Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

26 March 2023

Butik Chenta Lunar Tawar Kelainan Buat Pembeli

Hai semua, dah beli baju raya ke? Dah jadi mak-mak ni, semua baju raya bayi perempuan yang comel mesti Qiss rasa nak beli. Raya kan sebulan! Untungnya kat Butik Chenta Lunar ni ada servis upah jahit baju dan ada khidmat menambah manik atau lace pada baju yang dijual. Jadi nanti tak adalah baju Qiss dengan Iris sama dengan orang lain kan. Itu istimewa Butik Chenta Lunar ni.

Butik Chenta Lunar di Seksyen 7, Shah Alam

Tahun ni Qiss nak pakai baju raya lain daripada orang. Tapi nak sedondon dengan anak dan suami. Biasanya kalau beli tempat lain mesti jumpa orang pakai baju yang sama. Tapi kat Butik Chenta Lunar ni Qiss boleh request tambah lace ataupun manik untuk bagi kelainan sikit kat baju raya nanti. Haa barulah tak sama dengan orang lain kan.

BUTIK CHENTA LUNAR menawarkan konsep “Celestial In Style” buat semua. Celestial membawa maksud cakerawala atau heavenly, ia adalah metafora untuk konsep yang diketengahkan iaitu stail yang sentiasa “up to date” dan tidak lapuk dek zaman.

Comel kan baju kurung budak perempuan ni

Nama “Lunar” itu sendiri mempunyai keperibadian Ekpresif, Mudah Berbicara, Bersosialisasi, Kreatif dan Menikmati Hidup. Ini membuatkan Butik Chenta Lunar cepat dikenali orang orang ramai. 

Tahun ini, Butik Chenta Lunar membawakan variasi busana untuk hari raya seperti baju kurung, baju kurung moden, jubah, baju kurung kanak-kanak dan banyak lagi. Bagi anda yang ingin mencari baju korporat seperti dress, office attire, casual, cardigan, jump suit semuanya tersedia di Butik Chenta Lunar. Selain itu, baju kurta eksklusif turut dijual.

Antara baju yang dijual termasuk blouse dan cardigan

Selain baju kurung, blouse, shawl dan skirt pun ada di sini. Boleh padankan dengan gaya seharian anda. Harga bermula RM45 dan ke atas.

Bersempena hari raya yang bakal tiba, bagi yang membeli-belah melebihi RM150 ke atas akan dapat free gift istimewa dari Butik Chenta Lunar. 

Pembelian RM150 ke atas akan dapat free gift ini

Selain itu, tempahan baju seperti baju nikah, baju majlis persandingan, baju bridesmaid, baju graduasi atau baju korporat juga boleh ditempah di sini. Butik Chenta Lunar mempunyai tenaga bagi melakar rekaan dan juga menjahit pakaian.





Sepanjang bulan Ramadan ni ada promosi baju raya RM100. Berbaloi kalau nak beli. Baju raya Mother Daughter Type iaitu koleksi sedondon ibu dan anak turut dilancarkan dengan harga RM150 ke bawah. Baju kurta untuk lelaki pun ada dijual di sini.

Pssst...kuih raya pun ada jual kat sini. Mudah nak shopping nanti sebab semua ada di satu tempat dalam Butik Chenta Lunar. 

Kuih raya turut dijual di Butik Chenta Lunar


Apa tunggu lagi. Jom bawa keluarga dan kawan-kawan beli baju raya kat Butik Chenta Lunar.

📍Butik Chenta Lunar  

65, Jalan Plumbum P/7P, Seksyen 7, Shah Alam

Terletak bersebelahan dengan PKNS Biz Point, beroperasi dari jam 11.00 pagi sehingga 10.30 malam (Isnin tutup). Buat yang ingin lebih informasi atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi 019-7542705.

Facebook: www.facebook.com/ChentaLunar

Instagram: www.instagram.com/chentalunar

Tiktok: www.tiktok.com/chentalunar


#bcl #chentalunar #ChentaRaya2023 #bajuraya2023 #bajukurung

1 comment:

  1. alahaiii...cecantik cecomel baju haaa...gewammmm nengoknyaaa..nasib takde saiz HAHAHA

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com