Rakyat Malaysia memang sukakan sesuatu yang baru tambah-tambah lagi bila ada menu hidangan baru. Qiss pun tak terkecuali lah.
Lepas hangat diperkatakan oleh geng kaki makan di sosial media, Qiss pun teringin nak cuba menu daripada Marrybrown ni.
Rupanya memang sedap dan tak cukup makan satu set. Pasti nak tambah lagi.
Meh nak suap!! Qiss taknak la makan sorang-sorang kan. So, Qiss nak ajak anda semua makan dan rasai sendiri menu ni.
Kalau anda nak makan menu baru Marrybrown ni jangan lupa bawa kawan-kawan dan keluarga makan sekali sebab memang sedap tau. Qiss suka Drumette dan Burger Combo tu.
Rugi tau kalau anda tak cuba menu Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals baru dari Marrybrown ni sebab sos BBQ dia sedap sampai anda makan tak ingat kat orang sebelah..ehh..
Anda boleh pilih combo mana yang korang nak makan hari ni. Ada tiga pilihan iaitu :
1. Kombo S.O.S BBQ Burger
Bermula dari RM 15.90 anda akan dapat satu hidangan S.O.S BBQ Burger, 6pc Potato Wedges, 6pc Onion Rings dan 1 cawan regular Coca-Cola perisa Asli.
Qiss suka rasa pedas dan manis burger ni memang cukup rasa tau. Roti burger tu pun lain daripada yang lain dengan menggunakan charcoal bun. Cuma roti ni hanya terdapat di Semenanjung Malaysia. Untuk Sabah dan Sarawak akan menggunakan roti burger biasa.
2. S.O.S BBQ Drumette
Bermula dari RM 16.90 akan dapat 4pc S.O.S BBQ Drumette, 6pc Potato Wedges, 6pc Onion Rings dan 1 cawan regular Coca-Cola perisa Asli.
Tak cukup seketul Drumette, anda pasti akan makan untuk kali kedua dan seterusnya. Drumette yang digoreng dan disalutkan dengan S.O.S BBQ ni memang sedap dimakan panas-panas.
3. S.O.S BBQ Box
Dari RM 22.60, anda akan dapat 1 S.O.S BBQ Burger, 2pc S.O.S BBQ Drumette, 1pc MB Crispy Chicken 6pc Potato Wedges dan 1 cawan regular Coca-Cola perisa Asli.
Kalau tak cukup dengan menu kat atas tu, anda boleh order set ni. Siap ada MB Crispy Chicken tau. Memang kegemaran Qiss tu.
Untuk pengetahuan anda Menu Terbaru Marrybrown Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals telah mula dijual dari 21 Ogos hingga 5 Oktober 2020.
Kalau nak rasa menu yang lain daripada yang lain kat Marrybrown, anda kenalah cuba Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals ni hari ni.
Untuk promosi dan menu lain jangan lupa ikuti Marrybrown di sini:
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my
#Marrybrown
#MarrybrownMY
#SomethingDifferent
#MBSOSBBQMeal
#SensasiOhsemSmokey
0 comments:
Post a Comment