Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

13 January 2024

Todak Kids Tawarkan Game Based Learning Kini Dibuka Di Cyberjaya

Todak Kids iaitu prasekolah pertama menawarkan kelainan dalam sistem pendidikan prasekolah menerusi Game Based Learning. Pendekatan belajar sambil bermain di tadika atau taska semakin diterima oleh masyarakat di Malaysia. Pendekatan ini dilihat sangat berkesan dalam membantu kanak-kanak dalam pembelajaran dan perkembangan mereka berbanding pembelajaran secara formal. 

Ketua Pengarah Todak Holding Sdn Bhd, En Khairul Azlan dan Ketua Pegawai Eksekutif Todak Academy, En.Mohamad Taufik Rizal Aminuddin bersama maskot Didi & Friends

Ditubuhkan pada 2017, Todak kini sudah berkembang  dengan pemilikan lima entiti utama dan berpusat di Cyberjaya iaitu Todak Culture, Todak Studios, Todak Fusion, Todak Academy dan Todak Pay.

Dibawah Todak Academy, Todak Kids dilancarkan sinonim dengan peribahasa 'melentur buluh biar dari rebungnya', pembukaan Todak Kids menunjukkan bahawa Todak Holdings komited menjadikan tadika itu sebagai hub pendidikan untuk semua lapisan usia.

Prasekolah Todak Kids dilancarkan yang memfokuskan tiga elemen utama termasuk Islamik. Para pelajar akan mempelajari ilmu agama selain praktikal solat dan sebagainya. Kedua, pembelajaran berasaskan permainan digital, di mana pelajar dapat belajar asas coding dan sebagainya. Ketiga, alam semulajadi dimana para pelajar akan ada sesi lawatan dan aktiviti di luar kelas.


Todak Kids merupakan prasekolah pertama di Malaysia yang menggunakan pembelajaran permainan digital/komputer (Game Based Learning) sebagai elemen pembelajaran utama.

Todak Kids telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Todak Holding Sdn Bhd, En. Khairul Azlan dan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Todak Academy, En. Mohamad Taufik Rizal Aminuddin sempena hari terbuka pada 13 Januari 2024.

Ibu bapa dan pelajar yang hadir dihiburkan dengan persembahan maskot karakter kartun Didi & Friends. 

Kolaborasi bersama Warnakala menyediakan pembelajaran Warnakids, iaitu program tadika yang komprehensif lengkap dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang interaktif untuk guru dan buku pembelajaran menarik untuk kanak-kanak bagi menguasai 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Uniform sekolah dan baju sukan Todak Kids

Todak Kids yang terletak di bangunan blok F, Tamarind Square mempunyai tiga tingkat dilengkapi bilik pembelajaran mengikut sesi pelajaran diajar khusus untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun.

Bahasa pengantar antara tenaga pengajar dengan pelajar di Todak Kids ialah Bahasa Inggeris bagi memahirkan pelajar dengan perbualan harian Bahasa Inggeris.

Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Todak Kids berpeluang menonton demonstrasi pembelajaran game based learning dan enrichment program. Pelajar juga boleh mencuba kelas percubaan sebelum mendaftar di Todak Kids. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Todak Kids boleh menghubungi Pn Shikin +60 12 227 1041 dan boleh lawati Instagram dan Facebook rasmi Todak Kids.



0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com