Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

30 March 2023

Iftar @ De' Kenduri | Boleh Tapau Lauk Sahur

Masuk tahun ketiga Iftar @ De' Kenduri, Kuala Lumpur beroperasi untuk majlid berbuka puasa. Qiss berpeluang iftar di De' Kenduri, Jalan Yap Kwan Seng baru-baru ini. Tahun ni tahun kedua Qiss dapat makan lauk kenduri yang pelbagai pilihan dan menampilkan pelbagai menu  menarik untuk setiap jenis kenduri di Malaysia. 

Iftar @ De' Kenduri 2023

Encik Lutfi, pemilik De' Kenduri menyatakan bahawa lokasi De' Kenduri ini unik kerana sekeliling tempat ini dalam proses pembinaan bangunan dan terletak di tengah-tengah bangunan tinggi serta baharu namun dia masih memilih tapak bekas kuaters kerajaan lama ini sebagai tempat mengadakan kenduri. Kedudukan dewan ini juga bersebelahan kawasan tempat letak kereta yang memudahkan pelanggan yang datang membawa kereta memarkir kereta mereka. Bayaran RM 7.00 dikenakan untuk sekali masuk.

Antara menu yang terdapat di De' Kenduri untuk iftar kali ini ialah:-

Menu ala Kenduri Kahwin

▪️Nasi Briyani/Nasi Minyak/Nasi Tomato/ Nasi Hjn Panas

▪️Ayam Msk Merah/Madu/Kurma/Kicap Mamak

▪️Daging Kari/Kurma/Rendang Hitam/Rendang Minang

▪️Acar Jelatah/Acar Buah/Pajeri Nenas

Menu ala Kenduri Tahlil

▪️Nasi Putih

▪️Keli Berlada/Keli Sambal Hijau/Keli Msk Lemak + Pucuk Maman/Keli Lemak Belimbing Buluh

▪️Sambal Udang Petai/Masak Lemak Udang Galah/Masak Lemak Perut+Udang

▪️Ikan Masak Cuka/Asam Pedas Ikan/Ikan Kari

▪️Masak Lemak Pucuk Manis/Masak Lemak Pucuk Paku/Masak Tempoyak Pucuk Ubi

▪️Ikan Kering/Ikan Pekasam

▪️Aneka Ulaman

▪️Aneka Sambal


Kenduri Kesyukuran

▪️Ayam Cashew Nut/Ayam Paprik/Chicken Salted egg/ Ayam Kam Heong/Masak lemak Ayam + Pegaga

▪️Daging Black Pepper/Fish Fillet Sweet Sour/Butter Milk Prawn/Masak Lemak Telur Itik

▪️Mix Vege/Tauhu Jepun Sos Telur

▪️Kerabu Pucuk Paku + Kerang/ Kerabu Taugeh + Perut/ Kerabu Kacang Botol

Kenduri Buat Rumah Baru (Style Kampung)

▪️Bubur Kacang/Pengat Pisang/Bubur Chacha/Bubur Keledek/Bubur Pulut Hitam

▪️Pulut Kuning dan Rendang Ayam


Kenduri Naik Pangkat

▪️Char Kuew Teow (Live)

▪️Mee Rebus/Mee Kari/Laksa/ Soto/ Laksa Johor

▪️Cucur2 dan Gorengan

Roti Jala +  Kuah Durian


Kenduri Hari Jadi

▪️Dessert/Kuih2 Melayu

▪️Pastries n cakes

▪️Cendol

▪️Kordial

▪️Teh tarik


Kenduri Rumah Terbuka

▪️Kambing Bakar

▪️Sate Ayam

▪️Lontong Nasi Impit


Menurut Encik Lutfi Yusoff, sebelum bulan Ramadan, De Kenduri banyak menerima tempahan majlis kenduri seperti perkahwinan, tahlil, hari jadi dan pelbagai lagi. Dengan kepakaran memasak untuk majlis- majlis tersebut maka tema untuk iftar di De Kenduri berdasarkan menu makanan yang ada untuk setiap kenduri.

Ruang dewan yang selesa dan bersih menjadikan suasana iftar lebih nyaman dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sepanjang majlis bagi peminat muzik atau lagu tradisional, sebagai halwa telinga pengunjung dihiburkan oleh pemuzik ghazal yang dibawa khas dari Johor Darul Ta’zim.

Fasiliti seperti ruang solat, tempat ambil wudhuk dan tandas juga disediakan bagi memudahkan pengunjung.

Untuk kanak-kanak disediakan bunga api bagi memeriahkan suasana. Kanak-kanak akan dipantau oleh penjaga sepanjang bermain bunga api.

Bunga api disediakan di De' Kenduri untuk kanak-kanak 

HARGA

Harga untuk iftar De' Kenduri ini sangat berpatutan dan berbaloi dengan makanan yang sedap-sedap.

🔸️DEWASA RM70.00

🔸️KANAK2 RM40.00

Dalam pukul 8.40 malam, pengunjung boleh membungkus lauk bawa pulang untuk bersahur pagi esoknya. Inilah satu-satunya buffet Ramadan yang membenarkan pengunjung bungkus lauk bawa pulang ke rumah.

Tahun ni pelamin jadi tarikan OOTD di De Kenduri

OPERASI

Isnin : Tutup Setiap Isnin

Tarikh Operasi: 25 Mac - 19 April 2023

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi:

Whatsapp ke:-

http://www.wasap.my/60133862524

http://www.wasap.my/60133862524

 *IFTAR @ DEKENDURI*

Alamat: Lot 103(7), Persiaran Lidcol,

Off Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur 

IG: dekendurikualalumpur

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com