Assalamualaikum dan hai,
realme Fan Festival 2020
Dari 28 hingga 30 Ogos ini selama 3 hari sahaja akan berlangsung 828 realme Fan Festival. Ye betul, kalau anda nak keluar dengan rakan-rakan jom ke 828 realme Fan Festival di realme Design Studio yang terletak di Sg. Penchala. Banyak aktiviti menarik kat sini untuk anda bersantai bersama rakan-rakan. psst: banyak port untuk bergambar juga tau.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan anda boleh dapatkan goodies bag, voucher tunai, voucher rebat, kupon makanan percuma dan banyak lagi.
Antara aktiviti yang akan diadakan juga ialah:
▪️Wonderful wallet RM1
▪️TikTok Challenge
▪️DIY eggette workshop
▪️Selfie check-in
Siapa suka main tiktok tu boleh cuba challenge ni. Boleh menang handphone baru realme C12 tu. Menarik!Persembahan artis
Turut memeriahkan hari anda sepanjang berada di 828 realme Fan Festival ni akan ada barisan artis Malaysia tau.
Antara barisan artis yang turut serta kali ini adalah l am NEETA, Floor88, Tuju ft Loca, Insomniacks, SOG (Sekumpulan Orang Gila), Sufian Suhaimi, Zyn & Yonnyboi, Sophia Liana dan Bunga. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan artis kegemaran anda ni.
Pelancaran realme C12
Pelancaran realme C12 Dengan Tri-Kamera dengan Bateri 6,000mAh hanya RM529 sahaja kalau nak tengok lebih dekat realme C12 ni boleh lah ke booth realme nanti. Banyak pertandingan menarik juga untuk anda.
Time ni lah kalau anda nak beli handphone baru atau powerbank takpun realme earbuds yang best tu.
Antara jenama popular yang turut sama menjayakan 828 realme Fans Festival adalah seperti Nene Chicken, Nerduit, Eggette Lab, Laneige, Sunway Lagoon, Lazada, Shopee, BaWangaChaji dan Dissy.
Untuk maklumat lanjut boleh ikuti laman media sosial Facebook dan Instagram realme Malaysia.
#DareToBerealme
#DareToBe6000mAh
#DareToBeMYrealme
#ShotOnrealmeC12
#realmeFanFestival
0 comments:
Post a Comment