Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

04 January 2024

Review Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Filem yang dinanti-nantikan ini berjaya menambat hati penonton dengan kisah sejarah dan perjuangan pejuang tanah air suatu ketika dahulu.

Filem yang berdurasi 110 minit ini merupakan filem terbaru terbitan Studio Kembara dan bakal memasuki pawagam pada 11 Januari 2024. 

Naskah yang mendapat sentuhan dua pengarah iaitu Shahruddin Dali dan Saiful Reza menjadikan Pendekar Awang: Darah Indera Gajah sebagai filem wajib tonton tahun ini.

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Filem ini mengisahkan tentang penjajahan British di bumi Pahang, Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah menyelongkar kisah perjalanan Tok Gajah bersama para pahlawan yang tidak didendang yang tidak pernah diberitahu sebelumnya.

Peristiwa di dalam Filem Pendekar Awang ini berlaku selepas kebangkitan pahlawan melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang. 

Kebangkitan Mat Kilau merisaukan British dan mengarahkan askarnya memburu Tok Gajah.

Awang menggalas tanggungjawab untuk menyelamatkan Tok Gajah dari ditangkap dan dibunuh.

SINOPSIS

Apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat. 

Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong (bapa mertuanya) yang telah ditangkap British dan Awang perlu mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran. 

Berjayakah Awang menyelamatkan Tok Gajah dan Haji Sulong serta menewaskan askar terkuat di dunia yang diketuai Kapten Syers kali ini?

WATAK DAN PELAKON

Awang Fattah Amin

Sayang Nur Fazura

Tahir Nadhir Nasar

Tok Gajah Wan Hanafisu

Hj. Sulong Nam Ron

Andak Amir Ahnaf

Siti Heliza Helmi

Minah Hazwani Helmi

Besah Tissa Biani

Tobah Amerul Affendi

Kapten Syers Geoff Andre Feyaerts

Kodi Hasnul Rahmat

Jalak Ruzaidi Rahman

Nadim Syed Ali Murtadha

Brahim Ali Karimi


WATAK UTAMA

AWANG

Anak didik Tok Gajah ini berjiwa pahlawan, berani, mahir memanah. Tegas dengan cara perjuangannya yang berbeza dari Mat Kilau.

Fattah Amin sebagai Awang

SAYANG

Isteri Awang yang setia dan cekal. Anak perempuan Haji Sulong ini dilatih ilmu persilatan dan memanah. Isteri yang sentiasa memberi sokongan kepada suaminya. Memahami konflik dalaman suaminya.

Fazura sebagai Sayang

TAHIR

Anak lelaki Haji Sulong, adik kepada Sayang. Minat mendalam terhadap ilmu tabib, ilmu alam, ilmu hayat dan mahir ilmu menjejak di hutan. 

TOK GAJAH

Pemimpin masyarakat Pahang, orang yang rapat dengan Sultan Ahmad, imam perang pahang dan istiqamah serta tegas melawan pencerobohan british.

HAJI SULONG

Pemimpin penduduk Kuala Semantan, pengikut Tok Gajah yang setia. Tegas dan dipercayai Tok Gajah.

BRAHIM

Adik Mat Kilau yang sentiasa menjadi pendamping ayahnya Tok Gajah. Mahir bersenjata tekpi. 

Brahim kecewa dengan sikap Awang kerana tidak menyertai misi Tok Gajah ke Terengganu.

Kos Filem Pendekar Awang ialah 12 juta ringgit dan penggambarannya bermula pada bulan Januari tahun 2023.


REVIEW

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah betul-betul dapat menarik penonton ke panggung wayang untuk menonton filem ini.

Penceritaan tentang penjajahan pada zaman dahulu dimana generasi muda pada zaman sekarang dapat diberi gambaran kesusahan masyarakat terdahulu memperjuangkan tanah air dan generasi muda kini lebih menghayati sejarah dengan baik.

Gandingan suami isteri Fattah Amin dan Fazura sedikit sebanyak menghidupkan filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah. Sekaligus mengubat rindu peminat kepada lakonan mereka.

Nadhir Nasar sebagai Tahir dan Ali Karimi sebagai Brahim juga berpencak silat dan tangkas, seronok melihat aksi ketangkasan pelakon bersilat.

Lebih menarik lakonan pejuang wanita yang mahir berkuda dan memanah turut menyertai misi ini.

Berjayakah misi Tok Gajah ke Terengganu? 

Jom sama-sama tonton filem ini dipawagam berdekatan anda.


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com