Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

10 March 2023

Buffet Ramadan Bersama Rabbani Bertemakan Perkampungan Madani Ramadan Dihayati

Menyahut seruan kerajaan, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation membawa TEMA PERKAMPUNGAN MADANI RAMADAN DIHAYATI bersempena bulan Ramadan 2023. Ini menjadikan Semenyih Eco Venture Resort & Recreation sebagai pusat pelancongan Madani terbesar di Malaysia dengan pelbagai aktiviti menarik yang sedia ada di sini.

Buffet Ramadan Bersama Rabbani Bertemakan Perkampungan Madani Ramadan Dihayati

Sepanjang majlis berbuka puasa nanti, kumpulan Rabbani akan berbuka bersama pengunjung dan membuat persembahan. Pemilihan kumpulan Rabbani sebagai artis dan juga rakan synergi ialah kerana kredibiliti, pengaruh dan telah mencipta nama tersendiri dalam industri hiburan tanah air. 

Semenyih Eco Venture Resort & Recreation adalah tempat rekreasi yang akan membawa anda kembali ke alam semula jadi dan menjauhkan anda dari kesibukan kota. Dengan tanah seluas 20 ekar, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation menyediakan aktiviti yang terbaik untuk teambuilding, hari keluarga, acara sukan dan perkhemahan . Anda akan berpeluang untuk mencuba pelbagai aktiviti seperti memanah, paintball, berbasikal, berkayak, aktiviti “high rope” seperti flying fox, wall climbing atau aktiviti yang lebih lasak seperti meredah hutan dan sungai dan juga ATV. 

Semenyih Eco Venture Resort & Recreation juga merupakan tempat penginapan kontainer terbesar di Malaysia. Selain daripada itu, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation turut menyediakan pelbagai pilihan makanan seperti masakan Thai, masakan Western dan juga steamboat. 

Program iftar dan madrasah Ramadan

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation. Antaranya kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) menyediakan program dalaman dan luaran seperti dibawah.

PROGRAM PERKAMPUNGAN MADANI RAMADAN DIHAYATI

PAKEJ MADRASAH RAMADAN

23 Mac to 20 April (Sebulan)

Aktiviti :

- Kelas pengajian kitab

- Program kerohanian Tadarus, Terawih & Qiamullail

- Berbuka puasa, moreh dan sahur

- Aktiviti Out door 

- Iftar Jamaie

Pakej untuk seorang RM1990.00


PAKEJ LAILATULQADAR

12 April 21 April (10 malam terakhir) 

Aktiviti :

- Kelas pengajian kitab

- Program kerohanian Tadarus, Terawih & Qiamullail

- Berbuka puasa, moreh dan sahur

- Aktiviti Out door 

- Iftar Jamaie

Pakej untuk seorang RM1990.00

Bagi pakej berbuka puasa bersama Rabbani akan bermula dari 1 Ramadan hingga 27 Ramadan 1444 Hijrah.

PAKEJ BERBUKA PUASA BERSAMA RABBANI 

DEWASA RM68.00 

KANAK - KANAK 6-12 TAHUN RM34.00

WARGA EMAS 60 TAHUN KEATAS RM40.00

KANAK - KANAK 6 TAHUN KEBAWAH PERCUMA

Diskaun sebanyak tiga puluh peratus (30%) akan diberikan pada mereka yang membuat tempahan pada tiga (3) hari pertama dan tiga (3) hari terakhir. 

Menyediakan lebih 200 menu masakan traditional Malaysia, Asia dan Timur Tengah terdiri dari satu pasukan pakar masakan yang berpengalaman.

Bagi pelanggan yang berbuka puasa bersama Rabbani di SEMENYIH ECO VENTURE RESORT & RECREATION sepanjang Ramadan ini akan memenangi hadiah cabutan bertuah berupa Dua (2) pakej Umrah, tajaan MJ Success Travel & Tours Sdn Bhd dan Satu (1) pakej Umrah, tajaan As Safa Travel Sdn Bhd. Hadiah harian berupa pakej percutian 2 Hari 1 Malam di SEMENYIH ECO VENTURE RESORT & RECREATION.

Hadiah cabutan bertuah berupa Dua (2) pakej Umrah, tajaan MJ Success Travel & Tours Sdn Bhd

Hadiah cabutan bertuah berupa Satu (1) pakej Umrah, tajaan As Safa Travel Sdn Bhd

Hadiah harian berupa pakej percutian 2 Hari 1 Malam di SEMENYIH ECO VENTURE RESORT & RECREATION

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berhubung dengan:

HQ Semenyih Eco Venture Resort & Recreation di talian +6017 420 9358

Muhammad Aiman di talian +6019 239 0668
Afrina Izzati di talian +6011 2814 2816

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com