Umum bagi kita akan berkumpul bersama keluarga dan berbuka bersama-sama. Saudara-mara dekat dan jauh pasti ingin menikmati juadah berbuka sama-sama. Oleh yang demikian pemilihan tempat berbuka puasa adalah penting dan yang pastinya mesra warga emas, OKU dan kanak-kanak.
Pelancaran MAHA BUFFET iaitu BUFFET BERBUKA/IFTAR TERBESAR MALAYSIA PADA 2023 telah berlangsung baru-baru ini. Projek MAHA BUFFET ini melibatkan dua otai dalam dunia F&B iaitu Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang masakan.
Maha Buffet Ramadan 2023 Gabungan Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong |
Kedua-dua restoran ini yang terkenal dengan menu tengahari seperti sotong gergasi bakar & Western food telah bergabung bagi menjayakan projek mega Ramadan ini. Projek MAHA BUFFET ini akan bermula pada Ramadan kedua iaitu 25 Mac 2023 sehingga 20 April 2023 bermula 6.30 petang hingga 9.30 malam di Dewan C, MAEPS Serdang.
Dengan tagline “Family Friendly Buffet”,mereka menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan seisi keluarga sebelum waktu berbuka. Antaranya seperti Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami & pelbagai lagi aktiviti menarik. Lebih menarik setiap hari akan diserikan dengan persembahan dari LIVE BAND, artis nasyid & perkongsian dari penceramah-penceramah serta ustaz terkenal tanah air seperti Ustaz Shamsul Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi sepanjang bulan Ramadan.
Julung kalinya, MAHA BUFFET turut menganjurkan program tadarus Al-Quran yang akan diadakan setiap hari sebelum berbuka puasa. Ia memberi peluang kepada semua muslimin dan muslimat untuk bertadarus sementara menunggu waktu berbuka.
Ruang makan yang luas dan berhawa dingin sepenuhnya pasti akan memberi keselesaan kepada keluarga yang datang untuk meluangkan masa iftar bersama. Kemudahan lain seperti surau yang luas, ruang parking percuma seluas 1 ekar, malah MAHA BUFFET turut menyediakan ruang parking VIP & Valet Parking untuk memudahkan semua pengunjung yang datang.
Pelbagai jenis juadah makanan dan minuman yang sedap dan terasa seperti makan dirumah bakal menambat citarasa pengunjung yang hadir. Semuanya cukup rasa dan bahan dan yang paling penting dimasak dengan BERSIH. Setiap masakan itu dimasak dengan penuh kasih sayang & teliti penyediaanya.
Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi. Hanya RM89.90 SAHAJA untuk dewasa & RM49.90 untuk kanak-kanak/OKU/Warga emas serta PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah.
Jangan lepaskan peluang yang sangat berbaloi untuk nikmati:
1. 200 jenis menu pelbagai jenis
2. Lebih 20 aktiviti untuk kanak-kanak
3. 2 mega Kids area
4. Persembahan artis nasyid terkenal
5. Perkongsian penceramah terkenal tanah air
6. Ruang makan berhawa dingin sepenuhnya
7. Parking PERCUMA
8. Surau yang luas & selesa
So, korang yang nak tahu lebih details atau nak terus tempah online pun boleh, klik je link di bawah ni okay.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila layari : https://linktr.ee/munstermalaysia
Wahhh.... Menarik dan tertarik menu yang disediakan tu... Suasana pun nampak syok...
ReplyDelete