Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

20 March 2023

Selera Nusantara Tema Buffet Ramadan 2023 Di Dewan Bankuet MBSA

Jom orang Shah Alam meriahkan buffet Ramadan 2023-‘SELERA NUSANTARA’ yang  ditampilkan oleh Dewan Bankuet MBSA. 

Pelbagai hidangan menarik pasti menambat selera anda dan keluarga.

Buffet Ramadan Selera Nusantara dibawakan oleh Dewan Bankuet MBSA Tahun 2023

Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Buffet Ramadan ini bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, dari 6.30 petang sehingga 9.30 malam.

Buffet Ramadan ini diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bergabung menghasilkan kompilasi hidangan Nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian. 

Para tetamu Buffet Ramadan 2023 di Dewan Bankuet MBSA ini akan dihidangkan dengan pelbagai makanan buffet dengan lebih daripada 6 gerai dan pilihan makanan tempatan yang cukup enak.

Antara sajian yang dihidangkan adalah termasuk:

1. Kambing Golek dengan sos lada hitam dan sos daun mint

2. Ayam dara golek dengan sos istimewa

3. Dim sum

4. Kuew Teow Penang Style

5. Mee goreng mamak



Manakala untuk lauk pauk tradisonal Melayu ialah seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.

Bagi sajian pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.


Tidak dilupakan pembuka selera seperti jeruk Pak Ali, telur masin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.

Harga Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA

Promosi pembukaan pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023 boleh dibeli dengan menghubungi 011-54040385 atau scan code yang ada di poster yang disediakan.





Harga RM98 Nett untuk dewasa dan RM58 Nett untuk warga emas dan kanak-kanak bermula 24 Mac 2023 amat berbaloi untuk semua lapisan masyarakat.

Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.

Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kids corner’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.

Kids Corner sesuai untuk anak-anak bermain

OOTD Corner mengimbau kenangan berpuasa dikampung

Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.

Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini. Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi 011-54040385 atau Emel: nusantaracatering.event@gmail.com

Tiktok: www.tiktok.com/nusantaracatering.event

FB: www.facebook.com/Nusantaracatering.event

IG: www.instagram.com/nusantaracatering.event

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com