Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

22 June 2022

Filem Mat Kilau | Filem Wajib Tonton

Seperti pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, itulah yang akan disaksikan oleh penonton lewat buah tangan terbaharu pengarah berprolifik, Syamsul Yusof.

Karya terbaharu yang diterbitkan oleh Studio Kembara ini membentangkan sejarah penting dalam filem biografi epik, Mat Kilau. Latar perjuangan Mat Kilau disifatkan amat berharga bukan sekadar untuk mencetak rekod di dunia hiburan, tetapi juga mahu berkongsi kehebatan dan jati diri pahlawan dalam menyelamatkan negara kepada generasi masa kini.

Poster Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Aktor Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau. Beliau kemudian dibantu dengan barisan pelakon yang bukan calang calang.

Datuk Adi Putra Sebagai Mat Kilau

Ini termasuklah Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Filem yang mengisah seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British ini turut dikuatkan dengan barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali, (Imam Bottoqh) Namron, (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby, (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty, (Ibu Yassin).

Fattah Amin Sebagai Awang

Beto Kusyairy Sebagai Wahid

Yayan Ruhian Sebagai Toga

Menelan belanja RM8 juta, Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

“Sebagai penerbit kami berharap seluruh masyarakat Malaysia menonton filem ini dan terhibur. Filem arahan Syamsul Yusof ini akan membawa kita kembali ke zaman tersebut, merasai kepayahan, keberanian, pengorbanan dan jiwa kepahlawanan yang ada dalam memperjuangkan tanah air kita. Ini adalah sebuah sejarah yang sangat memberi inspirasi,” kata penerbitnya, Shahruddin Dali.



Mat Kilau dibikin dalam suasana  tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu.

Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British.


Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

PENERBIT FILEM MAT KILAU TERHARU SOKONGAN PIHAK FINAS DAN MEDIA

Usai tayangan perdana filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan yang diadakan pada Khamis lalu, 16 Jun 2022 di GSC Starling Mall, Tuan Haji Abdul Rahman Mt Dali selaku Pengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara merakamkan jutaan terima kasih dan rasa bersyukur di atas sambutan yang diberikan kepada filem terbitan Studio Kembara ini. 

Tuan Haji Abdul Rahman Mt Dali selaku Pengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara merakamkan jutaan terima kasih dan rasa bersyukur di atas sambutan yang diberikan kepada Filem Mat Kilau

Menurutnya, “Pihak Studio Kembara berasa  sangat bersyukur serta terharu di atas respon-respon positif dan  sangat mengalakkan  yang diterima dari pelbagai pihak termasuk media dan para tetamu jemputan yang hadir pada tayangan perdana baru-baru ini.”

Menurutnya, setelah sekian lama berusaha gigih untuk menghasilkan filem yang membangunkan kecintaan tanahair ini, ia telah disambut dengan begitu baik. Malah kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ke acara tersebut turut menunjukkan bahawa hasil kerja anak tempatan mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

“Saya ingin merakamkan rasa dan penghargaan terima kasih khas kepada pihak Finas kerana menyokong dan membantu menjayakan projek filem ini dari awal lagi sehingga akhir.  Kehadiran Pengerusi Finas, YB Senator Datuk Seri Hajah Zurainah bt. Musa dan Ketua Eksekutif Finas, YBRS Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim terus membuktikan komitmen pihak Finas untuk membantu memajukan industry perfileman negara.

“Filem yang baik boleh menjadi medium membangunkan malah mampu mengharumkan nama negara.  Studio Kembara bersedia bersama membantu  mengangkat agenda nasional di masa akan datang dengan penghasilan produk-produk yang menambil nilai rakyat Malaysia,” katanya dalam rasa terharu.

Filem berjudul Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan yang akan ditayangkan mulai 23 Jun ini diharap dan dijangka akan mendapat sambutan hangat serta menjadi penerobos psikologi yang mencetus keyakinan baru kepada pemain industri hiburan tempatan dan seterusnya melangkah lebih maju ke depan. 

Studio Kembara memilih untuk menghasilkan filem inspirasi dari kisah benar ini untuk menonjolkan ketokohan watak yang dicatatkan oleh sejarah. Terdapat banyak catatan sejarah kebijaksanaan dan keberanian beliau. Terdapat juga catatan-catatan pihak British yang ditemui mengakui pengaruh besar beliau kepada masyarakat zaman itu dalam membangkitkan semangat mempertahankan maruah bangsa melayu dan kedaulatan bumi Pahang. Ramai yang tidak mengetahui ada rekod pihak British yang merakamkan gerakan besar yang dipimpin Mat Kilau telah menyebabkan kemusnahan dan kerugian besar kepada British. 

Mat Kilau menampil contoh sifat kelelakian yang sentiasa diperlukan pada setiap zaman. Seorang pemimpin yang kuat berpegang kepada agama, budaya Melayu, matang, berakhlak baik, cinta tanahair, berani dan sedia berkorban untuk mempertahankan watannya dari sebarang bentuk pencerobohan. Beliau juga diiktiraf sebagai tokoh negara. 

Tontonlah filem aksi tanpa henti ini, yang menyaksikan pengorbanan, keberanian, dan kesatuan pahlawan-pahlawan Melayu untuk membebaskan tanahair tercinta.

Untuk berita terkini, sila layari:

Facebook:

https://www.facebook.com/Filem-Mat-Kilau-324216361284843

Instagram: https://www.instagram.com/filem_matkilau/

Twitter: https://twitter.com/Filem_MatKilau

TikTok:

https://www.tiktok.com/@filem_matkilau

Youtube:

https://www.youtube.com/channel/UCkQtOTKEicFiYe_tnlvoFwg

Ikuti Studio Kembara di https://www.instagram.com/studiokembara/

#kebangkitanpahlawan #jagabangsajagaagama



Read More

19 June 2022

Nikmati KITKAT Cara Baru | Kolaborasi AEON La Boheme Bersama Nestle KITKAT

Dari dulu sampai sekarang kalau membeli-belah dekat Aeon sama ada Aeon Big ataupun Aeon Mall mesti singgah beli roti dan pastri dekat La Boheme. Tak lengkap rasa kalau tak singgah sini sebab pelbagai pilihan roti dan pastri ada kat sini.

Baru-baru ini AEON CO. (M) BHD. (AEON) berkolaborasi bersama Nestle KITKAT untuk memberi variasi kepada pilihan produk pastri AEON La Boheme. Pelancaran kolaborasi tersebut berlangsung di AEON BiG Jaya One, Petaling Jaya.

Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua AEON BiG (M) SDN. BHD. dan Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Professional.

Majlis tersebut dihadiri oleh Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi, AEON CO., Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua AEON BiG (M) SDN. BHD, Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON dan Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Professional.

Menurut Sunny Setiawan, “Kami berasa sangat bersyukur kerana AEON berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama gergasi manisan iaitu KITKAT yang sangat terkenal dengan keenakan coklatnya. Melalui kerjasama ini, kami dapat menawarkan lebih banyak variasi pilihan roti, donat, pastri serta ban untuk memenuhi citarasa pelanggan kami,”

Pelbagai variasi pastri dengan kolaborasi bersama coklat KITKAT
“AEON sedar akan permintaan pelanggan yang sentiasa dinamik. Justeru itu, kami mengambil inisiatif untuk berkolaborasi dengan KITKAT, sebuah jenama yang dikenali dan digemari ramai untuk menghasilkan produk pastri enak dan berkualiti.” sambung beliau.

Terdapat lima produk pilihan diperkenalkan melalui kerjasama ini iaitu Nutty Donut, Polkadot Donut, Matcha Croissant, Supreme Muffin dan Cheesy Loaf. Kelima-lima produk ini boleh didapati di semua cawangan AEON CO. dan AEON BiG. 

Matcha Croissant 

Chessy Loaf

Supreme Muffin

Polkadot Donut

Nutty Donut

Yit Woon Lai pula mengulas “Nestle Professional amat teruja kerana kerjasama ini akan memberi peluang kepada peminat KITKAT untuk menikmati produk tersebut dalam bentuk yang berbeza. Kami juga percaya usaha ini mampu mengeratkan hubungan perniagaan dengan AEON dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan perniagaan untuk masa terdekat. Kolaborasi ini juga dapat memperkenalkan jenama La Boheme kepada pengguna secara umum, khususnya kepada peminat setia KITKAT.”

La Boheme yang diperakui halal di AEON menawarkan pelbagai jenis roti segar dan produk berkaitan bakeri termasuk pastri dan puding. Terdapat pelbagai produk yang lazat dan berkualiti disajikan setiap hari dalam suasana yang selesa. Majlis pelancaran itu turut dimeriahkan dengan aktiviti bersama pengunjung. 


Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8 – Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – yang memberi tumpuan ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua.

Jom dapatkan pastri dengan KITKAT ni di La Boheme berdekatan anda. Sekali rasa pasti nak lagi.

Read More

16 June 2022

Jadikan Halal Pilihan Utama Anda | Inisiatif HDC Tingkatkan Produk PMKS

Inisiatif Halal Development Corporation Malaysia atau lebih dikenali sebagai HDC untuk membangunkan produk Pengusaha Makanan Kecil dan Sederhana (PMKS) ke peringkat global dimulakan dengan memperkenalkan produk ini ke pasaraya di seluruh negara melalui kerjasama dengan rakan strategik iaitu Lulu’s Hypermarkets, Lotus’s, dan FoodPanda.

Jadikan Halal Pilihan Utama Anda | Inisiatif Halal Development Corporation Tingkatkan Produk IKS

Halal Development Corporation ialah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Agensi ini ditubuhkan dengan misi untuk meningkatkan industri halal Malaysia dan memudahkan perkembangan pemain industri Halal melalui inisiatif yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan perniagaan mereka. HDC juga merupakan sebuah organisasi pertama dunia yang disokong kerajaan dalam pembangunan industri Halal Malaysia.

Kempen ini mendapat kerjasama secara proaktif daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya iaitu HDC dan juga Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) diadakan bagi tujuan untuk membantu meningkatkan kompetensi dan jualan produk halal Pengusaha Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terjejas semasa pandemik Covid-19.

Kempen ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS (April - Julai 2022)

Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS di pasaraya-pasaraya besar. Di mana HDC telah menjalinkan kerjasama dengan Lulu International Group dan Lotus’s Store (Malaysia) Sdn. Bhd. Kerjasama strategik ini akan menyaksikan kempen bermula 22 April di semua cawangan pasaraya Lulu, manakala kempen akan bermula pada 28 April ini di semua cawangan Lotus’s di seluruh negara.


Produk Halal dipamerkan di rak dengan pelekat Inisiatif "Jadikan Halal Pilihan Anda" lebih memudahkan pelanggan

Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS (Jun – Julai 2022)

Program Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS, akan melibatkan kerjasama dengan Food Panda Malaysia, penyedia platform secara dalam talian (e-commerce) dan logistik terkemuka, yang akan bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2022.

Berikut antara Senarai PMKS yang terpilih untuk Kempen "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda"

1 Deligateaux (M) Sdn Bhd

2 Kolam Emas Enterprise

3 Doluvo Sdn Bhd

4 Fuji Bakery Supplies (M) Sdn Bhd

5 G & H Cake House Sdn Bhd

6 Al-Jazeera Ice Cream Sdn Bhd

7 Muslim Kitchen Sdn Bhd

8 Hybrid Allied Dairy Company Sdn Bhd

9 Nutrisource(M) SDN BHD

10 The Dalucia Sdn Bhd

11 Tanamera Tropical Spa Sdn. Bhd

12 Industri Keropok Dunia (M) Sdn Bhd

13 Fatihah Frozen Food Sdn Bhd

14 SD Impex

15 Daily Fresh Bakery Sdn Bhd

16 Fantastic Food Factory Sdn Bhd

17 Daily Bakery Sdn Bhd

18 Akifcafe Coffee Industries

19 Ameen Products

20 Aynuf Enterprise

Qiss selalu membeli-belah dekat Lulu sebab senang nak dapatkan produk Halal tanpa was-was. Baru-baru ini, Qiss berkesempatan ke Lulu dan Qiss dapat lihat pelbagai barangan Halal produk PMKS yang ada dijual di sini. Antaranya:








Melalui inisiatif ini juga, pengusaha produk dengan status Halal boleh memperkenalkan produk mereka terus kepada pengguna. Qiss pun tak teragak-agak nak membeli barangan Halal sebab dah siap tersusun di rak dan ada pelekat siap bagitahu itu produk Halal pilihan tau.

Kepelbagaian produk juga boleh didapati dan pengeluar produk juga boleh menyalurkan bahan-bahan kering ataupun proses terus ke dapur pasaraya bagi membuka lebih banyak peluang memperkenalkan produk mereka. 

Seperti di Lulu Hypermarket, ada bahagian makanan dan memerlukan produk untuk memasak, jadi pengeluar produk mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyalurkan produk samada untuk dijual kepada pelanggan ataupun ke dapur pasaraya.

Inisiatif ini sangat bagus diteruskan bagi membuka lebih banyak peluang kepada PMKS sedia ada dan yang baru berjinak untuk mengeluarkan produk baharu bagi mencapai target Malaysia sebagai pengeluar produk Halal terbesar didunia.

Sebagai pembeli semestinya Qiss turut sama menyokong inisiatif ini dengan memilih lebih banyak produk Halal tempatan untuk barangan rumah. Jom sama-sama sokong inisiatif ini.

#HDC #InisiatifBajet2022 #JadikanHalalPilihanUtamaAnda #TrolleyPunHalal

Read More

10 June 2022

Join Order & Win Contest to Win Prizes Up to RM10,000 on ShopeeFood Day

Join Order & Win Contest to Win Prizes Up to RM10,000 on ShopeeFood Day

KUALA LUMPUR, 10 JUNE 2022 - ShopeeFood invites everyone to join the Order & Win Contest and stand a chance to win prizes worth up to RM10,000. With an array of exciting prizes ranging from MMX Cordless Vacuum Cleaner, MMX Rotisserie Oven, MMX Hand Blender & Food Processor, and ShopeeFood vouchers to be won, you can also double your chances of winning by ordering from any Super Deals restaurants. 

To participate, simply follow the official ShopeeFood Instagram account (shopeefood_my), order RM25 and above from ShopeeFood between now till 14 June and like/comment your order ID on this link to enter. Lucky winners will be announced on 30 June 2022.

Here are 3 WAYS to maximize savings on ShopeeFood Day:

1. Make the best of limited-time vouchers

Get your favorite snacks from popular joints like Bean Jr, Dao Desserts, or Lol Soon Kee Desserts that will surely tickle your taste buds, and redeem limited-time vouchers up to 65% daily between 3PM to 5PM.

2. Enjoy FREE delivery to the fullest

Surprise your best pals with something refreshing like LiHo Tea, Chatto Tea & Coffee, or JuiceLab to re-energize them after a long day. Let it be known that all-day-long free delivery vouchers are up for grabs! 

3. Get more discounts with the 1 SEN ShopeeFood Saving Pass

Satisfy your cravings from local and international restaurants like Little KL Food Hall, Salad Atelier, or Mad Mex Fresh Mexican Grill at only 1 SEN with ShopeeFood’s Saving Pass that allows you to get vouchers up to RM232.99. 

Be sure to check out ShopeeFood daily vouchers and checkout using ShopeePay for a seamless and convenient payment process.

ShopeeFood is currently available for delivery in Klang Valley, Johor Bahru, and Penang. For more information on ShopeeFood Day, visit https://shopee.com.my/m/shopeefoodday or follow @shopeefood_my on Instagram.

Terms and conditions apply. 


Read More

07 June 2022

Dapatkan Aksesori Kecantikan Essential Guardian Di Guardian Berdekatan Anda

Guardian Malaysia telah memperkenalkan satu rangkaian baharu dan eksklusif Aksesori Kecantikan Essential Guardian yang boleh didapati di semua stor Guardian dan di dalam talian. Menampilkan lebih 40 item baharu yang terdiri daripada span muka, paf muka, berus solekan, pencukur kening, pelentik bulu mata, penyepit, penghapus bintik hitam dan jerawat, gunting bulu kening, kapas pembersih, pengetip kuku, set tatarias kuku dan pengilap kuku.

Kini anda boleh dapatkan Aksesori Kecantikan Essential Guardian 

Anna Hull, Pengarah Komersil Malaysia dan Brunei dan Pengarah Jenama Sendiri, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara berkata, “Sebagai peruncit Nombor Satu Kesihatan dan Kecantikan Terbaik di negara ini, Guardian sentiasa mengkaji dan membawakan produk terbaik yang tersedia pada nilai hebat kepada pelanggan. Produk-produk ini termasuk aksesori kecantikan terkini dan berkualiti tinggi yang dihasilkan secara eksklusif untuk Guardian mengikut standard dan spesifikasi Guardian untuk dijual pada harga yang sangat kompetitif kepada pelanggan kami.


“Rangkaian Aksesori Kencatikan Essential Guardian menampilkan trend dan ciri kecantikan terkini. Kami mempunyai 12 jenis span muka, sebagai contoh, termasuk satu yang dihasilkan dengan fiber akar sayuran Konjac, menjadikan ia span pembersih semula jadi yang memiliki tekstur lebih halus untuk membersih dan menanggalkan kulit mati dengan lembut. Kami juga mempunyai span 3D yang telah direka bentuk untuk mengoles dan mengadun semua formula kosmetik sama ada bedak, krim atau cecair untuk kemasan yang halus dan sempurna. Pendek kata, kami mempunyai span untuk setiap keperluan kecantikan tertentu.”

“Terdapat juga 15 jenis berus untuk pelbagai jenis kegunaan daripada berus kening hinggalah ke berus garisan ke berus kontur ke berus celahan dan berus noda. Terdapat juga set berus kembara, set berus mata dan set berus wajah.”


“Rangkaian Aksesori Kecantikan Essential Guardian dijual pada harga yang sangat mampu milik iaitu RM5.90 untuk span bedak asas hingga RM33.90 untuk set tatarias kuku. Jadi berkunjunglah ke stor kami sekarang atau lawati stor dalam talian kami untuk segala keperluan kecantikan anda. Terdapat banyak pilihan untuk dipilih untuk memastikan anda sentiasa tampil rapi dan menawan,” tambah Anna Hull. 

Antara aksesori kecantikan Essential Guardian ialah:


1. Pek Hadiah 6 Span - Span pengadun mini ini sesuai untuk aplikasi yang tepat. Hujungnya yang tirus sesuai untuk kawasan yang sukar dicapai seperti celahan, dan sisinya yang melengkung boleh digunakan untuk mengadun bedak asas atau concealer.


2. Pek 2 span Clean Cellulose - Span selulosa ini sesuai untuk pembersihan dan pengelupasan secara lembut. Teksturnya yang poros menyampaikan pembersih muka ke kulit dan membantu menanggalkan kotoran.

3. Berus bedak asas bujur - Padat dengan bulu yang lembut dan padat, berus bedak asas berbentuk bujur ini boleh digunakan untuk mengoles dan mengadun pemerah pipi, penyerlah, bronzer atau concealer.

4. Berus kabuki ini boleh digunakan untuk menyapu dan mengadun bedak tabur atau bedak kompak.




5. Set berus mata - Cipta penampilan yang diingini dengan set berus mata ini, lengkap dengan 5 berus utama untuk sapuan, adunan dan olesan produk solekan kegemaran anda. Set ini dilengkapi dengan bekas berus yang ideal untuk kembara.

6. Set berus kembara - Bersaiz sempurna untuk kegunaan pantas dan sesuai untuk  dimuatkan di dalam kantung, set ini termasuk berus-berus penting yang perlu dimiliki sepanjang masa. 

Qiss pun tak ketinggalan untuk mencuba set Essential Guardian ni. Berus dan span lembut. Senang nak bawa ke mana-mana sebab pek kembara dan banyak pilihan sesuai dengan kegunaannya.



Jom dapatkan aksesori kecantikan Essential Guardian di outlet Guardian berdekatan anda.

Facebook: @Guardianmy 

Instagram: @Guardianmy 

YouTube: @Guardian MY

#GuardianMYApp

#No1StoreMalaysia



Read More

AEON x Kloth Cares Teruskan Inisiatif Kitar Semula Fabrik Terpakai

Usaha kitar semula perlu dititikberatkan pada masa kini kerana kekurangan tapak pelupusan dan seperti sedia maklum, fabrik terutama polister mengambil masa yang lama untuk terurai.

AEON CO. (M) BHD (AEON) meneruskan usaha kemampanannya dengan bekerjasama dengan KLOTH CARES untuk menyediakan tong kitar semula di cawangan AEON Mall dan AEON BiG terpilih.

Inisiatif kitar semula yang dilancarkan di AEON Alpha Angle di Wangsa Maju, Kuala Lumpur adalah salah satu usaha AEON dalam memperkasakan inisiatif kemampanannya untuk melindungi alam sekitar, biodiversiti dan ekosistem.

Menurut Azli Mohamed, Ketua Pegawai Usahasama dan Kelestarian AEON, “AEON komited untuk menggabungkan amalan mampan ke dalam inovasi produk yang mampu membawa impak positif kepada komuniti. Kami kekal komited untuk mempertingkatkan amalan kemampanan yang telah kami selaraskan dengan prinsip teras kepada Manusia, Keamanan dan Komuniti,”.

“AEON berdedikasi untuk memenuhi kewajipan menjadi warga korporat yang baik. Kami berusaha untuk memupuk penglibatan dan kerjasama yang lebih baik dengan komuniti kami sambil terus berusaha untuk menyokong pemegang taruh kami dalam mencapai aspirasi mereka. Dalam melaksanakan inisiatif pada hari ini, kami bersyukur kerana kami dapat bekerjasama dengan Kloth Cares dan rakan pengasas mereka, Selangor Youth Community (SAY) dan Life Line Clothing Malaysia (LLCM) untuk membantu kami menguruskan tong kitar semula untuk ditempatkan di pusat beli-belah pilihan kami,” tambahnya.

Sebanyak 38 tong kitar semula akan diguna pakai dan ditempatkan di cawangan AEON Mall dan AEON BiG di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Menerusi inisiatif ini, AEON menyasarkan sejumlah 380,000 kg fabrik kitar semula akan dikumpul dalam tempoh setahun.

Para tetamu jemputan turut bersama-sama membawa barangan fabrik untuk dikitar semula

Majlis yang diadakan bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 itu diserikan oleh Ummi Kalthum Shuib, Pengarah Wilayah Persekutuan (Wilayah Persekutuan), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp) - Kuala Lumpur & Putrajaya

Pengarah SWCorp, Ummi  Kalthum Shuib turut berucap, “Kami di SWCorp telah melakukan tugas kami sebaik mungkin. Ramai yang beranggapan bahawa kami tidak menjalankan tugas. Namun anggapan itu salah kerana kami setiap hari mengutip sisa pepejal yang banyak setiap hari. Bahkan ketika banjir pada hari itu, kami menemui sebuah patung anak gajah yang besar menyekat laluan air didalam longkang.”

Tambah beliau lagi,"Menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab individu, sekiranya kita ternampak orang yang membuang sampah merata-rata kita kena berani menegur perbuatan salah tersebut. Sebolehnya janganlah kita membuang sampah merata-rata".

Ummi Kalthum Shuib, Pengarah Wilayah Persekutuan (Wilayah Persekutuan), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp) - Kuala Lumpur & Putrajaya

Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha AEON dalam memperjuangkan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNSDG) - 12 dan 17 yang menumpukan pada memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan, serta mengukuhkan cara pelaksanaan dan menghidupkan semula perkongsian global untuk pembangunan mampan.

Majlis turut diserikan dengan penampilan istimewa oleh adik Kumika Kufaizul yang menyampaikan pantun GoGreen.

Adik Kumika Kufaizul menyampaikan pantun GoGreen

Antara barang yang boleh disumbangkan ialah:


  • Pakaian
  • Kasut
  • Langsir dan barangan fabrik rumah
  • Anak patung lembut
  • Topi
  • Beg dan Tali Pinggang

Nik Suzila sebagai Pengasas Bersama Kloth Cares menyatakan, “Nilai barangan kitar semula ini sangat subjektif dan tidak boleh dianggarkan kerana lain-lain orang akan menderma barang yang lain. Namun sebagai contoh, kasut wanita mempunyai nilai yang lebih rendah berbanding selipar jepun dalam dunia kitar semula. Ini adalah kerana selipar jepun senang mempunyai padanan dan mempunyai permintaan yang tinggi oleh itu nilainya tinggi.”


Nik Suzila sebagai Pengasas Bersama Kloth Cares 

"Barangan yang dimasukkan ke dalam kotak kitar semula ini akan diasingkan mengikut kategori dan barangan yang masih elok dan cantik akan diberikan kepada mangsa banjir atau bencana. Manakala barangan yang lusuh akan dijadikan kain pengelap untuk mengelap mesin industri. Fabrik seperti jeans dan baju kurung dikitar semula kepada barangan lain seperti beg dan lain-lain. 


Dengan inisiatif ini, diharap orang ramai untuk mendukung program ini dengan menderma apa sahaja yang boleh diderma. Bersama-samalah kita memilih penyelesaian bijak dalam mengurus sisa pepejal kita. Jom dermakan barang terpakai di tong kitar semula AEON Mall dan AEON BiG terpilih. Untuk  mengetahui lebih lanjut melalui kerjasama ini serta mendapatkan maklumat terkini boleh singgah ke Facebook https://www.facebook.com/aeonxklothcares . Anda juga boleh menghubungi 1300-22-2258 untuk mendermakan barangan terpakai yang banyak dan besar.


Read More

02 June 2022

Teroka kunci kejayaan e-dagang bersama Shopee Seller Summit

Para peserta berpeluang mendapatkan akses awal kepada pakej Kempen Mega Akhir Tahun Shopee dan tawaran khas untuk para peserta sahaja

 

Kembali sebagai sebuah acara hibrid, Shopee akan mengadakan Seller Summit tahunannya pada 16 Jun 2022 di Sunway Resort, Petaling Jaya, di mana perkongsian tentang bagaimana para penjual dapat mengekalkan pertumbuhan perniagaan mereka dalam talian akan dibincangkan. Temanya Level Up: Driving Growth Together, menampilkan siri ceramah dan panel perbincangan daripada pakar industri yang terkenal. Shopee juga akan berkongsi tentang inisiatif sokongan yang akan memperkasakan para penjual agar dapat meraih pencapaian baharu.

Tip-tip daripada pakar industri

Para peserta bakal mendengar perkongsian tentang bagaimana untuk meningkatkan jumlah jualan dengan memanfaatkan ekosistem Shopee bagi memahami tingkah laku pengguna baharu. Ini termasuk menggunakan ciri-ciri dalam aplikasi seperti Shopee Live dan Shopee Feed yang menghubungkan penjual dengan pengguna serta mewujudkan pengalaman membeli-belah yang diperibadikan, menarik dan berunsur sosial.

Dengan peralihan ekonomi kepada norma baharu, ia adalah penting untuk mengenal pasti tingkah laku pengguna baharu agar dapat menggunakan strategi e-dagang yang sesuai. Melalui bimbingan daripada penjual-penjual Shopee yang berpengalaman, para peserta akan dapat membuat persediaan yang sepenuhnya sambil berusaha mengembangkan perniagaan mereka dalam jangka masa panjang.

Dalami ilmu yang bermanfaat untuk berkembang dalam talian

Leon Wong yang menghadiri Shopee Seller Summit sejak tahun 2020 berkata acara tersebut amat bermanfaat untuk para penjual, “Saya mengesyorkan setiap penjual untuk menyertai Shopee Seller Summit yang akan datang untuk terus maju ke hadapan.”

Sehrish Kamran yang merancang untuk menyertai acara tersebut sekali lagi tahun ini, menekankan bahawa pengalaman utamanya daripada acara sebelumnya adalah mendengar pengalaman daripada penjual-penjual lain seperti ShopeeXperts. “Mendengar perkongsian mereka tentang bagaimana mereka mengembangkan perniagaan daripada hanya seorang kepada sebuah perniagaan sepenuh masa adalah sesuatu yang benar-benar memberi motivasi serta inspirasi kepada saya. Saya pasti akan menyertai lagi tahun ini terutamanya kerana kami dapat mengalaminya secara bersemuka.”

Manfaat eksklusif untuk para peserta

Acara ini terbuka kepada semua pemilik perniagaan termasuk PMKS, penjual sambilan dan lain-lain. Para hadirin berpeluang mendapatkan akses awal kepada pakej Kempen Mega Akhir Tahun Shopee dan tawaran khas hanya untuk para peserta sahaja. Semua peserta juga akan menerima sijil kehadiran digital selepas acara tersebut.

Tiket-tiket bagi sesi dalam talian masih boleh didapati dengan harga RM25 setiap satu. Penjual-penjual Shopee yang sedia ada layak mendapat RM50 dalam kredit pengiklanan untuk setiap pembelian tiket dan hingga RM100 untuk dituntut bagi pembelian lebih daripada satu tiket (tertakluk pada terma dan syarat).

Rebut peluang ini untuk berkembang bersama Shopee!

Berasaskan misi Shopee untuk memanfaatkan komuniti tempatan menerusi teknologi,  Shopee Seller Summit 2022 bakal mewujudkan peluang baharu dan mencipta nilai untuk komuniti e-dagang. Jualan tiket akan tamat pada 3 Jun 2022. Layari halaman Shopee Seller Summit untuk maklumat lanjut.

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com