Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

07 July 2020

Cara Guna dan Fungsi Pelembap Muka Yang Tidak Berminyak dari Hansaegee Nature

Assalamualaikum dan hai semua,

Kita semua dah sedia nak keluar rumah kan dan kena hidup dalam norma baharu. Walaupun kita gunakan pelitup muka, bahagian wajah kita yang lain tetap terdedah kepada persekitaran dan masa inilah pentingnya kita menggunakan krim yang sesuai dengan wajah.

Qiss pilih untuk menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Walaupun dah lama tak keluar rumah lepas tu keluar rumah tanpa memakai apa-apa krim akan menyebabkan kulit kita senang sunburn dek panahan matahari tau.

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni adalah sejenis moisturizer dan bukan krim pemutih semata-mata. Nama produk ni juga menjelaskan fungsinya. Menurut laman web Hansaegee Nature, krim pelembap ni berfungsi untuk turut merawat sunburn dan redness pada kulit.

Selain itu, dinyatakan juga yang moisturizer ni cepat meresap ke dalam kulit, menyegarkan kulit dan tidak melekit, maka sesuai untuk cuaca Malaysia dan panas dan lembap sepanjang tahun. Moisturizer ini juga dinyatakan sesuai untuk semua jenis kulit. Bagi anda yang nak keluar rumah tu memang digalakkan untuk memakai krim ini sebagai base makeup. Make up tahan lama juga dan kulit anda dilindungi daripada terik matahari

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Fungsi dan bahan :

1. Mengandungi Camellia Japonica Seed Oil - macam-macam benefit untuk kecantikan menggunakan Camellia Japonica Seed Oil ni.

2. Mengandungi Niacinamide - fungsi anti penuaan & mengurangkan garis halus. Garisan halus penuaan yang terbentuk di bahagian mata akibat penuaan dan kulit kering kian pudar jikalau anda memakai krim ini secara berterusan.

Tekstur Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature apabila disapukan pada kulit


3. Non-comedogenic (tidak akan menyebabkan pori tersumbat). Bila pori-pori kita tidak tersumbat, krim lebih senang meresap ke dalam kulit dan menghasilkan kulit yang lebih cantik. Bila pori-pori tersumbat kulit jadi kusam dan tidak bermaya.

4. Cepat menyerap dan penyerapan jauh ke dalam lapisan kulit. Qiss suka pakai krim yang cepat menyerap ke dalam kulit sebab tak perlu tunggu lama untuk krim kering sebelum make up. Jadi akan lebih jimat masa semasa berhias dan berdandan.

Review Aqua Whitening Cream

Tekstur

Qiss suka tekstur krim ni sebab ringan dan bila pakai kat muka tak rasa melekit dan berminyak. Warna dia semi-transparent tau bukan warna putih solid tu. Senang nak menyerap ke dalam kulit. Bila sapu kat muka krim ni cepat menyerap ke dalam kulit.

Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature 

Qiss guna krim ni selepas mandi dan disapukan krim ni selepas penggunaan toner. Kulit Qiss jadi lebih anjal dan tona kulit lebih sekata. Best juga sebab tak ada bau yang tidak menyenangkan dan tak ada iritasi pada kulit Qiss. Kira macam serasi juga lah.

Qiss juga tak pernah lupa nak bawa krim ni semasa bercuti sebab Qiss tak perlu bawa banyak produk lain sebab hanya dengan krim ni, Qiss boleh menjaga kulit lebih dari jangkaan Qiss sendiri. Walaupun hanya satu krim tapi ia masih boleh melembapkan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah.

Cara penggunaan Aqua Whitening Cream

Cara penggunaan yang betul adalah sapukan krim ini di wajah dan urutkan ke seluruh wajah anda. Kemudian secara perlahan tap kan jari anda pada keseluruhan wajah dan titisan air akan muncul segera. Air ini sangat senang diserap ke dalam kulit dan memberi kesan kelembapan pada kulit wajah.

Cara guna Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ialah sapukan krim pada wajah lepas tu tap tap kan jari pada keseluruhan wajah setelah beberapa ketika, titisan air akan muncul dan ratakan pada wajah. Kulit wajah akan lebih mudah meresap krim yang menjadi titisan air tadi.

Bergantung pada jenis kulit anda, titisan air akan muncul dan anda akan mengalami rasa basah pada kulit. Ada jenis kulit yang boleh nampak titisan air tu dan ada yang hanya dapat rasa kesan air yang basah tu. Lepas kesan air tu dah muncul bolehlah anda ratakan keseluruhan muka dan akan dapat kesan glowing pada kulit macam muka Qiss kat dalam gambar tu. Anda kena rajin gunakan krim ni untuk dapatkan tona kulit sekata sekiranya anda mengalami sunburn.

Kesan selepas penggunaan selama sebulan
Lepas sebulan masih berbaki lagi dalam botol krim ini. Masih tak habis walaupun Qiss pakai krim ni setiap hari, kiranya jimat jugalah kan. Kulit Qiss lebih lembap dan sihat dari dalam. Warna kulit lebih sekata. Make up juga tahan lebih lama.

Kulit wajah jadi lebih segar dan sihat serta lembap selepas penggunaan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature 

Qiss rasa krim ni banyak membantu Qiss mengawal pengeluaran minyak di muka dan ini membuatkan kulit Qiss kelihatan lebih berseri-seri. Qiss dah kurang berpeluh jika berada di tempat yang panas sebab sebelum ni muka Qiss jenis cepat berpeluh walaupun terkena matahari sekejap. Orang panggil puteri lilin gitu. Tapi Qiss boleh je berjemur tengah panas cuma tak tahan kalau berpeluh.

Mujurlah ada Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni. Anda jangan risau sebab krim ni sesuai untuk semua jenis kulit samada kulit anda kering, sensitif, berminyak ataupun berjerawat. Haa gitu..

Bagus kan guna krim ni. Jenis produk pula ialah memutihkan dan melembapkan kulit muka. Menjadikan muka lebih glowing dan sihat dari dalam. Anda boleh gunakan krim ni pada bahagian muka dan leher bagi mendapatkan warna tona kulit yang lebih sekata dan bagi hasil yang lebih bagus seeloknya digunakan sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu siang dan juga malam.

Aqua Whitening Cream
RM143.80  |  50g 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk boleh layari:

Brand: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia






16 comments:

  1. Nampaknya memang baik lar pelembap muka ini. Mereka yang sedang consider nak beli produk ni boleh lar baca review di sini.

    ReplyDelete
  2. suka tengok ada keluar cecair dari muka selepas beberapa minit tu.. kalau muka berminyak sesuai ke ye? nampak macam best je tu.. teringin nak try

    ReplyDelete
  3. Dah banyak dah baca review best menggunakan produk Hansaegee nie. Nampak gaya Rawlins pun kena try agak la sebab kulit Rawlins kering dan nak sekatakan tona kulit.

    ReplyDelete
  4. Pelembap merupakan salah satu skincare wajib dipakai. Tak boleh skip
    Pelembap yang macam ni memang sesuai dengan kulit akak yang oily.

    ReplyDelete
  5. Memang perlu guna pelembab untuk muka kita. Lagi2 jenis Sy kulit muka kering, mmg sangat2 memerlukan pelembab muka

    ReplyDelete
  6. Pelembab muka ni memang perlu pakai setiap hari kalau tak nanti kulit kita kering tak bermaya nampak kusam je. tak pernah cuba lagi pelembab ni.thanks for sharing

    ReplyDelete
  7. Patutlah wajah qiss makin cerah berseri.. Gunakan product hansaegee nie rupanya.. Boleh la AM cuba juga nanti..

    ReplyDelete
  8. Akk pernah guna pelembap ni.. memang best.. and dia cepat serap

    ReplyDelete
  9. Nice! Ingredients pun nampak not bad. Memang nampak perubahan dekat muka akak. Bolehlah try brand ni jugak nanti

    ReplyDelete
  10. boleh tahan gak price dia, kalau ramuan ok, insyaAllah oklah tu

    ReplyDelete
  11. Produk Hansagee ni mmenag bagus laaa, lagi satu dia serasi dengan kulit orang asia macam kita ni kan.. takde lagi dengar orang pakai ada masaalah...lepas ni sapa belum cuba, kena cuba..

    ReplyDelete
  12. Lpasni makin berseri2 la muka kak qis pakai cream hansagee ni.. Mmg best kalau waterbase.. Kalau nk lg best letak dlm peti sejuk, bila nak guna, amk pakai.. Best je sejuk refreshing. Produk pun tahan lama.

    ReplyDelete
  13. ramai kata produk ni bagus. nak kena beli and cuba ni :) Lagipun good review kan

    ReplyDelete
  14. Huda pun dah guna produk ni. memang best, serasi dengan kulit. cepat serap dan tak melekit. best!

    ReplyDelete
  15. Wowww skin qiss sekarang pon dah nampak lain lah.. Makin glowing n healthy.. Bagus lah qiss ni selalu share skincare yang qiss pakai

    ReplyDelete
  16. Bestnyaaa. Akak memang fans moisturizer. Nanti nak cuba brand ni. Harga pun not bad.

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com