Assalamualaikum dan hai,
Hari ni baru boleh tarik nafas lega bila dapat berehat selepas selesai kenduri kahwin hari tu.
Dua hari sebelum majlis kahwin Qiss masih sempat ke Dr. Alice Ageless Medispa yang terletak di Bangsar. Dr. Alice seorang yang peramah dan sempat memberi input serta informasi berkenaan rawatan kecantikan yang terdapat di sini.
Di Dr. Alice Ageless Medispa terdapat 34 rawatan kosmetik dan kebanyakannya menggunakan laser.
Qiss disyorkan untuk menjalani rawatan Shine Bright yang menggunakan laser untuk menaikkan seri wajah dan secara langsung menstabilkan ton warna kulit Qiss malah dapat mencerahkan kulit seusai rawatan.
Untuk program Shine Bright ni terdapat beberapa rawatan yang tengah promosi iaitu:
1. Shine Bright Program
2. Gold Laser
3. Thread Lift using Aptos Thread
4. Facial Rejuvenation Method (Profhilo)
5. Oxygen to Derm Theraphy
Setelah diberikan penerangan ringkas Qiss mula masuk ke bilik rawatan.
Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:
1. Muka dibersihkan menggunakan pencuci muka untuk membuang mekap dan memudahkan rawatan laser.
2. Setelah itu, krim kebas disapukan ke muka bagi mengurangkan rasa panas cahaya laser.
3. Rawatan laser dimulakan diseluruh muka.
4. Muka dibersihkan semula dan disapukan krim pelembap serta krim pelindung cahaya matahari.
Untuk Shine Bright Program memang tak menggunakan jarum jadi tiada kesan kemerahan ataupun pengelupasan kulit, kiranya tiada downtime. Malah kulit lebih glowing dan berseri ketika majlis kahwin. Haaa ramai yang datang dan puji pengantin tau.
Oxygen to Derm Theraphy
Rawatan kecantikan di Dr. Alice Ageless Medispa tidak terhad hanya untuk wanita malah pada masa kini, lelaki juga mula prihatin tentang penjagaan wajah mereka.
Mengenali Zharif, seorang blogger yang banyak memenuhi jemputan dan undangan ke majlis dan kerap keluar berjumpa orang tetapi tetap tampil kemas dan mempunyai kulit yang bersih. Rahsianya dengan membuat rawatan di Dr. Alice Ageless Medispa. Baru-baru ini Qiss berkesempatan juga melihat rawatan Oxygen to Derm Theraphy yang dibuat oleh Zharif.
Teruja Qiss melihat hasilnya. Oxygen to Derm Theraphy ini boleh menjadikan kulit yang kusam lebih bermaya dan lembap.
Istimewa rawatan ini ialah penggunaan gas oksigen yang disalurkan melalui topeng khas terus ke kulit muka bagi membuka pori-pori muka agar serum mudah meresap ke dalam kulit. Melalui rawatan ini, sebotol serum disemburkan ke muka menggunakan spray khas. Setelah itu muka Zharif dikeringkan dan disapukan krim pelindung matahari keluaran Dr. Alice sendiri.
Kita perlu memakai krim pelindung matahari ini setiap masa tak kira di dalam rumah ataupun di luar rumah. Ini kerana, kulit kita terdedah dengan sinaran UVA dan UVB. Bagi melindungi kulit kita dari pigmentasi, kita perlu mengambil langkah menggunakan krim ini.
Dr. Alice Prethima Michael menubuhkan Dr. Alice Ageless Medispa dan telah berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang ini. Sejak tahun 1999, Dr. Alice menjadikan bidang Obstetrics and Gynaecology (OBGYN) dan juga Cosmetic and Medical Aesthetic sebagai salah satu kerjaya bagi membantu lelaki dan wanita di luar sana untuk sentiasa tampil yakin dan cantik.
Dr. Alice Ageless Medispa
257, Jalan Maarof, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2095 0458
Dr. Alice Anti Aging
62-1, 257, Jalan Maarof, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2282 0994
Dr. Alice Clinic
46, Lorong Batu Nilam 21-A,
Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang
Telefon: 03-332 4699
Laman web:
Facebook:
www.facebook.com/Dr.AlicePrethima
Instagram:
www.instagram.com/dralice_prethima
No wonder la masa kenduri kahwin haritu muka berseri je... Dari jauh dah shine bright like a diamond! 😂😂
ReplyDelete