana_mediclinic 

#toscanamediclinic #toscanamedispa #facial #facemassage #manicure #pedicure #laser #promosirawatanlaser


1 comment:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com