Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

17 August 2020

JennOrtho Mid Valley Megamall Tawar Insoles/Tapak Kasut Untuk Penjagaan Kesihatan Kaki

Assalamualaikum dan hai, 

Hari ni Qiss nak cerita pengalaman semasa ke JennOrtho di Midvalley Megamall. JennOrtho terletak di Tingkat 2, North Court di Mid Valley. Jangan lupa ke sini sebab ada diskaun potongan sebanyak 50% tau.

Bukan itu sahaja, kalau anda buat pemeriksaan kaki di sini, anda juga dapat konsultasi secara percuma dari pakar analisa.

Jom tengok Qiss buat pemeriksaan kaki. Keputusan agak memeranjatkan Qiss bila Qiss dapat tahu lengkungan kaki Qiss semakin leper ke lantai dan pada masa jangka panjang, Qiss akan mula rasa sakit lutut, sakit pinggang dan boleh juga menyebabkan tulang belakang bengkok.


Solusinya, Qiss perlukan tapak kasut/insole yang boleh menyokong lengkungan tapak kaki Qiss supaya tidak terlalu leper dan insoles ini membuatkan Qiss memakai kasut dan berjalan dengan selesa.


Haaa.. mujurlah ada penyelesaian kan. Sebelum ni Qiss rasa jalan dah betul dah tapi tak perasan sungguh bila mula terasa sakit lutut bila berjalan jauh. Rupanya kaki bermasalah. Kalau anda nak buat pemeriksaan kaki, boleh datang ke sini. Sekurang-kurangnya kita tahu tahap kesihatan kaki kita.

Insoles ataupun tapak kasut di JennOrtho ni boleh dibuat khas mengikut keadaan tapak kaki kita. Ada juga yang dah readymade supaya anda senang untuk membeli dan terus gunakan. 

Kebetulan Qiss ke JennOrtho pada hari ahad, dan Qiss dapat berjumpa dengan Dato Dr Edmund Lee yang merupakan pakar orthotic di Asia. Dato Dr Edmund Lee akan memberikan konsultasi secara personal dan percuma kepada anda. Tak lokek dengan senyuman dan sangat memberi input berinformasi tentang penjagaan kaki.

Di JennOrtho Midvalley Megamall ni juga ada menjual kasut untuk penjagaan kesihatan kaki. Terdapat banyak design menarik dan pelbagai. Kelihatan seperti kasut biasa tapi sangat membantu menyokong pergerakan kaki. Jadi kita tak mudah sakit lutut, sakit pinggang dan sebagainya.

Harga kasut di JennOrtho bermula dari RM300 dan ke atas serta terdapat dalam pelbagai saiz dari yang kecil saiz 26 hinggalah paling besar iaitu 44.

Gaya hidup pada masa kini bukan sahaja menyumbang kepada pemakaian insoles akibat gejala sakit kaki seperti tapak kaki rata, kencing manis (sengal kaki), arthritis, bursitis dan plantar fasciitis malah boleh mengakibatkan sakit yang lain.

Untuk pengetahuan anda, selain JennOrtho terdapat juga Sunfeet International Rehab Centre

Kedua-duanya membuat insoles/tapak kasut namun JennOrtho berkonsepkan kedai untuk pelanggan membeli insoles/tapak kasut secara walk-in manakala Sunfeet International Rehab Centre yang terletak di Petaling Jaya lebih kepada pusat rehabilitasi yang membantu orang ramai membetulkan postur tapak kaki dan juga rawatan susulan yang bersesuaian selain memantau perkembangan pesakit. 

Dr. Edmund sendiri menyelidik dan menguji insoles/tapak kasut yang dijual di kedua-dua tempat ini. Rekaan khas mengikut tapak kaki ini dibuat di Jerman dan "Orthotic Approved" dan sangat berbaloi bagi keselesaan kaki dan kesihatan anda.

Jika ada kelapangan, Qiss syorkan anda ke JennOrtho untuk membuat pemeriksaan kaki sebab mencegah lebih baik dari mengubati kan. 

Waktu operasi:

Setiap hari (10 pagi-10 malam)


JennOrtho

S011 2nd Floor, Mid Valley Megamall,

Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.


Telefon: 013-669 8111

Instagram: www.instagram.com/jennorthoworld

Facebook: www.facebook.com/jennortho

19 comments:

  1. Kasut dia cantik-cantiklah. Tak nampak macam kasut untum kesihatan pun. Boleh buat bergaya.

    ReplyDelete
  2. Rawlins kena pergi check juga kaki sebab selalu sakit kaki dan belakang bila pakai kasut baru. Thanks for the sharing ye

    ReplyDelete
  3. nampak selesa kasut ni, bagus sebab dia specialize untuk mereka yang ada masalah tapak kaki dan sakit belakang. Bagus sangat!

    ReplyDelete
  4. tak banyak kan tempat untuk rawat postur kaki kita dan kita pun takde ilmu tentang postur kaki

    ReplyDelete
  5. bagusnya....takper mahal sikit demi keselesaan dan kesihatan ,nanti saya nak cuba jugak sepasang ....

    ReplyDelete
  6. Kita dah buat pemeriksaan hari tu Alhamdulillah nasib normal hehehe tapi kena kawal berat badan lah. Kat sini ada jual kasut yang sesuai untuk orang macam saya hehehe rasa nak beli jer...

    ReplyDelete
  7. Alamak risau jugak sbb selalu usik suami kenapa tapak kaki flat, biasa kan lengkung. Rupanya ada history kesihatan ye. Kena bawa cek ni

    ReplyDelete
  8. Bagus bila kita dapat buat pemeriksaan kaki sendiri. Mana tahu ada masalah. Boleh kita cuba rawatan

    ReplyDelete
  9. bestnya dah ada kedai macam ni kat Malaysia..teringin juga nak check keadaan tapak kaki sendiri ni, entah macam mana rupa dia sebenarnya...

    ReplyDelete
  10. Rasa teringin cuba buat utk buat check up kaki ni. Nk tgk kasut jenis apa sesuai dgn aku. Selalu main redah pakai je. Kesiann kaki

    ReplyDelete
  11. JB ada ke tak yee..bagus betullah ada pakar penjagaan kasut yang sesuai dengan kaki kita... takde le kita main pakai dan beli sesuka hati je, sampai kadang sakit tumit kan...

    ReplyDelete
  12. Nampak selesa sangat kasut tu . Lately ni ada gak Sal rasa sakit kat bahagian lutut try bengkokkan. Terfikir gak sebab apa. Ada kelapangan nak la datang JennOrtho untuk check

    ReplyDelete
  13. Serius bagus. Nak beli kasut cek kaki dulu. Baru noleh pakai kasut dengan selesa. Best2.. Boleh ni datang sini

    ReplyDelete
  14. Sesiapa yang ada masalah sakit kaki dan sakit lutut dah bolehlah pg ke tempat ini.

    ReplyDelete
  15. Kasut dia lawa lawa ya :) Pestime ni dengo jenama ni. nak kena explore lg ni psl jenama ni

    ReplyDelete
  16. Sekrang ni beli kasut bukan sebab kena cantik dan mahal je. Kena fikir juga untuk keselesaan kaki dan kurangkan masalah sakit kaki.

    ReplyDelete
  17. Nampak menarik.. Boleh la AM ke sini nanti nak check kesesuaian kasut berdasarkan jenis n tapak kaki..

    ReplyDelete
  18. Cantik2 juga kasut2nya.. Tu la kasut ni penting ikut kaki sebenarnya.. Kalau kita tak dpt berjalan / berdiri ikut keselesaan kaki.. Mmg lenguh badan2

    ReplyDelete
  19. cantik juga design dia, yang penting selesa dengan kaki kan

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com