Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

30 August 2020

Bagi Kereta Mewah Dekat Staff, Mutyara Tunjuk Riak?

Assalamualaikum dan hai, 

Anda pernah dengar dan amalkan minuman Mutyara? Kalau ye, mesti anda tahu pengasasnya kan. Setelah lebih dua tahun mengukuhkan jenama  Mutyara yang diusahakan bersama isteri, Tya Arifin, ahli perniagaan terkenal Asyraf Khalid, 28, memanjat kesyukuran kerana segala galanya bagai tersusun cantik.

Di sebalik bergelut memulakan perniagaan dari bawah selain berdepan pelbagai skeptikal dan cabaran, anak kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) ini bangkit dengan cara sendiri.

Tidak hanya cuba berdiri atas kaki sendiri membesarkan keluarga kecilnya, menerusi perniagaan diusahakan Asyraf dan isterinya juga mampu tersenyum bangga kerana dapat mengajak orang lain berkongsi kejayaan dinikmati.

Lalu kisah inspirasi dan bingkisan semangat yang tular bagaimana pasangan ini berjaya mengubah nasib masyarakat dan staff tersayang menambah serta menjana pendapatan sampingan di saat dunia diuji dengan pelbagai impak kesan pandemik Covid 19 terus membuka mata ramai.

Malah baru baru ini dua staf mereka Nur Alia Shuhada Shafie, 25, dan Muhammad Amir Rizwan Kamaruzaman, 26, dihadiahkan kereta jenama Volkswagen menjadi bukti bahawa kejayaan itu terus dikongsi.

Ada netizen anggap hadiah itu seperti menunjuk sikap riak. Biasalah mulut netizen.

“Antara doa saya dan isteri setiap kali ialah dikurniakan staf yang dedikasi dan komited. Alhamdulillah doa itu didengari dan Tuhan hantar kami insan berhati mulia dan waja untuk kami sama sama meneruskan empayar ini. Melihat dedikasi staf sebegini khususnya ia menjadi pembakar semangat dan sumber kekuatan. Kami tidak sendirian mengukuhkan perniagaan ini, sebaliknya kini 20 staf baru direkrut sejak Disember tahun lalu.

Alhamdulillah dulu kami hanya ada dua hingga tiga orang staff saja. Kini ia bercambah seiring dengan peredaran masa. Berkat berkongsi ilmu dan belajar daripada pakar pemasaran serta  mentor usahawan, Dr Azizan Osman selain pengalaman, tuah dan rezeki menyebelahi kami,” kata bapa kepada dua cahaya mata ini.

Bagi abang kepada Siti Aafiyah Khalid ini, perkongsian pemberian hadiah kereta mewah kepada dua staffnya itu diharap dapat terus memberi semangat kepada orang lain bahawa semua itu tidak mustahil.

“Amir Rizwan antara yang komited. Sebagai Pengarah Kreatif Mutyara, dia antara staf yang ringan tulang. Dialah yang akan jadi antara staf terawal datang ke pejabat dan paling lewat pulang ke rumah. Semoga dedikasinya terus menyuntik semangat staf lain.

Saya dan isteri sendiri juga selalu membiasakan budaya semua tak kira staf sekalipun seperti memiliki perniagaan kami bersama sama. Jadi kami tak rasa bekerja hanya semata mata untuk mendapat gaji setiap bulan,” katanya.

Asyraf dalam pada itu, turut berkongsi paparan skrin perbualannya bersama ibu Amir, Asmah Mohd Hassan di Instagram juga turut meruntun perasaannya.

“Sebagai anak dan kini bergelar bapa, kejayaan Amir Rizwan sendiri memberi cerminan untuk masa depan saya. Saya juga mempunyai anak yang bakal mengharungi pelbagai cabaran pada masa akan datang. Moga anak saya dan isteri akan menjadi generasi terbaik kelak.

Benar redha Allah itu datang dari ibu bapa. Saya beruntung dikurniakan staf seperti Amir. Tahniah juga kepada ibu bapanya yang membesarkan seorang anak yang cukup budiman dan menjadi contoh.

Saya dan isteri beruntung dapat staf seperti ini. Dalam rezeki Allah berikan, ada rezeki untuk mereka yang bekerja siang malam untuk sama sama mencapai impian yang disasarkan,” katanya.

Malah perbualan bersama ibu Amir itu sendiri sebenarnya bagai menyusur awalan kembara perniagaan diusahakan.

“Dulu Amir mula bekerja dengan saya di sebuah rumah di Cyberjaya. Ketika itu hanya ada satu meja besar untuk kami semua berkongsi. Kemudian berpindah ke lot pejabat di kawasan sama. Hinggalah hujung Julai lalu Mutyara memiliki wisma sendiri di Puchong. Kejayaan diraih saya dan isteri bukan kemenangan individu sebaliknya usaha bersama staf dan mereka yang terus mempercayai jenama kami,” katanya.

Bagi Asyraf lagi, biarpun dilihat masih hijau dalam arena diceburi, jejaka kelulusan sarjana Pemasaran, Universiti Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia ini  bagai sudah memahami sepak terajang dalam dunia perniagaan.

“Saya pernah menceburi perniagaan lain sebelum ini. Ada antaranya turut kecundang di tengah jalan. Saya pernah gagal. Kejayaan itu tidak datang bergolek. Tewas itu juga jadi ruang saya bermuhasabah diri. Tiada jaminan dalam hidup ini. Ada ketikanya kita boleh berada di atas. Dan mungkin esok lusa, kita jatuh terduduk di bawah. Itulah putaran kehidupan.

Namun untuk saya memastikan legasi ini kebal dan konsisten sudah cukup baik. Semoga kemanisan ini akan terus berpanjangan,” katanya

Layari www.mutyara.com untuk maklumat lanjut dan hubungi 0182789277 untuk sebarang pertanyaan.

Jom tengok video ni

https://www.instagram.com/tv/CEeTv6tAIpI/?igshid=11bym1wvifeo7

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com