Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

05 September 2019

Label Baru Minyak Masak Alif dan Program Alif Mastaclass Goreng Bermula

Memasak dan menggoreng menjadi rutin waktu memasak. Kalau tanya Qiss time masak pakai minyak apa, Qiss pakai je minyak kat dapur tu sebab tak ambil tau pun jenis minyak. Bila balik rumah tengok bungkusan minyak yang dipakai, rupanya minyak Alif. Tapi label lama lah. Oh setia jugak mak Qiss dengan minyak masak Alif ni.

Syarikat Sime Darby Oils kini memperkenalkan label terbaharu minyak masak jenama ‘ALIF’ dengan penampilan yang lebih dinamik dan berinformatif untuk para pengguna pasaran tempatan.

Label baru minyak masak Alif

Pelancaran rasmi label baru jenama tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Industri Utama, Yang Berhormat Teresa Kok di majlis yang turut mempertontonkan tayangan perdana iklan minyak masak ‘ALIF’ yang bertajuk ‘Ladang ke Dapur’.
Melalui konsep ‘Ladang ke Dapur’ (farm-to-table), Sime Darby Oils memastikan agar setiap proses penghasilan minyak masak ‘ALIF’, dari penuaian buah kelapa sawit di ladang sehinggalah ke proses penapisan minyak sawit dan pembotolan produk di kilang, diurus dan dikawal rapi mengikut tahap piawaian yang tinggi.

Perasmian label baru minyak masak Alif telah disempurnakan oleh YB Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama.

“Minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan daripada minyak sawit mentah bermutu tinggi yang diuji untuk menentukan kualitinya terlebih dahulu dan kemudian disuling untuk menghasilkan minyak masak. Secara semula jadinya, minyak sawit amat kaya dengan karotenoid dan Vitamin E, iaitu sumber antioksidan yang memberi manfaat kepada kesihatan jantung serta pengurangan kadar kolesterol tidak baik.

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Oils, Mohd Haris Mohd Arshad, ’Ladang ke Dapur’ merupakan salah satu identiti minyak masak ‘ALIF’ yang melambangkan jaminan syarikat tersebut dalam memastikan hanya produk minyak masak yang terbaik dapat dinikmati oleh
para pelanggan ‘ALIF’.



Minyak sawit itu sendiri adalah produk bebas kolesterol dan lemak trans, serta sesuai digunakan untuk menggoreng berulang kali. Semua kebaikan dan keistimewaan ini terdapat dalam minyak masak ‘ALIF’,” menurut Mohd Haris.

Sime Darby Oils, yang merupakan anak syarikat milik penuh Sime Darby Plantation Berhad, iaitu pengeluar minyak sawit diperakui lestari terbesar dunia, turut memberi jaminan bahawa minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan sepenuhnya secara mampan atau lestari.

Jaminan tersebut disahkan dengan penampilan logo pensijilan ’Roundtable on Sustainable Palm Oil’ (RSPO) pada label minyak masak ‘ALIF’. Selain daripada itu, minyak masak ALIF juga mempunyai pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


“Kesedaran untuk memastikan alam sekitar dan hidupan liar sentiasa terpelihara semakin meningkat di kalangan masyarakat kita. Perakuan pensijilan RSPO memberi jaminan kepada pelanggan bahawa minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan tanpa mengakibatkan kerosakan
kepada alam sekitar dan biodiversiti. Sime Darby Oils turut memastikan agar suasana kerja serta hak para pekerja terpelihara, dan kepentingan masyarakat di sekeliling operasinya sama sekali tidak terjejas dalam proses menghasilkan minyak masak ini,” jelas Mohd Haris.

“Adalah menjadi harapan kami agar pelancaran label baharu ini akan dapat merancakkan lagi permintaan terhadap produk minyak sawit Malaysia. Semoga masyarakat akan terus teruja dengan penampilan terbaharu minyak masak ‘ALIF’, serta jaminan kualiti dan
kelestariannya pada harga yang berpatutan,” ujar Mohd Haris lagi.

Bersempena pelancaran label baharu ‘ALIF’, Sime Darby Oils turut mengumumkan Pertandingan ‘Mastaclass Goreng’ yang akan diperkenalkan oleh syarikat tersebut pada suku keempat tahun 2019.

Chef Nik Michael Imran bersama hos rancangan Alif Mastaclass Goreng, Alif Satar

Pertandingan secara atas talian ini menawarkan hadiah kepada
20 pemenang bertuah untuk muncul di program ‘ALIF MastaClass Goreng’ bersama dua selebriti terkenal, Chef Nik Michael Imran serta pelakon dan penyanyi terkenal Alif Satar, sebagai hos program tersebut. Program ‘ALIF MastaClass Goreng’ ditayangkan secara eksklusif di Laman Facebook Minyak Masak ‘ALIF’ yang bermula 16 September ini.


Label baru ‘ALIF’ turut menampilkan logo ‘Sayangi Sawitku’ sebagai tanda sokongan Sime Darby Oils kepada aspirasi kempen tersebut yang diperkenalkan oleh kerajaan. Kempen yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada bulan Mac 2019 tersebut bertujuan untuk meningkatkan rasa bangga dan penghargaan masyarakat terhadap sumbangan minyak sawit Malaysia kepada negara dan dunia, sekaligus memperkukuhkan lagi sokongan rakyat tempatan kepada industri sawit Malaysia.
Read More

04 September 2019

Miliki Kediaman Berdekatan Kuala Lumpur dengan Savio Riana Dutamas Segambut

Adakah korang bekerja di Kuala Lumpur dan masih mencari rumah di kawasan sekitar tempat kerja korang?

Qiss berpeluang melihat sendiri unit kediaman yang setinggi 37 tingkat ini yang hampir siap dan sehingga hari ini, ia telah mencatat kadar pengambilan 90%. Dengan harga mampu milik, lokasi, pengangkutan terbaik dan proposisi nilai, tidak hairanlah jika projek ini berjaya menarik minat dari pembeli rumah serta pelabur hartanah.

Pembinaan 1,018 unit Savio yang dijangka siap pada 2021 itu kini mengikut jadual.
IJM Land Berhad dan rakan kerjasamanya, FCW Holdings Berhad, pemaju bersama Savio telah menganjurkan sebuah majlis yang cukup meriah pada hari ini di bumbung bangunan tersebut bagi meraikan penyiapan kerangka bangunan Savio “Multi Generational” Suites.

Acara menuang simen menandakan siapnya kerangka bangunan Savio

Savio merupakan pembangunan pertama daripada tiga fasa pembinaan Riana Dutamas, sebuah menara 37 tingkat yang memiliki nilai pembangunan kasar RM565 juta yang terletak di kawasan Segambut yang pesat membangun.

“Kami sangat teruja untuk mencatat pencapaian ini dengan pembangunan Savio yang bermula sejak Januari 2018. Selari dengan komitmen dan rangka masa, kami berjaya menyiapkan kerja-kerja struktur Savio sehingga ke tingkat yang teratas dalam tempoh 19 bulan. Perkembangan projek yang positif ini disumbang oleh kerjasama rapat di antara pasukan IJM Land dan FCW Holdings serta Setiakon Builders yang bertungkus-lumus untuk membawa kami hingga ke tahap ini,” kata Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Encik Edward Chong.




Turut hadir di majlis meriah ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif IJM Corporation Berhad, Dato’ Soam Heng Choon; Pengerusi FCW Holdings Berhad, Tan Sri Robert Tan; Pengarah Ekskutif FCW Holdings Berhad, Dato’ Anderson Thor Poh Seng dan Pengarah Urusan Setiakon Builders Sdn. Bhd., Dato’ Kuan Ah Hock.

Untungnya, Savio ni terletak di lokasi strategik iaitu di tengah-tengah segi tiga Emas Kiara Utara dan mempunyai akses melalui banyak jalan dan lebuh raya berdekatan. Ini termasuklah Lebuh Raya DUKE, Lebuh Raya SPRINT, Lebuh Raya PLUS, Lebuh Raya NKVE, Jalan Segambut dan Jalan Kuching, sekali gus menjadikan  kawasan ini mudah diakses dari lokasi lain di Lembah Klang.

Savio Riana Dutamas menghubungkan jalan raya utama serta berdekatan dengan susur ke luar lebuh raya.

Pelbagai kemudahan akan disediakan termasuklah ruang pejalan kaki ke Stesen KTM Segambut yang menghubungkannya dengan KL Sentral. Sangat praktikal buat korang yang nak jimatkan minyak dan duit parking ni.

Bangunan replika Savio Riana Dutamas

Setiap unit direka  agar sesuai dengan setiap generasi pembeli rumah, dari pembeli rumah kali pertama hingga pembeli matang, pembeli individu hinggalah multi-generasi, pelabur novis dan berpengalaman, Savio merupakan realiti terbaik tentang hidup, bekerja dan bermain di kawasan bandar.

“Riana Dutamas adalah ikon daripada kerjasama kami yang membolehkan kumpulan IJM Land bersama-sama rakan kerjasama kami, membangunkan kawasan Segambut. Selain menambah nilai ke atas landskap Segambut dengan menawarkan kediaman yang mampu milik, praktikal dan selesa bersama kemudahannya sendiri dalam satu lokasi yang tidak dapat ditandingi dari segi pengangkutan dan kemudahan- kemudahannya.

Dengan pembangunan Savio, kami yakin ia akan meningkatkan lagi aspek  kepelbagaian kawasan ini. Sekali gus mencipta satu gaya hidup yang lebih holistik kepada penduduk dari pelbagai generasi,” jelas Dato’ Anderson mengenai masa depan Segambut.

The Directors of 368 Segambut Sdn Bhd and Setiakon Builders Sdn Bhd on site at Riana Dutamas.
(Left to right) Dato' Kuan Ah Hock, Mr. Edward Chong Sin Kiat, Dato' Anderson Thor Poh Seng, Tan Sri Robert Tan Hua Choon, Dato' Soam Heng Choon, Mr. Foh Meng Wha, Mr. Tan Tong Kwee

“Kami sangat gembira dengan jumlah jualan Savio dan ia menjadi bukti terhadap nilai serta potensi projek ini. Melihat kepada kadar pengambilan hingga ke hari ini, kami menjangkakan Riana Dutamas mampu meningkatkan pemintaan ke atas hartanah kediaman di Segambut,” kata Encik Edward.

Pembangunan itu dikelilingi oleh kejiranan terkenal seperti KL Metropolis, Bukit Tunku, Mont’ Kiara, Sri Hartamas dan Dutamas.



Terdapat juga pelbagai kemudahan seperti institusi pendidikan yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa termasuklah pusat membeli-belah seperti Publika, Hartamas Shopping Centre, Sunway Putra Mall, Suria KLCC dan Pavilion. Pusat bandar Kuala Lumpur hanyalah sejauh 7km. Kiranya memang agak dekat untuk korang yang bekerja di Kuala Lumpur.

Savio Riana Dutamas menawarkan beberapa jenis susun atur bermula dari unit pangsapuri satu hingga tiga bilik tidur dengan keluasan 653 hingga 1,177 kaki persegi bagi memenuhi keperluan setiap peringkat kehidupan.

Kemudahan yang ada termasuklah kolam renang infiniti, taman berlandskap lengkap bersama “cabana”, bilik gim, dek “lounge”, ruang jakuzi, gelanggang futsal dan dewan serba guna. Savio juga menyediakan kemudahan lot parkir berbumbung bertingkat dan rondaan keselamatan sepanjang masa. Jadi korang tak perlu risau tentang keselamatan korang dan anak-anak.

Qiss berpeluang melihat sendiri unit kediaman Savio

Riana Dutamas ialah sebuah pembangunan bersepadu bercampur di atas sekeping tanah pegangan bebas seluas 16 ekar di Segambut yang pesat membangun. Ia terdiri daripada enam buah blok kediaman servis, ruang pejabat dan kedai. Keseluruhan GDV projek ini adalah sekitar RM1.5 bilion.

Untuk maklumat lanjut mengenai Savio @ Riana Dutamas, kunjungi Galeri Jualan Riana Dutamas di Jalan Segambut atau layari laman web: www.rianadutamas.com
Read More

02 September 2019

Makanan Itali Terbaik Naughty Italian di Mainroad Jalan Ampang

Korang peminat pasta dan pelbagai jenis makanan Itali yang sedap-sedap? Qiss ada jumpa satu tempat yang sangat menarik dan sedap hidangan pasta dorang ni.

Bagi Qiss yang kurang makan pasta ni memang kadang-kadang akan mengelak bila kawan-kawan ajak makan pasta. Tapi kali ni Qiss join je dorang sebab dorang recommend makanan kat sini memang best.




So lepas balik kerja tu Qiss singgah kat Mainroad Jalan Ampang. Kat situ stail food court dan korang boleh order makanan kat kedai yang korang suka.

Malam tu kitaorang makan pasta dari kedai Naughty Italian. Jom tengok ape yang Qiss cuba kat sini.


Wild Mushroom Bruschetta

Harga:
RM14.50


Arrabiata Meatball

Harga:
RM19.50


Sicilian Aglio Olio

Harga:
RM16.50


Italian Nachos

Harga: 
RM14.50


Shroom & Beef Lasagne

Harga: 
RM19.50


Naughty Carbonara

Harga:
RM19.50


Mac & Blue Cheese

Harga:
RM16.50


Virgin Lamb Brasato

Harga:
RM24.50


Kesemuanya memang sedap dan Qiss sangat berpuas hati. Walaupun kedai biasa tapi kekemasan hiasan makanan dia buatkan Qiss rasa teruja nak makan hidangan tu.

Selain suasana yang tidak sesak, korang boleh juga dengar nyanyian kumpulan buskers sambil makan-makan. Hiburan ini bermula pada malam Rabu hingga malam Ahad je tau.




Bagi peminat bola sepak pula, skrin besar disediakan untuk korang yang taknak terlepas tengok perlawanan kumpulan bola sepak kegemaran korang tu.

Orang-orang Jalan Ampang dan sekitar Ampang kena try makanan kat sini sebab Qiss tau ramai yang masih belum tahu kewujudan Mainroad Jalan Ampang sebab tempat ni baru je buka pada 1 April 2019 tau. Kini, ia akan menjadi tempat makan menarik di Ampang dan pastinya memenuhi citarasa korang.

Untuk maklumat lanjut:
Alamat:
Mainroad Jalan Ampang,
50450 Ampang,
Kuala Lumpur,
Malaysia.

Waze:
Mainroad Jalan Ampang

Waktu Operasi:
5.00pm sehingga 3.00am (Setiap hari)

Facebook:
Naughty Italian

Instagram:
@my_naughtyitalian

Whatsapp:
012-5619451

Promosi Istimewa:
15% diskaun setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 5.00pm sehingga 7.00pm sahaja


Read More

30 August 2019

Tampil Lebih Cantik Dengan Obsess Cosmetics

Perempuan dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Qiss sendiri kadangkala obsess untuk cantik. Jadi Qiss akan make up dulu sebelum keluar rumah.

Sebelum ni Qiss selalu dengar tentang produk kecantikan daripada Obsess ni. Qiss suka packaging dia yang cantik dan trendy sangat.



Terdapat pelbagai jenis produk keluaran Obsess seperti cushion foundation, loose powder, maskara, eye brow refiner, matte lipstick dan make up remover.

Baru-baru ni Qiss berpeluang ke Majlis pelancaran packaging baru bagi cushion foundation Obsess tau. Tema putih,pink dan soft purple menjadi pilihan Puan Hafizatulatikah yang bertempat di Lightbox, Sungai Buloh.


Bercakap tentang packaging baru cushion foundation Obsess ni, dahulunya berbentuk bulat dan sekarang berbentuk petak seperti di bawah ini.



Qiss memang suka pakai cushion foundation ni sebab hasilnya yang rata pada wajah dan tahan lama.

Lagipun kita boleh pakai dengan cepat dan mudah. Korang tak perlu risau sebab hasil cushion foundation ni memang full coverage. Senang je nak ratakan kat muka korang.

Bila dah lama pakai cushion foundation ni, muka korang akan nampak glowing dan tak berminyak. Qiss suka macam ni sebab muka Qiss jenis kombinasi dan cepat berminyak. Mujur ada cushion foundation Obsess ni.


Cushion foundation code medium

Selain itu, ia membantu pori-pori nampak lagi kecil. Bila kita pakai ni, makeup tahan lama dan lagi lama kita pakai lagi glowing kulit kita. Walaupun korang pakai sikit tapi ia dapat cover jerawat. Memang woww sangat kan.



Paling penting bila pakai cushion foundation Obsess ni tekstur dia ringan dan tak melekit.

Bila dah pakai cushion foundation ni, Qiss suka guna loose powder yang juga keluaran Obsess. Sebab hasilnya korang akan nampak muka korang glowing yang natural tau.


Selain itu, ia akan mencerahkan kulit korang dan blurring garis kedutan di muka korang dengan hasil yang smooth.


Korang boleh je pakai loose powder ni sebab ia membantu make up korang tahan lebih lama dan juga mampu mengawal minyak.

Tak lengkap kalau make up tanpa lipstick kan. Tekstur matte lipstick dari Obsess ni sangat ringan dan lembut serta akan menampakkan matte finish.



Ia juga tidak mengeringkan bibir korang dan wudhu friendly. Yang ni Qiss suka sebab senang nak tanggalkan walaupun finishing dia ialah matte.



Dan ketiga-tiga ni memang produk pilihan Qiss bila Qiss shopping produk Obsess.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari:
Website: https://www.obsesscosmetics.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Obsesscosmetics/
Instagram: https://www.instagram.com/obsess.cosmetics/
Read More

28 August 2019

FREAKY FITZ 20 DAYS CHALLENGE BERSAMA SHAHEIZY SAM

Baru-baru ni Qiss scroll IG dan ternampak video Shaheizy Sam dengan badan yang agak berisi. Katanya tak lama lagi dia akan mulakan penggambaran Polis Evo 3. Dengan badan macam tu agak-agak boleh ke Shaheizy Sam kekal cergas di set?

Selepas itu, ternampak pulak Shaheizy Sam buat Cabaran Kurus 30 Hari. Wah! Betul-betul tekad nak kurus ni kan. Tidak hanya ingin kurus seorang diri, Shaheizy Sam mencari peserta Cabaran Kurus 20 Hari dalam kalangan peminatnya. Bertuah sungguh kan.

Shaheizy Sam amat gembira diatas kejayaan semua peserta. "Saya pada mulanya hanya nak bantu rakan terdekat untuk turunkan berat badan, dalam proses 5 hari pertama kami mendapat idea mengapa tidak membuka peluang ini kepada peminat, saya juga terkejut apabila saya maklumkan dalam IG dan Facebook saya jumlah yang nak menyertai hampir 22 ribu orang. Ini menunjukan ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat badan dan nak kurus tapi tak tahu kaedah yang terbaik. Ada juga permintaan untuk diadakan Freaky Fitz 20 Days Challenge untuk kumpulan kedua, tengoklah nanti."

Pemenang bagi Cabaran Kurus 20 Hari

Fauziah Talib mengungguli Cabaran 20 Hari Freaky Fitz setelah berjaya menurunkan 15.7 kilo berat badan mengatasi 32 peserta lain . Beliau bersama 8 peserta lain membawa pulang Pakej Percutian ke Bali yang disampaikan oleh penganjur.

Bercakap kepada pemberita beliau menyatakan rasa syukur diatas kejayaan yang diraih dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur khususnya Shaheizy Sam yang memberi tunjuk ajar bagi menurunkan berat badan dengan cara sihat.

"Saya selama ini telah mencuba pelbagai cara bagi menangani masalah berat badan saya dan apabila mendapat tahu Shaheizy Sam nak membantu peminat beliau, saya terus menghantar borang penyertaan dan rasa sangat bersyukur kerana terpilih dan berjaya. Sepanjang 20 hari kami telah dibekalkan produk Freaky Fitz dan diberi tunjuk ajar secara berkumpulan oleh Shaheizy Sam. Sekarang saya tahu tidak susah untuk menurunkan berat badan dengan cara yang betul ". 

Seorang lagi peserta Shafiee Zainal Abidin menyatakan kegembiraannya dengan penganjuran program tersebut. "Saya rasa program sebegini perlu diteruskan oleh Shaheizy Sam, kerana saya percaya ramai diluar sana yang ingin menurunkan berat badan tetapi tidak mencapai impian tersebut kerana tidak ada mentor atau rakan yang memberi tunjuk ajar serta galakan, kebanyakan buat separuh jalan. Saya sendiri telah beberapa kali cuba untuk menurunkan berat badan tapi tak berjaya, tapi setelah dipilih masuk ke program ini saya dapat turun 14.6 kilo dalam masa 20 hari, produk minuman Freaky Fitz yang diberi kepada kami pun banyak membantu, perasa tehnya pun sedap".


 Pelancaran Produk Freaky Fitz

Pada majlis itu juga telah diadakan Pelancaran Produk Freaky Fitz. Produk minuman berperisa Teh Limau Markisa ini diperkaya dengan serbuk Guarana serta Hoodia Gordoni bagi  membantu menjaga pemakanan dan memberi tenaga sepanjang hari.

Syatilla dan Shaheizy Sam bersama produk Freaky Fitz yang telah membantu peserta turun berkilo-kilo

Berharga RM79.00 untuk sebotol yang mengandungi sebanyak 14 peket. Cara pengambilan adalah sebanyak satu peket setiap hari satu jam sebelum sarapan.

Untuk maklumat lanjut:
IG: @freakyfitz_hq
Read More

21 August 2019

McDonald's Rai Hari Kebangsaan dengan Nasi Lemak McD

McDonald's merupakan salah satu makanan kegemaran Qiss bila keluar ke shopping mall. Walaupun tak selalu makan dan makan bila teringin je tapi Qiss tetap suka McDonald's ni.

Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, McDonald's Malaysia meraikan 37 tahunnya sebagai syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilannya, Mekdi. Papan tanda yang tertera Mekdi – panggilan tempatan bagi  'McD', iaitu kependekan bagi McDonald's – kini jelas terpampang di restoran McDonald's Bukit Bintang, lokasi pertama McDonald's di Malaysia yang dibuka pada tahun 1982.

McDonald's menerima pakai perkataan Mekdi dan diletakkan di papan tanda di restoran pertama mereka.


"Sepanjang 37 tahun lalu, rakyat Malaysia telah membantu membangunkan jenama McDonald's Malaysia seperti yang dikenali hari ini. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka, kami telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami, di mana ianya kini sinonim dengan jenama kami," kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai.

Dalam meraikan Bulan Kebangsaan, McDonald's Malaysia menyambut segala yang berkaitan Malaysia dengan memperkenalkan Nasi Lemak McD, hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia dalam versinya tersendiri. Hidangan itu disajikan lengkap dengan nasi bersantan yang wangi, ikan bilis rangup, timun segar dan telur goreng, berserta sambal pedas. Pelanggan juga boleh merangsang selera mereka dengan menambah Ayam Goreng McD dan secawan Teh Ais Limau.


McDonald's Malaysia juga memulakan petisyen di seluruh negara di laman web Change.org supaya Nasi Lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan Malaysia, dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia (16 September). Untuk turut serta dalam petisyen ini, sila layari
http://chng.it/LDfjGDJsQs.

Petisyen untuk menjadikan Nasi Lemak sebagai juadah nombor satu negara


McDonald’s Malaysia – Berjiwa Malaysia

Sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang pada tahun 1982, hampir keseluruhan perniagaan McDonald's Malaysia dikendalikan mengikut kehendak tempatan – daripada menu, pembekal, pemegang francais, komuniti dan inisiatif amal.


McDonald's Malaysia turut memperkenalkan menu mengikut selera rakyat Malaysia dan citarasa tempatan, seperti menu terbaru, Nasi Lemak McD dan Extra Spicy Ayam Goreng McD. Malah, Malaysia adalah salah satu pasaran pertama di dunia yang mempunyai hidangan Ayam Goreng dalam menunya. Citarasa tempatan turut diserapkan ke dalam menu pencuci mulut, seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol, di mana semua ini terdapat di restoran McDonald's di seluruh negara pada masa ini.

Eugene Lee, Direktor Pemasaran McDonald’s Malaysia dan Melati Abdul Hai, Naib Presiden Dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia


Penggunaan bahan-bahan tempatan

80 peratus daripada bahan-bahan McDonald's Malaysia diperolehi di Malaysia sendiri. Segala-galanya daripada ayam, sayur-sayuran, dan sos – termasuk Sos Cili kegemaran rakyat Malaysia – dihasilkan atau diperolehi di dalam negara. Hanya bahan-bahan tempatan yang paling segar dan berkualiti tinggi digunakan dalam semua menu menarik yang ditawarkan.

Kalau korang nak tahu, McDonald's Malaysia kini menggaji seramai 14,000 rakyat Malaysia, dan syarikat itu komited untuk menyediakan pekerja tempatan dengan peluang yang saksama dan berkualiti bagi pembangunan, latihan dan kemajuan kerjaya di setiap peringkat.

Pemegang francais 100 peratus warga Malaysia

McDonald's Malaysia terus bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan Malaysia untuk mengembangkan jenama itu di tempat-tempat seperti Sabah dan Sarawak. Kesemua 21 pemegang francais tempatan kami adalah warga Malaysia, yang mengendalikan lebih daripada 30 restoran di seluruh Malaysia.


Inisiatif amal untuk kanak-kanak Malaysia

Menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia terus menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald's adalah program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 23,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.


Nasi Lemak McD kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald's, 24 jam sehari.

Menu baru McDonald's iaitu Nasi Lemak McD


Set Nasi Lemak McD berharga hanya   untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais. Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu McDonald's yang menarik bulan ini, sila layari, www.mcdonalds.com.my.

Read More

16 August 2019

Safi Shayla Pilihan Wanita Berhijab Atasi Masalah Kelemumur

Wanita berhijab tidak lari daripada masalah kelemumur. Begitu juga remaja yang aktif bersukan dan rambut terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.

Qiss juga bekerjasama dengan model, make up artist dan usahawan yang muda belia dan mempunyai semangat yang tinggi

Qiss juga mengalami perkara yang sama. Jadi Qiss pun nak tahu punca terjadinya kelemumur ni.

Punca utama terjadi kelemumur adalah kerana kulit kepala yang kering. Kekurangan penghasilan sebum (minyak) natural kulit menjadi punca kulit kepala kering.

Penghasilan sebum yang kurang kemungkinan di sebabkan oleh stratum corneum yang rosak.

Sebab lain berlakunya kelemumur adalah :

Syampu yang tidak sesuai
Kebanyakan syampu yang dijual menyebabkan rambut menjadi kering dan menghilangkan kelembapan semulajadi rambut.

Pemakanan
Salah satu cara menghilangkan kelemumur dan rambut gugur ialah pemakanan seimbang yang penuh dengan zat galian, vitamin dan mineral akan merawat secara dalaman, pasti akan menunjukkan kesan luaran. Penghasilan minyak berlebihan ialah disebabkan pemakanan yang berlemak dan tinggi kandungan garam dan gula.

Kulit Kepala Sensitif
Bagi wanita yang mengalami masalah sensitif pada sesetengah produk rambut akan menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal.

Jarang membasuh rambut
Rambut yang tidak kerap kena air dan dibersihkan dengan syampu boleh menyebabkan menghasilkan minyak dan lebihan sel kulit.


Koleksi beg silang We Bare Bears


Banyak juga masalah penyebab kelemumur ni. Tapi jangan risau, Qiss akan kongsikan juga cara penjagaan rambut supaya korang tak dibelengu masalah kelemumur ni.

Tip Penjagaan Rambut


Gunakan syampu yang sesuai

Pilih syampu yang sesuai terutamanya daripada bahan semulajadi & syampu  yang dapat membersih sehingga ke kulit kepala.

Amalkan pemakanan yang sihat

Jauhi makanan berminyak dan pedas. Untuk merangsang pertumbuhan rambut makanan yang mengandungi protien dari sumber daging , ikan , telur & zink amat bagus

Lebih kerap mencuci rambut 

Mencuci rambut adalah asas dalam penjagaan rambut dan kita kena lebih kerap mencuci rambut sekiranya ada masalah kelemumur ni.

Gunakan minyak perapi & pelembap yang betul

Pemakaian minyak perapi yang betul  ialah dengan letakkan pada hujung rambut bagi mengelakkan rambut kering dan bercabang

Bagi memudahkan semua, Qiss cadangkan penggunaan syampu rangkaian Safi Shayla anti kelemumur yang kini telah berada di pasaran.

Rangkaian produk Safi Shayla

Produk pertama Qiss guna ialah Refreshing Scalp Mask Dandruff & Itch Control. Korang picitkan sikit kat tangan kemudian sapu kat kulit kepala. Mask ni dapat membantu kurangkan kegatalan kepala korang.

Kedua, Qiss guna minyak rambut Safi Shayla Anti Kelemumur. Cara penggunaannya sungguh mudah iaitu dengan titiskan beberapa titis minyak ke tapak tangan kemudian sapukan di kulit kepala bagi mengekalkan kelembapan kulit kepala.

Kemudian Qiss gunakan Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla. Bagi minggu pertama Qiss akan mencuci rambut setiap dua hari sekali dan seterusnya jika kelemumur sudah berkurangan Qiss akan mencuci rambut tiga hingga empat hari sekali.



Terdapat empat beg yang berlainan untuk korang dapatkan dengan pembelian rangkaian produk Safi Shayla bernilai RM35 dan ke atas di pasaraya yang terpilih. Jangan lupa untuk kumpulkan kesemuanya.



Senarai pasaraya yang terpilih untuk pembelian rangkaian produk Safi Shayla dan menebus beg edisi terhad We Bare Bears.

Untuk makluman lanjut, layari:
http://safi.com.my/bm/products/personal-care/shampoo/
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com