Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

27 March 2023

Produk Probiotik GKB Bantu Kesihatan Perut Dan Usus

Selepas bersalin 3 bulan lepas, Qiss rasa selalu sangat perut meragam dan sembelit. Kalau makan banyak je mesti susah nak membuang. Lepas tu Qiss mula cari produk yang sesuai sampailah jumpa produk keluaran GKB ini.

Qiss mula amalkan produk GKB, yang mana produk ini memfokuskan kepada faedah probiotik seperti membantu menghadam makanan yang tidak dapat diurai secara cekap, meningkatkan metabolisma badan dengan mengekstrak lebih banyak tenaga daripada nutrien makanan, menghasilkan Vitamin B, menyingkirkan toksin, dan membantu mengekalkan kesihatan usus.

Antara produk GKB yang jadi pilihan

GKB (GK BIO International Sdn. Bhd.) mula ditubuhkan pada tahun 2018 yang merupakan sebuah syarikat hasil usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. GKB ingin mempromosikan kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi untuk membantu mengawal fungsi tubuh badan, namun pada harga yang mampu milik.

Di GKB mereka menawarkan kebaikan kultur probiotik dan cendawan, penemuan ini telah dikembangkan oleh 145 orang penyelidik. GKB menggunakan lebih daripada 40 jenis cendawan dan probiotik dalam produknya dan memastikan produk tersebut 100% semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia dan tiada kesan sampingan.

Bakteria baik ini dapat meningkatkan fungsi fisiologi dan membantu mengekalkan fungsi saluran pencernaan.

Setiap produk GKB diperakui dengan sijil PIC/S GMP, 1S022000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025, bagi memastikan jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk mereka sentiasa pada tahap yang tertinggi. 

Selain Qiss, suami Qiss turut mengamalkan produk GKB ini. Alhamdulillah perut dia kurang meragam di pagi hari.

Antara salah satu produk yang suami Qiss makan ialah GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 (Untuk pengurusan berat badan)

Sejak kebelakangan ini, suami Qiss mengadu kurang bertenaga dan berat makin naik. Dia risau kalau berat makin naik akan beri kesan pada lutut dia. Jadi dia turut kongsi dengan Qiss produk GKB Lactobacillus Plantarum GKM3.

Selepas 3 minggu berat suami Qiss turun 3kg. Sekarang tengah puasa, suami Qiss akan makan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 selepas makan sahur dan harapnya berat dia makin turun ya. 

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3

Produk GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 merupakan satu-satunya bakteria yang boleh menyerap minyak. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 mengandungi Lactobacillus plantarum iaitu ketegangan probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah (kolesterol, trigliserida).

Qiss sendiri amalkan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 kerana ia sangat membantu dalam pengurangan penyerapan kalori, membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan metabolisma badan, membantu sistem penghadaman, menjadikan badan lebih langsing, serta meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya matahari.

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus (Untuk kesihatan kulit)

Produk kegemaran Qiss iaitu Lactobacillus Rhamnosus Plus sangat disarankan untuk wanita sebab boleh membantu mencegah masalah jangkitan kuman seperti UTI (Urinary Tract Infection), sejenis jangkitan pada bahagian saluran kencing, meningkatkan imuniti badan dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. 

Lactobacillus Rhamnosus Plus

Mungkin sebab badan Qiss cepat beri tindak balas dengan produk ni, Qiss rasa kulit Qiss lebih berseri walaupun baru lepas bangun tidur. Untuk masalah UTI pula, Qiss dah tak perlu risau sebab makin berkurang rasa nak terkencing dan tak tahan kencing tu.

GKB Probizymes (Mengurangkan Gastritis, Masalah Penghadaman, Pencernaan)

Sepanjang bulan puasa ni, GKB Probizymes bantu Qiss untuk mengurangkan gastritis, masalah penghadaman dan pencernaan. Qiss memang ada gastrik tapi tak teruk. Cuma bulan puasa ni perut jadi tak sedap sebab berpuasa. Mujurlah ada GKB Probizymes ni.

GKB Probizymes

Dengan amalkan Probizymes, Qiss dah kurang masalah kembung perut, sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan. Probizymes diformulasikan daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak.

GKB Probio+ (Untuk kesihatan usus setiap hari)

GKB Probio+ Qiss guna sebab selalu ada masalah sembelit dan cirit-birit. Dalam produk ni terkandung 5 jenis bakteria probiotik serta 4 jenis prebiotik, yang boleh membantu pencernaan dan mengurangkan sembelit dan cirit-birit. Kombinasi probiotik dan prebiotik memberikan lebih perlindungan kepada saluran usus, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan, mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti.

GKB Probio+

Kelebihan utama probiotik GKB ialah teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul mereka. Kalau korang nak tahu, GKB ialah satu-satunya syarikat makanan tambahan kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya (macam angkasawan punya spacesuit), untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi.

Selain itu, probiotik mereka yang dalam sachet berbentuk granul (mudah larut) juga dapat membantu mengurangkan risiko tersedak dan tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman kegemaran seperti jus buah-buahan.

GKB G-Pro Gold (Untuk Mengurangkan Sembelit)

GKB G-Pro Gold memang sesuai untuk orang yang ada masalah sembelit dan tak makan sayur macam Qiss, mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik, setiap kapsul vegetarian mengandungi 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup. Mereka yang selalu ada masalah saluran gastrousus, contohnya macam sembelit atau cirit-birit yang teruk (sampai dehidrasi), boleh amalkan G-Pro Gold.

GKB G-Pro Gold

Qiss memang ada masalah sembelit, jadi apabila amalkan G-Pro Gold ia mampu meningkatkan pH dan rembesan usus, menjadikan usus lebih kuat dan mengurangkan masalah keradangan usus. Masalah tak suka makan sayur ni memang sebabkan Qiss sembelit. Jadi Qiss pilih amalkan produk GKB sebagai makanan tambahan untuk tubuh badan tanpa beri kesan sampingan.



@qisstiera Masalah sembelit lepas bersalin ni memang jadi igauan ngeri. Nak duduk lama-lama dalam tandas, baby menangis nak mama dia. Qis amalkan pengambilan GKB Probiotics yg terdiri daripada : 1. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 - mengawal minyak dan mengurangkan kalori dalam tubuh 2. GKB Lactobacillus Rhamnosus Powder - memperbaiki kulit 3. GKB Probizymes - kurangkan gastrik 4. GKB G-Pro Gold - bantu mengurangkan sembelit. 5.GKB Probio+ - memudahkan pencernaan, mengurangkan sembelit dan cirit-birit. Produk GKB boleh didapati di semua cawangan Farmasi besar di Malaysia, termasuk Alpro Pharmacy. Untuk maklumat lanjut dan pembelian secara online, boleh layari website www.mygkb.com. Platform Media Sosial GKB: Facebook: GKB International Instagram: @mygkb TikTok: www.tiktok.com/@gkbmsia RED 1D:1318211221 (GKB 集康宝) YouTube: www.youtube.com/@malaysiagkb5950 #gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit ♬ original sound - qisstiera

Bagi ibu menyusu perlu mendapatkan konsultasi daripada doktor sebelum mengambil mana-mana produk. 

Produk-produk GKB boleh didapati di semua cawangan farmasi besar di Malaysia, iaitu;

Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         

Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        

Pulau Pinang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        

Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        

Pantai Timur: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         

Selatan: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        

Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        

Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

Senarai lengkap farmasi: https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188

Layari laman sesawang www.mygkb.com untuk maklumat berkenaan produk-produk keluaran GKB yang berada dipasaran.

Facebook: www.facebook.com/mygkb

Instagram: www.instagram.com/mygkb

TikTok: www.tiktok.com/@gkbmsia

YouTube: https://youtube.com/@mygkb01

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com