Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

21 March 2023

5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan

Ordering meals for buka puasa is even better with discounts and free delivery.

With Ramadan just around the corner, ShopeeFood users can get their favourite buka puasa meals delivered right to their doorstep for better convenience during the fasting month. With discounts and free delivery, ShopeeFood users can spend more time enjoying a yummy meal to start and end of the day while spending less time in the kitchen or being stuck in traffic during rush hour. 

Kongsi Keriangan with your family and friends this Ramadan, and order from ShopeeFood today. ShopeeFood offers a variety of merchants to choose from and if you don’t know where to start, checkout these 5 popular restaurants on ShopeeFood to order your meals from:

1. Tiga Budak Gemok: This restaurant serves generous portions of Malaysian comfort food that are perfect for sharing with friends and family. Popular dishes include Nasi Ayam Kicap Biasa + Telur + Tempe and Siput Masak Lemak Cilipadi.

2. Pasta Panas: This popular pasta joint offers a unique and exciting dining experience with their spicy twist on classic pasta dishes. Try out their bestselling pasta dishes like Spicy Chili Mac and Salted Egg Pasta.

3. 4Fingers: This restaurant serves mouthwatering Korean-style fried chicken that is crispy, juicy, and addictive.Offering singular combos and family sets, 4Fingers is perfect whether you’re dining alone or with your loved ones.

4. Tealive: Tealive is a popular chain of bubble tea shops in Malaysia, known for their diverse range of delicious drinks made with fresh ingredients.

5. Sushi King: For sushi lovers, Sushi king provides a wide selection of fresh and delicious sushi, sashimi, and other Japanese dishes at affordable prices, making it a go-to spot for sushi lovers.

Don’t forget to checkout these special discount days as well and make the most of your fasting month food orders:

ShopeeFood Day : Link

From 20 Mar - 22 Mar, kickstart the holy month of Ramadan right and enjoy great discounts and free delivery for buka puasa meals.

● Up To RM30 OFF (no minimum spend)

● Super Deals up to RM21 OFF

● Free Delivery

ShopeeFood PayDay Sale : Link

From 25 Mar - 28 Mar, treat yourself and your loved ones to yummy meals without breaking the bank.

● Up To RM30 OFF (no minimum spend)

● Super Deals up to RM21 OFF

● Free Delivery

Read More

20 March 2023

Selera Nusantara Tema Buffet Ramadan 2023 Di Dewan Bankuet MBSA

Jom orang Shah Alam meriahkan buffet Ramadan 2023-‘SELERA NUSANTARA’ yang  ditampilkan oleh Dewan Bankuet MBSA. 

Pelbagai hidangan menarik pasti menambat selera anda dan keluarga.

Buffet Ramadan Selera Nusantara dibawakan oleh Dewan Bankuet MBSA Tahun 2023

Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam, merupakan satu lokasi yang popular dengan pelbagai acara dan keramaian. Buffet Ramadan ini bermula pada 25 Mac sehingga 20 April 2023, dari 6.30 petang sehingga 9.30 malam.

Buffet Ramadan ini diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih 15 tahun di dalam dan luar negara telah bergabung menghasilkan kompilasi hidangan Nusantara yang mempunyai lebih 100 sajian. 

Para tetamu Buffet Ramadan 2023 di Dewan Bankuet MBSA ini akan dihidangkan dengan pelbagai makanan buffet dengan lebih daripada 6 gerai dan pilihan makanan tempatan yang cukup enak.

Antara sajian yang dihidangkan adalah termasuk:

1. Kambing Golek dengan sos lada hitam dan sos daun mint

2. Ayam dara golek dengan sos istimewa

3. Dim sum

4. Kuew Teow Penang Style

5. Mee goreng mamak



Manakala untuk lauk pauk tradisonal Melayu ialah seperti ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, daging salai rebung sri menanti, daging masak kerutub, ketam masak kam heong, ayam goreng berlado cik ani, sotong sambal petai, daging rendang minang, kari kambing mamak style, ayam masak merah kacang peas, ayam goreng berdaun kari dan udang mamak style.

Bagi sajian pemanis mulut, pihak Dewan Bankuet MBSA menyediakan beraneka kuih muih tradisional melayu, sago gula melaka, tapai pulut daun getah, beraneka puding, cream caramel, rojak buah, dan buah-buahan.


Tidak dilupakan pembuka selera seperti jeruk Pak Ali, telur masin, ikan pekasam, kerabu tauge pucuk paku, kerabu jantung pisang, kerabu mangga, kerabu ikan bilis, pasembur utara, pasta salad, pecal, keropok ikan, papadom dan banyak lagi. Buat pengemar sambal belacan, cencalok dan budu turut dihidangkan.

Harga Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA

Promosi pembukaan pada harga RM88 Nett sah sehingga 23 Mac 2023 boleh dibeli dengan menghubungi 011-54040385 atau scan code yang ada di poster yang disediakan.





Harga RM98 Nett untuk dewasa dan RM58 Nett untuk warga emas dan kanak-kanak bermula 24 Mac 2023 amat berbaloi untuk semua lapisan masyarakat.

Pelbagai kemudahan disediakan buat semua pengunjung yang datang berbuka puasa di Dewan Bankuet MBSA termasuk parking kereta percuma, surau, mesra OKU dan juga berhawa dingin.

Antara yang menarik di sini, Dewan Bankuet MBSA akan membawakan showcase yang cukup istimewa daripada artis-artis jemputan, ada live band, OOTD Corner dan juga ‘kids corner’ untuk anak-anak bermain turut disediakan.

Kids Corner sesuai untuk anak-anak bermain

OOTD Corner mengimbau kenangan berpuasa dikampung

Buat pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis di Dewan Bankuet MBSA, perkhidmatan layanan VVIP dan hidangan secara Dome juga disediakan. Begitu juga dengan tajaan berbuka puasa untuk anak-anak yatim bagi pelanggan individu atau korporat yang ingin membuat tajaan turut ditawarkan.

Sementara itu bagi yang mahu menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri, Nusantara Catering & Event menawarkan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat berpatutan. Telah berpengalaman dalam pelbagai penganjuran majlis dan kenduri memberikan mereka satu sisi lain dalam setiap majlis yang dianjurkan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang cukup enak di Buffet Ramadhan 2023 - Dewan Bankuet MBSA yang dibawakan oleh Nusantara Catering & Event ini. Semua tempahan boleh di buat dengan menghubungi 011-54040385 atau Emel: nusantaracatering.event@gmail.com

Tiktok: www.tiktok.com/nusantaracatering.event

FB: www.facebook.com/Nusantaracatering.event

IG: www.instagram.com/nusantaracatering.event

Read More

19 March 2023

Hotel KSL Esplanade Klang Kini Dibuka

Hotel KSL Esplanade, generasi baharu KSL Holdings Berhad mengumumkan pembukaannya hari ini. Terletak secara strategik dikelilingi oleh kehijauan yang subur, dengan beberapa pemandangan bandar dan salah satu bar atas bumbung tertinggi di Klang, Selangor. 

Hotel KSL Esplanade merangkumi reka bentuk kontemporari moden dan kehidupan mampan untuk memberikan pengalaman hospitaliti yang segar dan dinamik kepada pelanggan. 

Majlis pelancaran Hotel KSL Esplanade, Klang

Hotel KSL Esplanade yang dibina bertujuan untuk meningkatkan pelancongan melalui pelaburan yang inovatif dan berterusan dalam infrastruktur hospitaliti. 

Hotel ini juga menawarkan masakan pilihan superlatif tempatan dan pengalaman riadah hotel yang menampilkan bar atas bumbung, kedai kopi, pusat kecergasan, spa Onsen dan pelbagai ruang acara yang elegan bagi pengembara perniagaan dan para pengunjung. 

Bilik & Suite Tetamu 

Hotel ini mempunyai 403 penginapan sederhana kontemporari dan moden termasuk bilik tamu dan suite, termasuk 214 Bilik Superior, 134 Bilik Deluxe, 20 Bilik Keluarga, 29 Bilik Premier, 4 Suite Eksekutif dengan 2 Bilik Tidur, 1 Suite Junior dan 1 Suite Deluxe yang menawarkan penginapan kepada tetamu dipenuhi dengan kepuasan. 





Bilik Mesyuarat 

Hotel KSL Esplanade menawarkan beberapa tempat acara dengan pelbagai aspek yang elegan dan setiap satu dikonfigurasikan secara dinamik untuk menjadikan setiap majlis tidak dapat dilupakan malah lebih bermakna. 

Terdapat 9 bilik mesyuarat yang terletak di Aras 2 dan Aras 4 yang boleh memuatkan sehingga 100 orang setiap bilik. 

Sebuah tempat yang indah, Hotel KSL Esplanade benar-benar destinasi untuk majlis perkahwinan, persidangan, acara gala dan majlis koktel dengan kapasiti pengacaraan sehingga 2,000 tetamu. Tambah membanggakan ia adalah salah satu "ballroom" hotel terbesar di Klang, Selangor. 

Satu pasukan kakitangan berbakat dengan perkhidmatan jamuan yang terlatih disediakan untuk membantu setiap majlis. Setiap majlis yang ingin diadakan perlulah membuat pesanan terlebih dahulu. 

Makan 

Salah satu keunikan hotel ini ialah skybar di tingkat 23, Sora yang menawarkan pemandangan panorama Klang. Nikmati pertemuan kopi di restoran sepanjang hari kami, Birch yang memfokuskan destinasi kuliner, menempatkan konsep gastronomi yang luas dan menampilkan pilihan masakan kontemporari Antarabangsa dan Asia. 

Spa & Kesihatan 

San Onsen yang tenang disusun untuk mempromosikan kesejahteraan umum. Rawatan itu dipercayai dapat mengurangkan keletihan, meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan keserian kulit. Bertumpu pada budaya onsen tradisional Jepun yang asli dengan 4 kolam renang peribadi tradisional dan 3 kolam besar untuk lelaki dan wanita, San Onsen menawarkan pengalaman spa yang menyegarkan kepada pelanggan. 

Hotel KSL Esplanade turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di pusat kecergasan yang luas, gim ini menempatkan peralatan kecergasan premium termasuk treadmill, basikal senaman dan stesen pemberat dengan koleksi mesin pemberat. 

Terdapat juga sebuah kolam yang besar dan menarik yang dilengkapi dengan ciri permainan air untuk bergembira dan ketawa bersama keluarga. 


Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Hotel Esplanade turut menyediakan buffet Ramadan sepanjang bulan Ramadan ini.

Buffet Ramadan Hotel KSL Esplanade

Diberi nama Santapan Warisan, buffet ini akan berlangsung dari 25 Mac hingga 19 April 2023.

Untuk menghubungi Hotel KSL Esplanade atau membuat tempahan, e-mel reservations@kslkl.my, hubungi +60330002288 atau layari https://www.kslesplanadehotel.com


Read More

18 March 2023

MAHA Buffet Ramadan Di MAEPS | Buffet Ramadan Terbesar Di Malaysia Tahun 2023

Umum bagi kita akan berkumpul bersama keluarga dan berbuka bersama-sama. Saudara-mara dekat dan jauh pasti ingin menikmati juadah berbuka sama-sama. Oleh yang demikian pemilihan tempat berbuka puasa adalah penting dan yang pastinya mesra warga emas, OKU dan kanak-kanak. 

Pelancaran MAHA BUFFET iaitu BUFFET BERBUKA/IFTAR TERBESAR MALAYSIA PADA 2023 telah berlangsung baru-baru ini. Projek MAHA BUFFET ini melibatkan dua otai dalam dunia F&B iaitu Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang masakan. 

Maha Buffet Ramadan 2023 Gabungan Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong

Kedua-dua restoran ini yang terkenal dengan menu tengahari seperti sotong gergasi bakar & Western food telah bergabung bagi menjayakan projek mega Ramadan ini. Projek MAHA BUFFET ini akan bermula pada Ramadan kedua iaitu 25 Mac 2023 sehingga 20 April 2023 bermula 6.30 petang hingga 9.30 malam di Dewan C, MAEPS Serdang. 


Ia digelar sebagai MAHA BUFFET kerana mempunyai lebih 200 jenis menu setiap hari dan 20 gerai live cooking menu yang terdiri dari bakar-bakar, masakan kampung, western dan street food, pencuci mulut, kuih-muih & menariknya di MAHA BUFFET turut menyediakan Kids Food Station supaya kanak-kanak juga turut menikmati menu berbuka yang lazat & menepati citarasa anak-anak. 

Dengan tagline “Family Friendly Buffet”,mereka menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan seisi keluarga sebelum waktu berbuka. Antaranya seperti Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami & pelbagai lagi aktiviti menarik. Lebih menarik setiap hari akan diserikan dengan persembahan dari LIVE BAND, artis nasyid & perkongsian dari penceramah-penceramah serta ustaz terkenal tanah air seperti Ustaz Shamsul Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi sepanjang bulan Ramadan.

Julung kalinya, MAHA BUFFET turut menganjurkan program tadarus Al-Quran yang akan diadakan setiap hari sebelum berbuka puasa. Ia memberi peluang kepada semua muslimin dan muslimat untuk bertadarus sementara menunggu waktu berbuka. 

Ruang makan yang luas dan berhawa dingin sepenuhnya pasti akan memberi keselesaan kepada keluarga yang datang untuk meluangkan masa iftar bersama. Kemudahan lain seperti surau yang luas, ruang parking percuma seluas 1 ekar, malah MAHA BUFFET turut menyediakan ruang parking VIP & Valet Parking untuk memudahkan semua pengunjung yang datang. 

Pelbagai jenis juadah makanan dan minuman yang sedap dan terasa seperti makan dirumah bakal menambat citarasa pengunjung yang hadir. Semuanya cukup rasa dan bahan dan yang paling penting dimasak dengan BERSIH. Setiap masakan itu dimasak dengan penuh kasih sayang & teliti penyediaanya.  





Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi. Hanya RM89.90 SAHAJA untuk dewasa & RM49.90 untuk kanak-kanak/OKU/Warga emas serta PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah. 

Jangan lepaskan peluang yang sangat berbaloi untuk nikmati:

1. 200 jenis menu pelbagai jenis

2. Lebih 20 aktiviti untuk kanak-kanak

3. 2 mega Kids area 

4. Persembahan artis nasyid terkenal

5. Perkongsian penceramah terkenal tanah air 

6. Ruang makan berhawa dingin sepenuhnya 

7. Parking PERCUMA 

8. Surau yang luas & selesa

So, korang yang nak tahu lebih details atau nak terus tempah online pun boleh, klik je link di bawah ni okay.

https://mahabuffet.com.my

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila layari : https://linktr.ee/munstermalaysia




Read More

16 March 2023

ShopeeFood Memberi Ganjaran Kepada Rakan Penghantaran Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia

Sambutan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada sumbagan rakan penghantaran wanita dalam industri penghantaran makanan #shopeedeliverslove

Bersempena Hari Wanita Sedunia pada bulan Mac, ShopeeFood telah menganjurkan program istimewa bagi memberi penghargaan kepada rakan penghantaran wanita ShopeeFood di Lembah Klang. Acara ini dilancarkan dengan kerjasama beberapa jenama terkemuka seperti NIVEA, Marrybrown, Chatime Malaysia dan L'Oréal Malaysia. Hampir 60 rakan penghantaran wanita, bersama rakan-rakan mereka, telah mengambil bahagian untuk menyambut peristiwa istimewa ini.

ShopeeFood Memberi Ganjaran Kepada Rakan Penghantaran Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia

Tambahan lagi, ShopeeFood juga telah menganjurkan program pembangunan kendiri, yang dihoskan oleh pakar sains sosial dan kemanusiaan, Profesor Dr Hadija Mohd, yang merupakan pengasas rangka kerja Personal Initiative Intelligence (PI-Q).

Rangka kerja PI-Q bertujuan membina kemahiran insaniah yang sangat penting dalam membantu rakan penghantaran untuk meningkatkan prestasi kerja mereka. Justeru, pendekatan unik ini dapat memberi fokus kepada pembangunan kualiti dalaman individu seperti daya tahan, kesedaran diri dan juga empati.

Rakan-rakan penghantaran ShopeeFood wanita yang menghadiri program

Pada akhir program ini, rakan-rakan penghantaran ShopeeFood telah diberikan satu penilaian berdasarkan program PI-Q. Tiga rakan penghantaran yang mempunyai skor tertinggi telah dipilih untuk diberikan biasiswa pembelajaran di universiti yang terkenal untuk melanjutkan pembelajaran mereka. ShopeeFood telah memilih City Continued Education Centre sebagai penaja biasiswa pembelajaran ini, yang bernilai lebih daripada RM60,000.

Pada pendapat Kwa Yin Leng, Ketua Operasi ShopeeFood Malaysia, sambutan ini merupakan satu peristiwa penting untuk mengenali sumbangan para wanita di dalam industri penghantaran makanan. “ShopeeFood ingin memberikan rakan penghantaran wanita kami persekitaran yang penuh sokongan supaya mereka berasa selamat dan dihargai. Kami sangat gembira untuk bekerja dengan pelbagai jenama terkenal untuk mempamerkan penghargaan kami terhadap rakan penghantaran wanita dengan cara yang lebih bermakna. Program pembelajaran ini akan membawa banyak manfaat dan juga akan memberi impak yang positif kepada kehidupan mereka.” kata beliau.

Selain daripada program pembelajaran kendiri, rakan penghantaran juga telah menyertai bengkel penjagaan kulit dan kebersihan diri yang ditaja oleh NIVEA. Dalam bengkel ini, pakar-pakar daripada NIVEA telah membuat demonstrasi tentang penjagaan kulit dankebersihan diri yang bermanfaat kepada rakan penghantaran yang sering sekali terdedah kepada pelbagai jenis cuaca semasa melakukan pekerjaan. Pada akhir sesi ini, rakan penghantaran diberikan produk-produk NIVEA untuk menolong mereka dengan memulakan cara penjagaan kulit dan kebersihan diri yang baru.

Sebagai acara utama sambutan ini, ShopeeFood telah menganjurkan satu panel perbincangan yang juga telah disiarkan secara langsung dalam aplikasi Shopee dan juga media sosial ShopeeFood. Perbincangan menarik ini membawa tiga wajah terkenal di Malaysia untuk kongsi pengalaman mereka dalam melalui cabaran hidup dan perjalanan mereka menuju ke kejayaan.

Antara barisan panel yang terlibat adalah:

● Datuk Shalin Zulkifli, merupakan seorang pemain boling profesional dan bekas atlet negara yang telah mewakili Malaysia selama 28 tahun dalam pelbagai persaingan antarabangsa. Pada masa kini, beliau telah pun memegang 5 gelaran kejohanan sedunia. Beliau juga merupakan penyokong vokal untuk hak kesaksamaan jantina.

● Nandini Balakrishnan, merupakan seorang pengaruh media sosial dan producer video yang bekerja dengan syarikat media terkenal di Malaysia. Dia telah menulis secara meluas tentang diskriminasi dan kerja beliau telah ditampilkan di pelbagai penerbitan antarabangsa. Pada tahun 2021, Nandini telah diberi anugerah Women of The Future Awards Southeast Asia dalam kategori seni dan budaya.

● Natasha Helwa Binti Ramlee, merupakan seorang usahawan wanita dan peniaga ShopeeFood. Beliau merupakan anak sulung kepada tiga beradik yang mengasaskan restoran Tiga Budak Gemok. Mereka bermula daripada kecil dengan mendirikan gerai di bawah pokok dan kini restoran Tiga Budak Gemok telah pun berkembang pesat dan boleh dijumpai di lebih daripada enam negeri di Malaysia. 

Sebagai pengakhiran program sambutan Hari Wanita Sedunia ShopeeFood, rakan penghantaran menjamu selera dengan makananan yang ditaja oleh Marrybrown dan Chatime Malaysia. Antara makanan yang dihidang adalah Nasi Lemak MB dari Marrybrown dan pelbagai variasi minuman dari Chatime Malaysia, seperti Grass Jelly Roasted Milk Tea, Mango QQ, Lychee QQ dan Passionfruit QQ. Sebelum bersurai, rakan penghantaran diberi cenderahati yang ditaja oleh L'Oréal Paris yang bernilai lebih daripada RM12,000.

ShopeeFood Mid Month Sale

Untuk satu hari sahaja, pada 15 Mac 2023, dapatkan diskaun pada pelbagai makanan dan minuman di ShopeeFood. 

Nikmati:

● Diskaun Super Deals sehingga RM21

● Diskaun sehingga RM30

● Penghantaran Percuma (RM0 Pembelian Minima)

Read More

Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya Bakal Dipentaskan Pada 26 Mei 2023

Barisan pelakon Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya yang bakal dipentaskan pada 26 Mei 2023

Kini selepas 4 tahun berlalu, pada tarikh 26 Mei 2023 bersamaan dengan hari Jumaat sekali lagi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment bakal menganjurkan bahagian kedua siri pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya. Pementasan kali ini akan dipentaskan di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dan bakal dipentaskan oleh para pelakon seperti Pelawak Lagenda Negara Imuda, Abu Mamu, Kumpulan Kiut Juara Gegarlawak musim pertama, Caca Raja Lawak, Azmir Cuit Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak, Lanun Resdongs dan ramai lagi bakat istimewa dari Resdongs Entertainment. Sekali lagi Lanun Resdongs akan bertanggungjawab selaku Pengarah untuk teater ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor, Ahmad Azri Zainal Nor

Pada tahun 2019, telah berlangsung persembahan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Gombak yang dibawakan khas oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor. Pementasan ini dibarisi oleh para pelawak terkenal tanahair seperti Wan Raja, Bell Ngasri, Ropie, Mamak Puteh, Ali Puteh, Abu Mamu, Lanun Resdongs dan para pelakon dari Resdongs Entertainment dan telah ditonton oleh lebih dari 1000 orang penonton.

Pementasan ini telah diarahkan oleh Lanun Resdongs dan juga telah menampilkan penampilan khas Azharina Juara Gegar Vaganza 3 dan juga Pengurus Artis terkenal tanahair iaitu Jojie. Lebih manis pada malam itu adalah kehadiran Penaung PEMADAM Selangor, Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor : Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Bin Shari bersama isterinya Datin Seri Masdiana Muhamad.

Pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya akan digegarkan lagi dengan penampilan khas Ratu Rock Malaysia ELLA bersama suami tercinta Kapten Azhar dan kakak serta Pengurusnya iaitu JOJIE. Pentas teater akan dipanaskan lagi dengan kemunculan pemain gitar lagenda Malaysia iaitu JO BRANKO (ex Wings). Boleh dikatakan ini adalah penampilan pertama JO BRANKO di pentas teater tanahair. 

Bakal menggamatkan lagi suasana apabila Selebriti Chef Malaysia iaitu Chef Yang Jamil dan Khairul Nizam, pemenang musim kedua program televisyen All Together Now Malaysia juga akan membuat penampilan istimewa pada malam tersebut 100 tiket telah pun ditempah oleh agensi agensi tertentu dan baki tiket yang tinggal hanyalah 900 tiket sahaja lagi untuk memenuhi Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 

Tiket pementasan Teater Komedi Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya yang berharga RM 60 (Kategori 1), RM 80 (Kategori 2) dan RM 120 (VIP) boleh dibeli secara atas talian di www.myticketempire.com bermula dari hari ini (15 Mac 2023). Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung melalui aplikasi Whatsapp di 0177054996.

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment percaya bahawa penyampaian mesej anti dadah kepada masyarakat perlu diperluaskan lagi bukan hanya melalui medium yang telah menjadi kebiasaan sejak dahulu tetapi mesej anti dadah ini dapat juga disampaikan melalui medium yang lain dari kebiasaan iaitu pementasan teater. Penampilan selebriti hebat tanahair seperti Ella, Jojie, Imuda, Jo Branko dan artis-artis yang lain juga menunjukkan semangat yang cukup kuat dalam usaha membasmi gejala dadah yang semakin menular hari demi hari di negara tercinta kita.

Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada Penaung PEMADAM Selangor, Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor : Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Bin Shari diatas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh beliau kepada PEMADAM Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan Resdongs Entertainment untuk menjalankan aktiviti anti dadah di Selangor Darul Ehsan ini. 

Semoga usaha murni untuk membanteras gejala dadah ini diberkati Allah SWT InsyaAllah.

TEATER KOMEDI SERAM ANTI DADAH : DARI CHEROK TOK KUN KE PUTRAJAYA

Tarikh : 26 Mei 2023 (Jumaat) jam 8.45 malam

Lokasi : Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Mengisahkan tentang Danish Mikhael anak muda dari Cherok Tok Kun yang mendapat peluang bekerja di Putrajaya tetapi dihalang oleh ayahnya yang hanya mahu dia bekerja di kampung. 

Manakala di kampung pula ada sekumpulan anak muda iaitu rakan rakan Danish Mikhael yang terlibat dalam gejala dadah. Tidak cukup dengan masalah dadah, Cherok Tok Kun juga diganggu oleh entiti makhluk halus. 

Dapatkah Danish Mikhael mengubah nasibnya untuk ke Putrajaya dan dalam masa yang sama membantu rakan rakan kampung yang terlibat dalam gejala dadah serta dapatkah masalah entiti makhluk halus diselesaikan? Jom kita saksikan pementasan Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya untuk mencari jawapan kepada semua di atas. (Cerita ini hanyalah rekaan semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Jika terdapat persamaan penceritaan, ianya hanyalah kebetulan sahaja)

Para Pelakon : Imuda, Abu Mamu, Kumpulan Kiut Juara Gegarlawak musim pertama, Caca Raja Lawak, Azmir Cuit Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak, Lanun Resdongs dan ramai lagi bakat istimewa dari Resdongs Entertainment

Penampilan Khas : Ella, Jojie, Jo Branko, Kapten Azhar, Chef Yang Jamil, Khairul Nizam (Juara All Khas Together Now Malaysia musim kedua)

Dibawakan Khas oleh : Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor

Rakan Strategik : Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI)

Dengan Kerjasama : Sajian Sejati Sdn Bhd

Rumah Produksi : Resdongs Entertainment

Pembelian Tiket : www.myticketempire.com

Harga Tiket : RM 60 (Kategori 1), RM 80 (Kategori 2) dan RM 120 (VIP)

WhatsApp : 0177054996

Read More

10 March 2023

Buffet Ramadan Bersama Rabbani Bertemakan Perkampungan Madani Ramadan Dihayati

Menyahut seruan kerajaan, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation membawa TEMA PERKAMPUNGAN MADANI RAMADAN DIHAYATI bersempena bulan Ramadan 2023. Ini menjadikan Semenyih Eco Venture Resort & Recreation sebagai pusat pelancongan Madani terbesar di Malaysia dengan pelbagai aktiviti menarik yang sedia ada di sini.

Buffet Ramadan Bersama Rabbani Bertemakan Perkampungan Madani Ramadan Dihayati

Sepanjang majlis berbuka puasa nanti, kumpulan Rabbani akan berbuka bersama pengunjung dan membuat persembahan. Pemilihan kumpulan Rabbani sebagai artis dan juga rakan synergi ialah kerana kredibiliti, pengaruh dan telah mencipta nama tersendiri dalam industri hiburan tanah air. 

Semenyih Eco Venture Resort & Recreation adalah tempat rekreasi yang akan membawa anda kembali ke alam semula jadi dan menjauhkan anda dari kesibukan kota. Dengan tanah seluas 20 ekar, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation menyediakan aktiviti yang terbaik untuk teambuilding, hari keluarga, acara sukan dan perkhemahan . Anda akan berpeluang untuk mencuba pelbagai aktiviti seperti memanah, paintball, berbasikal, berkayak, aktiviti “high rope” seperti flying fox, wall climbing atau aktiviti yang lebih lasak seperti meredah hutan dan sungai dan juga ATV. 

Semenyih Eco Venture Resort & Recreation juga merupakan tempat penginapan kontainer terbesar di Malaysia. Selain daripada itu, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation turut menyediakan pelbagai pilihan makanan seperti masakan Thai, masakan Western dan juga steamboat. 

Program iftar dan madrasah Ramadan

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation. Antaranya kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) menyediakan program dalaman dan luaran seperti dibawah.

PROGRAM PERKAMPUNGAN MADANI RAMADAN DIHAYATI

PAKEJ MADRASAH RAMADAN

23 Mac to 20 April (Sebulan)

Aktiviti :

- Kelas pengajian kitab

- Program kerohanian Tadarus, Terawih & Qiamullail

- Berbuka puasa, moreh dan sahur

- Aktiviti Out door 

- Iftar Jamaie

Pakej untuk seorang RM1990.00


PAKEJ LAILATULQADAR

12 April 21 April (10 malam terakhir) 

Aktiviti :

- Kelas pengajian kitab

- Program kerohanian Tadarus, Terawih & Qiamullail

- Berbuka puasa, moreh dan sahur

- Aktiviti Out door 

- Iftar Jamaie

Pakej untuk seorang RM1990.00

Bagi pakej berbuka puasa bersama Rabbani akan bermula dari 1 Ramadan hingga 27 Ramadan 1444 Hijrah.

PAKEJ BERBUKA PUASA BERSAMA RABBANI 

DEWASA RM68.00 

KANAK - KANAK 6-12 TAHUN RM34.00

WARGA EMAS 60 TAHUN KEATAS RM40.00

KANAK - KANAK 6 TAHUN KEBAWAH PERCUMA

Diskaun sebanyak tiga puluh peratus (30%) akan diberikan pada mereka yang membuat tempahan pada tiga (3) hari pertama dan tiga (3) hari terakhir. 

Menyediakan lebih 200 menu masakan traditional Malaysia, Asia dan Timur Tengah terdiri dari satu pasukan pakar masakan yang berpengalaman.

Bagi pelanggan yang berbuka puasa bersama Rabbani di SEMENYIH ECO VENTURE RESORT & RECREATION sepanjang Ramadan ini akan memenangi hadiah cabutan bertuah berupa Dua (2) pakej Umrah, tajaan MJ Success Travel & Tours Sdn Bhd dan Satu (1) pakej Umrah, tajaan As Safa Travel Sdn Bhd. Hadiah harian berupa pakej percutian 2 Hari 1 Malam di SEMENYIH ECO VENTURE RESORT & RECREATION.

Hadiah cabutan bertuah berupa Dua (2) pakej Umrah, tajaan MJ Success Travel & Tours Sdn Bhd

Hadiah cabutan bertuah berupa Satu (1) pakej Umrah, tajaan As Safa Travel Sdn Bhd

Hadiah harian berupa pakej percutian 2 Hari 1 Malam di SEMENYIH ECO VENTURE RESORT & RECREATION

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berhubung dengan:

HQ Semenyih Eco Venture Resort & Recreation di talian +6017 420 9358

Muhammad Aiman di talian +6019 239 0668
Afrina Izzati di talian +6011 2814 2816

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com