Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

19 August 2021

3 Langkah Mudah Penjagaan Kulit Sensitif Dengan Cetaphil

Assalamualaikum dan hai,

Masih lagi dalam tempoh PKP kan. Masih keluar rumah pakai mask. Qiss memang kulit sensitif kalau panas cepat berpeluh. Bila pakai pencuci muka biasa tu memang elok tapi Qiss nak cuba pencuci muka khas untuk kulit sensitif. 

Masa pergi farmasi nampak rangkaian Cetaphil ni. Bila baca kat maklumat produk memang sesuai untuk kulit sensitif. Apa lagi memang terus ambil je.

Jadi Qiss beli 3 produk Cetaphil iaitu Cetaphil Gentle Skin Cleanser, Cetaphil Moisturizing Cream dan Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Diformulasi dengan PH seimbang dan tidak merengsa dan berfungsi untuk semua jenis kulit. Sesuai la Qiss guna sebagai pencuci muka waktu pagi dan malam. 

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Paling seronok bila Cetaphil Gentle Skin Cleanser secara aktif menghidrat dan membersihkan kulit dengan lembut tanpa menghilangkan minyak semulajadi di muka. Hasilnya kulit tetap lembut, bersih tapi tak kering.

Tekstur ringan dan tidak melekit Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Produk ni tanpa pewangi dan sabun. Sesuai untuk muka dan badan juga tau. 


Cetaphil Moisturizing Cream

Berkali-kali kita dinasihatkan supaya memakai pelembap muka sebelum keluar rumah bagi mengelakkan kulit kering dan terjadinya bintik-bintik hitam.


Cetaphil Moisturizing Cream

Cetaphil Moisturizing Cream ini sesuai untuk kulit sensitif dan alergi, melembapkan muka dan kulit sepanjang hari. Boleh digunakan pada muka dan badan juga.

Tekstur Cetaphil Moisturizing Cream 


Pelembap ini berkesan melawan 5 tanda sensitiviti kulit dengan memulihkan kekeringan, kerengsaan, kekasaran dan ketegangan kulit.

Pelembap ini juga tidak mengandungi pewangi. Qiss suka guna pelembap ni sebab cepat meresap ke dalam kulit dan tidak melekit.

Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel

Kebiasaan Qiss guna foundation yang dah siap sedia SPF. Tapi bila Qiss guna Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel sebelum keluar rumah, kulit Qiss kurang kesan merah akibat panas cahaya matahari. Kiranya Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel sesuai untuk kulit Qiss.

Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel

Sejak PKP ni jarang keluar tapi dah jadi kebiasaan Qiss guna Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel selepas mandi pagi, barulah mengadap komputer. Selepas seminggu penggunaan Qiss punya kulit nampak lebih segar dan tona kulit makin sekata. 

Tekstur Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel


Lepas ni anda boleh cuba pakai Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel walaupun duduk kat rumah kan. Salah satu langkah mencegah pigmentasi dan penuaan kulit. Elok je sapu kat kulit dan tiada kesan white cast tau. Jadi kalau pakai bedak kulit tak bercapuk.

Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel


Memang berbaloi bila tengok kulit muka makin cantik dan berseri-seri walaupun duduk kat rumah ni. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk boleh layari:

Laman web:

www.cetaphil.com.my

Facebook:

https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia

Instagram:

https://www.instagram.com/cetaphilmy


Shopee:

https://shopee.com.my/cetaphil.os

Lazada:

https://s.lazada.com.my/s.dHTHK

Read More

13 August 2021

Review Kitsui WhiteBerries BB Beaute Dan Kitsui Fedloss Fibre D'tox

Assalamualaikum dan hai, 

Apa khabar PKP anda? Sabar ye walaupun masih kena duduk rumah. Qiss perasan juga sejak pkp ni memang jarang nak cuci muka dengan cuaca panas lagi kan. Senang pula naik jerawat bila pakai mask keluar rumah. 

Cari punya cari minuman yang sesuai untuk kulit muka berjerawat ni dan jumpalah Qiss dengan satu produk dari Kitsui iaitu Kitsui WhiteBerries BB Beaute.  Manakala untuk kesihatan pula Qiss ambil Kitsui Fedloss Fibre D'tox.

Kitsui WhiteBerries BB Beaute dan Kitsui Fedloss Fibre D'tox

Kitsui WhiteBerries BB Beaute


Bebas bahan-bahan berbahaya

Kitsui WhiteBerries BB Beaute ni bebas daripada bahan-bahan berbahaya. Tiada cucuk hormon, tiada gluten, tiada bahan pengawet, bebas GMO, bebas antibiotik dan bahan kimia tau. Jadi memang terjamin la produk Kitsui ni. Sebab tu Qiss berani cuba untuk atasi masalah kulit. Selalunya Qiss akan gunakan set penjagaan wajah tapi kali ni Qiss cuba produk Kitsui WhiteBerries BB Beaute.  Menjadi. Jerawat mengecut dan tak naik merah-merah bila keluar pakai mask. Seronok sangat tengok kulit muka sekarang. 

Selain itu produk Kitsui WhiteBerries BB Beaute ini juga membantu menyelesaikan masalah kulit seperti:

1. Jerawat

2. Pigmentasi

3. Liang roma besar dan parut jerawat

4. Lingkaran gelap bawah mata

5. Kedutan mata dan kedutan senyuman

6. Tona kulit tidak sekata

7. Kulit kering

8. Kulit kusam

Fungsi Kitsui WhiteBerries BB Beaute:

Vitamin C

1. Membantu meningkatkan penyerapan zat besi

2. Pembentukan kolagen

3. Mencantikkan kulit

Vitamin E

1. Melindungi daripada radikal bebas

2. Antioksidan membantu melambatkan tanda-tanda penuaan

3. Mencerahkan dan melembapkan kulit

Vitamin A

1. Menjadikan kulit lebih sihat

2. Penglihatan lebih baik

Kitsui WhiteBerries BB Beaute

Terdapat 6 jenis beri-beri terpilih yang kaya dengan antioksidan aktif iaitu:

Beribiru

- raja antioksidan

Dipilih oleh time magazine antara buah-buahan superfood yang disyorkan.

Kranberi

- juga dikenali sebagai buah rubi

- kaya dengan antosianin 

Strawberi

- kandungan vitamin C lebih banyak daripada buah oren

Rasberi

- kaya dengan flavonoid dan magnesium 

Plum

- kaya dengan serat dan potasium

Anggur

- kaya dengan serat, vitamin K dan B6

Produk Kitsui WhiteBerries BB Beaute ini juga dibuat dengan formulasi terkini dari Korea. Menggunakan teknik pembekuan berkepekatan tinggi untuk dijadikan serbuk. Menggunakan mesin vakum tanpa menggunakan vakum alkohol. Teknologi dan buah yang digunakan adalah dari Itali.

Testimoni Kitsui WhiteBerries BB Beaute


Ramuan Semulajadi untuk anda

Kitsui ini diformulasikan secara unik untuk anda dengan Ramuan Halal Semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian anda.

Anda akan kelihatan Cantik Semulajadi 

Kitsui Fedloss Fibre D'tox

Muka dah cantik, jerawat tak naik tapi sejak pkp ni Qiss asyik lapar. Makan 5 kali sehari sebab Qiss jenis cepat lapar tapi makan sikit. Masalahnya Qiss susah nak membuang air besar. Kadang 4 kali sehari, memang risau jugalah. 

Ada kawan cadangkan minum Kitsui Fedloss Fibre D'tox sebab dia pun dah cuba dan nampak perubahan.  Senang nak membuang air besar katanya. Dalam seminggu Qiss cuba Kitsui Fedloss Fibre D'tox. Malam sebelum tidur memang Qiss minum sebab senang je nak buat air ni, sediakan air sejuk atau air suam 150ml, tuangkan dalam cawan 1 sachet Kitsui Fedloss Fibre D'tox, goncangkan sehingga larut, kemudian minum. 

Kitsui Fedloss Fibre D'tox

Dua tiga hari lepas minum memang nampak perubahan. Qiss senang nak buang air besar, badan rasa segar bila bagun pagi dan terus buat kerja, takda nak badmood sepanjang hari.

Rupanya badan terlebih toksin. Tanda-tandanya ialah:

1. Masalah kulit

2. Mulut berbau

3. Bau badan

4. Cepat letih

Kadang-kadang disebabkan oleh masalah pencernaan. 

1. Suka makanan berlemak

2. Kurang makanan serat

3. Tiada masa bersenam

4. Kurang minum air

5. Makan berlebihan.

Kitsui Fedloss Fibre D'tox dirumus khas buat mereka yang mempunyai masalah pencernaan. Mengandungi buah-buahan seperti epal, kiwi, oren, avocado, tomato, lemon dan nenas. 

Selain itu, bahan-bahan lain ialah acacia gum, psyllium husk(sekam beras), senna dan teh hijau. Bahan-bahan ini membantu melancarkan sistem penghadaman, mengekalkan kesihatan usus dan meningkatkan kadar metabolisma badan.

Bebas bahan-bahan berbahaya

Kitsui Fedloss Fibre D’tox ni bebas daripada bahan-bahan berbahaya. Tiada cucuk hormon, tiada gluten, tiada bahan pengawet, bebas GMO, bebas antibiotik dan bahan kimia tau

Daripada testimoni yang diterima, ada juga yang menurunkan berat badan setelah penggunaan Kitsui Fedloss Fibre D'tox. 



Anda bila lagi nak cuba. Produk Kitsui Fedloss Fibre D'tox dan Kitsui WhiteBerries BB Beaute dijamin halal tau. 

Harga bagi Kitsui WhiteBerries BB Beaute anggaran 1 sachet sehari ialah RM 1.78 manakala Kitsui Fedloss Fibre D'tox ialah RM 1.60 sehari.  Dengan penggunaan yang disyorkan anda akan dapat melihat perubahan pada diri anda.

Bagi yang ingin mendapatkan produk ini, boleh ke farmasi berdekatan ataupun beli secara online.

Jom ikuti laman media sosial rasmi Kitsui

Instagram : 

https://instagram.com/kitsuimalaysia

Facebook :

https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

Tik Tok :

https://vt.tiktok.com/ZSJefYjJy/

Website :

https://kitsui.com.my/

#kitsui 

#kitsuimalaysia

#tipskecantikankulit

#kulitsihat


Read More

12 August 2021

Rahsia Kulit Glowing Dengan Safi Perfect White Crystal Essence

Assalamualaikum dan hai, 

Lama Qiss tak kongsi tentang produk penjagaan wajah yang Qiss pakai. Almaklum sibuk jaga kulit muka ni. Alhamdulillah semua produk Qiss guna sesuai untuk kulit Qiss.

Baru-baru ni Safi Malaysia ada keluarkan satu rangkaian produk penjagaan wajah yang dikenali sebagai Safi Perfect White. Salah satu produk yang paling Qiss suka dan nampak hasilnya ialah Safi Crystal Essence. 

Safi Crystal Essence


Antara kebaikan Safi Crystal Essence untuk kulit ialah:

❤ Cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak berminyak 

❤ Tidak melekit 

❤ 100X  Vitamin C

❤ 130% kelembapan segera

❤ 24 Jam melembapkan kulit 

❤ Crystal Petals ada 3x Vitamin

❤ Enriched with Hyaluronic Acid

Dalam Safi Crystal Essence juga TIADA bahan-bahan berbahaya seperti:

! Tiada Alcohol 

! Fragrance Free

! Tiada Paraben

! Tiada Mineral Oil

Cara Penggunaan

- Cara guna, sapukan pada muka selepas mencuci muka dengan pencuci muka dan sebelum memakai serum atau moisturizer

Kalau ikut Qiss, sebab Qiss ada set rangkaian Safi Perfect White ni.

- Mula-mula bersihkan muka guna Pembersih Safi Perfect White Purifying 2 in 1.  Kadang-kadang Qiss guna Pembersih Whipped Foam Purifying untuk menyegarkan kulit wajah.

- Kemudian, gunakan Safi Perfect White Revitalizing Cream Scrub untuk buang dan bersihkan liang pori dengan lembut supaya kulit wajah kita jadi lebih licin. Scrub ni Qiss guna seminggu 2 kali sahaja.

- Barulah gunakan Safi Perfect White Crystal Essence ni untuk membantu mencapai tona kulit sekata selain melembapkan kulit dan menyihatkan kulit. 

Tekstur Safi Perfect White Crystal Essence 

- Safi Perfect white Dark Spot Corrective Serum Qiss guna pada bahagian-bahagian yang ada bintik-bintik gelap atau jeragat.  Seeloknya guna sebelum keluar rumah bagi melindungi kulit dari sinaran matahari.


- Boleh juga sapukan Safi Perfect White Safi Perfect White Illuminating Day Cream SPF20 PA ++ untuk melindungi dan mencerahkan warna kulit.

- Waktu malam pula Qiss guna Safi Perfect White Replenishing Night Cream

Taadaa! Barulah kulit glowing dan berseri macam artis KPOP kan.


Waktu PKP macam ni sempat la Qiss nak belek muka. Pertama kali dengar tentang Crystal Petals ni dalam produk Safi. Lepas pakai dekat muka nampak lebih glowing muka dan berseri-seri gitu. Crystal Essence ni pun banyak membantu melembapkan dan mencerahkan kulit tau.

Harga untuk produk ni sangatlah mampu milik sebotol kecil saiz 35ml hanya RM 10.90 boleh tahan sebulan manakala 100ml hanya RM 34.20.

Produk ini boleh didapati di Shopee, Lazada, Watson dan Guardian. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Safi Perfect White boleh ikuti laman Instagram @SafiMalaysia 

Read More

11 August 2021

Dulu Kelindan Lori, Kini Usahawan Berjaya

Jatuh dan bangun merupakan asam garam kehidupan. Sebelum memulakan empayar jualan sabun, Nurul Hasrah bekerja sebagai kelindan lori menemani suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori. Seawal 4.30 pagi mereka keluar mencari rezeki dan pulang kerja 1.30 pagi bagi melengkapkan perjalanan menurunkan barang ke 45 buah kedai setiap hari kerana hasil komisen mereka bergantung pada jumlah tan. Penat mengejar trip akhirnya pasangan ini berhenti.

Usahawan Sabun Dolive Nurul Hasrah dan suami

Melalui modal simpanan sebanyak RM400, pasangan ini mencuba nasib untuk menjadi pengedar jualan sabun kerana sabun dilihat sebagai satu barangan wajib yang perlu ada di setiap premis dan kediaman tidak kira penggunanya berbeza latar belakang kerjaya, pendapatan, tinggal di ibu kota atau di kampung serta berkeluarga ataupun individu bujang. Berdepan dengan masalah teknikal yang diabaikan oleh pihak pengurusan atasan di ibu pejabat, pasangan yang berkahwin pada usia semuda 20 tahun itu tekad mengundur diri dengan membuat perancangan sendiri membina syarikat baharu yang dinamakan Fresh Expert Sdn. Bhd. (Fresh Expert) pada tahun 2018.

Sabun Dolive Empat Dalam Satu

Ilmu bisnes yang ditimbanya selama ini tidak akan dipersiakan begitu sahaja dan inilah platform terbaik untuk merealisasikan impian mereka menjadi usahawan sabun berjaya. Menggunakan jenama Dolive, Nurul Hasrah memperbaiki model perniagaan dengan sistem yang lebih teratur bagi membolehkan semua wakil jualannya berniaga secara telus tanpa bersaing sesama mereka. Semasa baru memulakan perniagaan sabun, Nurul Hasrah hanya menaiki kereta kancil dan kereta tersebut boleh memuatkan 50 hingga 60 botol sabun. Dengan usaha gigih, Nurul Hasrah membuka tapak-tapak jualan bagi mempromosikan sabun jualannya. 

Pada peringkat awal perniagaan Sabun Dolive ini, mereka pernah berniaga di tapak pasar tani, masuk ke tapak promosi di dalam Mydin. Melalui tapak promosi itu ada beberapa orang berminat untuk menjadi ejen. Kemudian beralih kepada sistem online menggunakan FB Ads yang menyasarkan penduduk di bahagian utara tanah air sehingga mampu menyewa premis kedai untuk dijadikan kilang permprosesan sabun. Semakin hari jualan semakin meningkat dan permintaan sabun semakin banyak. Nurul Hasrah mengambil inisiatif membuka kilang di Kepala Batas dan selepas setahun kilang di Bukit Serdang dibuka untuk memenuhi permintaan di bahagian selatan.

Kini, Nurul Hasrah mampu tersenyum apabila melihat perniagaannya semakin maju.

Nurul Hasrah, Pengarah Urusan bagi Fresh Expert Sdn. Bhd.


“Peluang hanya datang sekali, jika kita abaikan dan tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh maka kita tidak mencapai yang diimpikan selama ini,” kata Nurul Hasrah selaku Pengarah Urusan bagi Fresh Expert di pejabatnya di Seri Kembangan baru-baru ini. 

Sabun Dolive berkonsepkan empat dalam satu (4 in 1) yang bertindak sebagai pencuci, pewangi, pelembut dan antibakteria. Sabun ini memiliki sembilan haruman eksklusif telah dihasilkan melalui kajian dan pembangunan (R&D) yang teliti. Antara wangian yang mendapat tempat dihati pelanggan ialah Pink Sakura Blossom, Blue Original Ocean, Hijau Apple Blossom dan Purple Lavender.

Antara Wangian Sabun Dolive dipasaran 

Mohd. Hafiz menjelaskan, sabun seberat 10 liter yang dijual pada harga RM30 cukup berbaloi kerana selain menghasilkan cucian yang memenuhi keperluan pelanggan ia juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerana kuantiti sabun Dolive mampu bertahan sehingga hampir tiga bulan.

Produk Dolive telah mendapat pengiktirafan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Jualannya kini telah mencatat sehingga 100,000 botol sebulan sejak mula dipasarkan pada tahun 2019. Pasarannya juga bukan sahaja di seluruh Malaysia tetapi juga telah berjaya menembusi ke negara jiran seperti Singapura dan Brunei.

“Kami mengunjurkan jualan bertambah kepada satu juta botol sebulan pada masa depan, jumlah ini mampu dicapai memandangkan komitmen rangkaian pengedaran dan juga keyakinan pelanggan yang tinggi terhadap produk sabun Dolive yang berkualiti,” jelasnya. Banyak testimoni yang diterima merupakan testimoni yang baik seperti sabun sesuai untuk kulit sensitif malahan sesuai untuk membasuh pakaian bayi.

Tambah Mohd. Hafiz, strategi juga sedang dirancang untuk menambah lebih ramai pengedar kepada 3,000 orang pada masa depan dan juga 30 master leader di seluruh pasaran domestik dan di negara jiran. Buat masa ini, syarikat memiliki kira-kira 1,000 ejen dan pihaknya mahu menawarkan peluang perniagaan yang berpotensi kepada mereka yang terjejas pendapatan dan kewangan ekoran pandemik Covid-19. Nurul Hasrah mengajak suri rumah yang ingin menambah pendapatan untuk menjadi ejen dan stokis untuk produk ini. Modal serendah RM250 dan akan mendapat 10 botol sabun dan haruman boleh dipilih.

Bukan itu sahaja, ejen dan pengedar di bawah naungan Fresh Expert akan diberi tunjuk ajar selok belok perniagaan dan menariknya, pada siang hari mereka mencari rezeki manakala waktu malam mereka menjemput rezeki.

Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti :

Facebook 

Sabun Dolive HQ

Instagram :

Sabun Dolive HQ

Read More

07 August 2021

PTTI Lancar Aplikasi Pembelajaran Dalam Talian SPM

KUALA LUMPUR: Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI melangkah setapak lagi seiring dengan peredaran masa apabila muncul dengan aplikasi pembelajaran khas atas talian sendiri.

Majlis pelancaran aplikasi berkenaan berlangsung 7 Ogos secara virtual di Hitman Studio di Shah Alam dirasmikan mentor usahawan terkenal Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Tak ketinggalan dihadiri ikon dan dutanya sendiri MK K-Clique selain artis popular seperti Zizan Razak, Nabila Razali, Iman Troye dan Tya Arifin.

MK, Cikgu Habib di samping teman artis Zizan Razak, Nabila Razali, Tya Arifin dan Iman Troye pada majlis pelancaran

Kehadiran aplikasi terbabit juga menjadi penanda aras baru seiring tuntutan semasa termasuk membiasakan norma baharu era pandemik COVID-19 saat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata mereka tidak boleh terkebelakang dalam hal pendidikan.

Cikgu Fana

"Aplikasi pembelajaran atas talian ini dibangunkan staf PTTI sendiri sejak akhir tahun lalu. Kita berasakan selepas lebih lima tahun memacu dunia pendidikan terutama untuk calon SPM termasuk situasi tak terduga pandemik ini, perlu ada alternatif baru belajar yang tak terduga.

Justeru lahirlah idea aplikasi ini. Kita juga mahu meneruskan kelangsungan membantu lebih ramai lagi pelajar SPM meningkatkan gred dan keputusan cemerlang secara atas talian," katanya.

Tambah Cikgu Fana lagi, aplikasi terbabit dilancarkan sebagai usaha untuk mewujudkan ruang pembelajaran khas bagi pelajar SPM.

"Kita yakini aplikasi ini mampu terus mencakna perubahan iklim pembelajaran semasa saat ini. Pelajar SPM juga boleh belajar secara atas talian menerusi aplikasi terbabit. Malah mereka juga dapat menonton ratusan video ulang tahun teknik dan skil belajar secara percuma," katanya.

Menerusi pelancaran aplikasi itu juga pelajar SPM boleh melayari aplikasi www.MampuSkorSPM.com untuk memuat naiknya secara percuma.

"Pelajar juga boleh memuat turun aplikasi ini sama ada di App Store untuk pengguna Iphone atau Playstore (android). Ini masanya untuk pelajar SPM terutama calon peperiksaan itu mengakses ilmu dan dapat belajar percuma dengan aplikasi ini tak kira di mana saja anda berada," katanya. 

Cikgu Fana dan Cikgu Habib berinteraksi dengan Dr Azizan osman

Ketika majlis berlangsung selain video perasmian aplikasi itu ditayangkan, penerangan mengenai ciri-ciri yang dibina dalam aplikasi turut dilakukan.

MK serta artis lain turut berkongsi pandangan dan pujian mengenai muat turun dan penggunaan aplikasi terbabit serta berinteraksi dengan Pengurus Besar PTTI, Muhd Habibunajjar Sazali (Cikgu Habib).


Read More

06 August 2021

Tujuh Cerita Nabi, Sajian Nurflix

Nurflix yang merupakan platform penstriman video kandungan Islamik dan patuh Syariah menerusi segmen Nurflix Junior bakal menyajikan cerita-cerita animasi kenabian yang dijangka menemui penonton mulai Ogos ini.

Penerbit Eksekutif Nurflix Junior, Diana Amir berkata, cerita-cerita animasi yang dibawakan khas dari Turki itu merangkumi tujuh penceritaan dengan 330 episod yang akan ditayangkan dalam dua versi, Arab dan terjemahan serta Bahasa Melayu.  Antara tujuh kisah yang akan disampaikan kepada khalayak antaranya ialah cerita Habibullah (Muhammad SAW), Khalilullah (Ibrahim Alaihissalam), Kalimullah (Musa Alaihissalam), Nuh Alaihissalam, Sulaiman Alaihissalam dan Adam Alaihissalam.

Diana Amir, Penerbit Eksekutif Nurflix Junior

“Pada fasa pertama, cerita-cerita ini akan ditayangkan dalam bahasa Arab dengan sari kata bahasa Melayu dan Inggeris. Pada fasa kedua pula, kesemuanya akan ditayangkan dalam versi alih bahasa ke bahasa Melayu. Cerita-cerita yang bakal disajikan ini disemak dengan terperinci di Turki dan mematuhi Syariah dan bersesuaian dengan tontonan ramai,” demikian menurut Diana Amir.

“Majlis para asatizah kami dikenali Nurpath juga telah mula menyemak kandungan ketujuh-tujuh cerita animasi yang dibawakan dari Turki ini. Alhamdulillah setakat ini cerita-cerita animasi ini menepati ciri yang ditetapkan sebelum dipertontonkan kepada orang ramai,” tambahnya.

Namun berikutan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 3.0, katanya proses pengalihan bahasa itu terpaksa dihentikan. 

Menurut Diana, sebelum ini, platform ini dinamakan Nurkids yang mensasarkan kanak-kanak di bawah 14 tahun. Namun selepas perbincangan, belia di bawah 21 tahun turut memerlukan kandungan bermanfaat seperti ini lalu platform tersebut telah ditukarkan kepada Nurflix JR.

“Tentunya kita mahukan tontonan yang terbaik untuk anak-anak agar mereka membesar dengan nilai-nilai Islam,” ujar Diana Amir lagi yang menjelaskan bahawa semua bahan tontonan Nurflix adalah selamat ditonton.

Turut menerangkan tentang perjalanan Nurflix dan Nurflix JR adalah Syah Mohamed yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix yang memberitahu bahawa setakat ini Nurflix telah menerima sambutan positif dengan jumlah langganan yang menggalakkan.

Syah Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix

“Setakat ini, kami merekodkan antara 22,000 hingga 23,000 jumlah langganan secara percuma. Manakala mereka yang mengikuti kandungan kami secara berbayar (langganan sepanjang hayat) adalah sekitar 10 peratus buat masa ini.

Insya-Allah, kemungkinan besar kami akan lancarkan langganan secara berbayar sepenuhnya sekitar Januari tahun hadapan apabila jumlah kandungan kami mencecah angka 1,000,” jelasnya.

Nurflix kini dalam perbincangan dengan platform penstriman Islamik seluruh dunia bagi membina gabungan kerjasama penyebaran kandungan media yang sopan dan bermanfaat untuk generasi.

"Kemasukan kandungan luar ke dalam Nurflix bakal memberi pelbagai peluang pekerjaan dalam sektor pos-produksi, terjemahan kandungan dan alih bahasa. Inisiatif ini juga dibuat agar khalayak akan dapat terus menikmati kandungan patuh syariah dalam dan luar negara yang disajikan kepada pengguna" katanya.

Aplikasi Nurflix boleh dicapai melalui laman web http://nurflix.tv , Apple Appstore dan Google Playstore. 

Read More

05 August 2021

Cahaya Terang | Sekumpulan pengkarya Malaysia tampil dengan Temasya Rangkaian (TERANG) 2021

Dalam gelap pandemik, sekumpulan pengkarya hadir membawa TERANG, sebuah Temasya Rangkaian yang meraikan kesejahteraan hidup melangkaui kekangan kawalan pergerakan. TERANG menampilkan sebuah arena maya bersandarkan seni, kesusasteraan, muzik, gaya hidup, budaya, pembangunan serta ranah kemasyarakatan.

Cahaya Terang | Temasya Rangkaian 


Bencana sejagat COVID-19 mengubah tiap aspek kehidupan serta-merta. Kala kini, khalayak sedang melalui ubahsuai cara hidup, kerja dan istirahat.  Peralihan sebegini mendorong kelahiran TERANG pada 23 Mac tahun lalu, sekaligus bertindak sebagai platform maya yang menyajikan sokongan serta kandungan seni dan kemasyarakatan. Tahun lalu, TERANG berjaya menganjurkan 9 siri acara yang memuatkan 116 program tempatan, serantau dan antarabangsa, serta permuafakatan bersama Culture Del Mondo, Itali, dalam Piccolo Grandi Concerti Virtual Festival. Disember 2020 menyaksikan jaringan TERANG meliputi 5,700 pengikut di laman Facebook.

Tahun ini, TERANG tampil bercahaya bermula dengan acara pembukaan, Bual Tekstual, akan bermula pada 7 Ogos, menampilkan persembahan seni muzik Aki Seruling diikuti dengan wawancara bersama Iltizam Iman seputar mata pelajaran kehidupan. Bersiaran secara langsung dari Kebun Pusat Sekitar Seni, Batu Pahat, Johor, segmen ini melibatkan penulisan kajian sejarah, kebudayaan, bacaan puisi dan pencerapan alam semulajadi ke arah pembentukan pengalaman manusiawi.


Redo mengambil tempat untuk segmen seterusnya secara langsung dari Kolektif Naratif, melalui penganjuran bengkel penulisan dalam bentuk zine, perbincangan seputar isu semasa.

Fahmi Lokman bakal berkongsi budaya pembacaan dan arkib buku secara langsung dari Baris Kata Bookstore, serta cadangan naskah-naskah yang sesuai dibaca kala pandemi, disusuli dengan sesi bacaan karya-karya terpilih. Beliau bakal membawa penonton menjelajah alir industri persuratan dan perbukuan sehingga kala kini.


Sebanyak lima program utama bertema bakal berlangsung, iaitu Bual Tekstual, Kembara Musik Masa Hadapan, E-Sukan, Di Hati Filem serta Inisiatif Kreatif, dengan pelbagai segmen meliputi wacana, bengkel, forum dan persembahan yang dikendali oleh barisan artisan, pengkarya, pengkritik, dan pelbagai artis seni kreatif negara. Terang juga merancang untuk menjalinkan kolaberasi bersama Naza The Times, Mamat Khalid dan lain-lain lagi. 

Menurut salah seorang pengasas TERANG, Muhammad Faixyl, “kami berhasrat untuk membuang jarak, mendekati khalayak melalui program yang lebih interaktif. Atas faktor ini, TERANG memperkukuh pelbagai program termasuk wacana, bengkel dan persembahan, yang tidak hanya memaparkan ilmu-ilmu pembangunan manusia, seni dan kebudayaan, tetapi menggalakkan perkongsian sesama panel dan audiens. Kita sedia maklum, pandemik merubah hidup kita secara total – maka melalui TERANG, kami berharap untuk menjadi sebuah arena sokongan maya yang menyuburkan pemikiran. Selain hadiah istimewa untuk audiens bertuah, kami ada pelbagai kejutan untuk anda semua.”

Temasya Rangkaian, TERANG, bakal bermula rasmi pada 7 ogos, 4:30 petang, dengan dukungan Iskandar Regional Department Authority (IRDA), Johor. Tujuan terang juga ialah untuk menjana pendapatan buat penggiat seni dan mampan ekonomi seni kerana meskipun acara adalah percuma tetapi setiap aktivis dan penggiat seni diberikan pendapatan. 


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Terang: 07-2362363 atau temasyarangkaian@gmail.com 

Media Sosial

Instagram: @Temasyarangkaian 

Facebook: @Temasyarangkaian



    


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com