Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

Read More

Tempat Menarik Di Jelebu Negeri Sembilan

Taman Negeri Kenaboi
Read More

Produk Mampu Milik LUNAGLOW Dari DR. Irma Skincare

Harga produk ini sangat mampu milik dan dijual pada harga bawah RM 45
Read More

OKAD | Dewan Majlis Perkahwinan Bukit Jelutong Shah Alam

Okad Event Space terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam
Read More

Rawatan Laser Hair Removal di Premier Clinic Sangat Efektif dan Berkesan

Antara sebab Qiss pilih rawatan ni sebab ia tahan lama dan tidak menyakitkan
Read More

3 Langkah Mudah Menjaga Kulit Dengan Bare Essentials Skincare dari Althea

Set rawatan penjagaan kulit dari Althea iaitu Bare Essentialdiv>

27 July 2019

4 Orang Pemenang The Face Of Healthy Beauty Guardian Malaysia

Hari ini tercipta sejarah selepas dua bulan pencarian wajah cantik dan sihat serta duta Guardian Malaysia.

Empat orang daripada 16 orang peserta akhir telah dinobatkan sebagai pemenang The Face Of Healthy Beauty Guardian Malaysia di pertandingan peringkat akhir The Face Of Healthy Beauty Guardian Malaysia yang berlangsung di Central I-CITY Shah Alam.

Pemenang The Face of Healthy Beauty Guardian Malaysia


Tahniah kepada KARYLL CHEE KAR YEE, YASMIN BINTI KHALID, NURUL EZZATY BINTI HASBULLAH dan NUR AIMI BINTI ABDUL GHANI. Kesemua keempat-empat peserta ini akan menandatangani kontrak satu tahun sebagai Duta Jenama Guardian dan membawa pulang hadiah RM10 000 wang tunai dan RM10 000 baucar Guardian serta wang tunai RM5000 akan diberikan kepada peserta untuk disumbangkan kepada badan kebajikan yang terpilih.




Pemenang The Face Of Healthy Beauty Guardian kali ini akan menjadi wajah pilihan Guardian untuk katalog-katalog yang akan dicetak oleh Guardian sepanjang tahun 2019.

Di peringkat akhir pertandingan, cabaran pertama peserta ialah memperkenalkan diri dan diminta untuk menceritakan tentang pakaian yang mereka pilih untuk pertandingan akhir.

Cabaran kedua ialah memilih salah satu produk di Guardian dan mereka diminta memberi sebab kenapa memilih produk tersebut.

Cabaran terakhir ialah menghias terrarium menggunakan produk dari Guardian.



Peserta diberi masa 30saat untuk menjelaskan tentang rekaan terrarium mereka




Menarik kan. Pertama kali juga Qiss dengar tentang terrarium ni.

16 orang finalis The Face Of Healthy Beauty Guardian

Selain empat pemenang utama, terdapat lapan pemenang kategori dan mereka adalah:

Paling Sihat (diilhamkan oleh Blackmores) – Cruzellyn Alex

Paling Elegan (diilhamkan oleh Bio-essence) – Palvinder Kaur A/P Savinder Singh

Paling Kelihatan Muda (diilhamkan oleh Garnier) – Nur Aimi Binti Abdul Ghani

Paling Ekspresif (diilhamkan oleh L’oreal) – Karyll Chee Kar Yee

Paling Bersemangat (diilhamkan oleh Maybelline) – Nurul Ezzaty Binti Hasbullah

Paling Berkeyakinan (diilhamkan oleh Nivea) – Alwizah Al Yafii Binti Ahmad Kamal

Paling Ceria (diilhamkan oleh Safi) – Vanessa Yoong Foong Woon

Paling Menawan (diilhamkan oleh TRESemmé) – Nor Marissa Alia Binti Ahmad Lokman

Setiap pemenang kategori membawa pulang hamper produk bernilai RM500.


Barisan juri The Face Of Healthy Beauty Guardian
Peserta diadili oleh 5 orang juri antaranya Saharul Ridzwan dan Mawar Rashid yang merupakan artis dan pelakon Malaysia.



Qiss juga tak lepaskan peluang untuk bergambar bersama pemenang, Nurul Ezzaty. Nak ambil aura untuk pertandingan tahun depan. Hahahah..

Bagi pelanggan Guardian yang telah mengundi finalis kegemaran mereka untuk menang dalam Pusingan Akhir, teruskan mengikuti laman Facebook Guardian untuk mengetahui siapakah pengundi bertuah yang dipilih oleh para pemenang untuk memenangi baucar Guardian bernilai RM500. 

Maklumat lanjut tentang pencarian dan finalis pertandingan akhir serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my

Read More

26 July 2019

Arabic Comprehensive Conference and Exhibition 2019

26-28 July 2019 Arabic Comprehensive Conference and Exhibition will be held in PWTC. 

The conference and exhibition are the largest and most significant Arabic event in Asia. It is the first of its kind that makes it possible to explore the full Arabic experience in Malaysia that is part of the integration process between Malaysia and the Middle East. 

The experience is represented by a comprehensive function that ranges from various showrooms  providing venues for conferences, commercial and investment exhibitions,  cultural shows to a section of business and services. thus the exhibition comprises commercial, cultural
and social areas.


The exhibition is organized in cooperation with all Arab embassies in Kuala Lumpur, Malaysian ministries of tourism and Ministry of International Trade and Industry with active participation by Arab student unions, embassies and pioneering organizations through a joint, experienced work team to present the best possible image of Arabs in Malaysia.



Leading businessmen ambassadors, commercial and cultural attaches and a number of Malaysian ministers are attending the exhibition, supervised by Arabi Group in view of its good connections with the Malaysian government and its professional capability to organize far much better exhibitions.

With a theme "Rich cultures, diverse markets", ACCE 2019 is an event that showcases the many opportunities in the Middle East that await businesses and travellers alike.

ACCE 2019 has set two sessions to honour Arab students who have completed their study in  Bachelor, Master's and PHD level. Education theme workshops have also been organized in tandem with one that highlights opportunities to further one studies in Malaysia.


Read More

22 July 2019

Lebih Mudah Jual Kereta Dengan Carsome

Korang ada rancangan untuk jual kereta korang ke? Nak tak dapatkan harga terbaik. Korang boleh je daftarkan dengan CARSOME untuk bida mahupun jual terus. Kalau bida, korang boleh dapat 10-20% lebih daripada harga trade in tau.



Cara-caranya ialah :

1. Daftar secara online untuk khidmat pemeriksaan percuma.

 2. Datang pada tarikh pemeriksaan.

 3. Korang boleh pilih sama ada bidaan atau jual terus kepada CARSOME.

 4. CARSOME akan selesaikan semua kertas kerja dan buat bayaran kepada korang.

Proses pemeriksaan dilakukan untuk menilai harga sesebuah kereta yang ingin dijual. Masa yang diambil sekitar 15-30minit.


Sekiranya korang setuju untuk menjual kereta korang, korang boleh pilih sama ada hendak jual pada harga yang Carsome bagi atau korang boleh pertimbangkan untuk bidaan.

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke website Carsome www.carsome.my


Read More

19 July 2019

Shopee24 Express Delivery service with Shopee Mart Great Deals and Offers

Shopee Mart which comes with a next-day delivery guarantee via its Shopee24 Express Delivery service, not only features groceries, health and beauty products, but also irresistible electronics deals that you will not want to miss!

Popular models of mobile phones, accessories, computer peripherals, home appliances such as the Xiaomi Mi 9 SE, Morgan Rice Cooker and more are available at attractive prices and all with a 100% authenticity guarantee. Enjoy additional perks such as a 15-day hassle free return policy, free shipping, 0% Shopee installment plan and also earn Shopee Coins (a Shopee currency) along the way.



With Shopee Guarantee, shoppers can have peace of mind when shopping on the platform as Shopee holds the money from all purchases in escrow and only releases the payment to sellers after buyers have confirmed receipt of product. Should the user feel that there are any problems or dissatisfaction with regards to their products, they can request for a refund from our friendly customer service crew.


Put in your order by 2pm (excluding Sunday and public holidays) to ensure that you receive your products the next day or your next shipment will be on Shopee.

Presently available for users within Klang Valley, Shopee24 serves to answer the call of consumers for speedy fulfillment when shopping online. For further savings from now till 21 July 2019, apply the code SMLEMA5 to receive a RM5 rebate with a minimum spend of RM100.

 Don’t miss out on the limited-time only special electronics deals available on Shopee Mart.

Let's shopping guys!
Read More

18 July 2019

Majlis Pelancaran 1+1 Be Simplify Beauty Glamogenic Produk Penjagaan Wajah Berasaskan Ekstrak Brokoli

Lama kan tak bercerita pasal produk penjagaan wajah terbaru yang ada di pasaran ni. Kalau diikutkan memang banyak sampai tak tahu nak pilih yang mana.


Tapi bagi Qiss yang suka cuba produk penjagaan wajah, Qiss memang suka cuba produk baru sebab produk baru dalam pasaran sebenarnya telah diuji serta dinilai dan diperbaiki dari segi formula dari semasa ke semasa.




Qiss bukan saja-saja tukar skincare ni, kadang terlampau lama guna skincare yang sama, kulit dah serasi tapi Qiss nak juga cuba sesuatu yang baru.

Majlis pelancaran produk penjagaan muka dari Australia iaitu Glamogenic telah berlangsung pada 16 Julai 2019 Di Glasshouse at Seputih.


Menarik tentang produk ini ialah duta produk adalah penyanyi terkenal iaitu Nicholas Teo. Maknanya, tak kira lelaki atau perempuan memang sesuai guna produk ini.










Bahan utama untuk produk ini ialah ekstrak brokoli terbaik. Menarik kan.

Terdapat beberapa jenis produk antaranya:



✔️ Dynamic Brightening Mask
Mengurangkan bintik hitam, melembapkan kulit dan tiada lagi sel kulit mati sebab mask ni ada bahan pengelupasan untuk melembutkan kulit.


✔️Glamogenic Vitalize Soothing Mask efektif melegakan kulit sensitif dan keletihan serta mempunyai pelembap untuk menyegarkan kulit.


✔️Brassica Peeling Gel, gel pengelupasan yang tidak meninggalkan iritasi/keradangan pada kulit.





✔️ Antioxidant Vit C + Serum
Mengurangkan kedutan di wajah dan melindungi kulit wajah daripada sinaran UV merbahaya


✔️ Hyaluronic Booster Serum
Menegangkan kulit wajah dan melambatkan tanda penuaan kulit



✔️ Enliven Brightening Cream
Krim pencerah kulit, memudarkan parut dan melembapkan kulit wajah.


Kalau korang nak tahu, Qiss peminat Nicholas Teo ni. Dup dap dup dap tengok dekat-dekat. Tak dapat nak selfie pulak. Aduh. Tengok muka dia memang kulit cantik.. aumm..hehee.







Qiss nak kena cuba juga produk ni. Mana tau makin cantik berseri. Lagipun dia guna ekstrak brokoli kan. Tak merbahaya pada kulit.heee... korang nak cuba jugak tak?

Glamogenic skin care boleh dibeli di www.gladiz.com

Maklumat lanjut:

Facebook: Glamogenic Official Facebook
Instagram: @glamogenicofficial
Read More

15 July 2019

SAFI Micellar Natural Cleansing Water Mencuci Solekan Tanpa Pedihkan Mata Macam Bawang

Korang dah cuba ke SAFI Micellar Natural Cleansing Water ni?

Qiss mula-mula cuba sampel je. Lepas tu terus jatuh hati dan terus beli botol besar. 😍

Qiss suka pakai ni sebab senang betul nak cuci solekan lepas tu memang tak pedihkan mata langsung.

Tiga jenis iaitu rose, neem dan cucumber

Lagipun Qiss guna contact lens. Jadi kalau mata pedih bila pakai contact lens memang sakit sampai merah-merah mata.

Mujur ada SAFI Micellar Natural Cleansing Water ni.

Kesemuanya ada 3 jenis iaitu:

✔️ NEEM - Membersih dan mengawal minyak, sesuai untuk kulit berminyak dan jerawat.
✔️ CUCUMBER - Membersih dan melembapkan kulit, sesuai untuk kulit biasa dan sensitif
✔️ ROSE - Membersih dan mengecilkan liang pori, sesuai untuk kulit biasa dan kombinasi.


Cara penggunaan: 

Tuangkan pada kapas dan lapkan pada solekan sehingga bersih. Tak perlu bilas.



Haa.. korang dah tahu ke nak beli yang mana dan yang sesuai dengan kulit korang?
Qiss pilih Rose sebab Qiss memang suka bau bunga rose ni.


Untuk maklumat lanjut:
FB: SAFI
IG: @safimalaysia

#safimy #safimicellar #takpedihkanmata #SAFIMICELLARWATER #SAFISKINSTORY
Read More

07 July 2019

Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion Mencerahkan Kulit dengan Fungsi 2 Dalam 1

Dah dua minggu asyik beraya, kulit makin gelap sebab berjemur tengah panas, Qiss pulak tak suka muka berbelang ni. Separuh gelap separuh cerah. So Qiss gatal guna Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni.


So far pakai Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni memang best sebab dia 2 in 1. Gabungan formulasi penyegar & pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum.  Sekali sapu kat kulit, dia cepat meresap.



Safi Balqis OxyWhite Losyen Pencerah Menghidrat berfungsi:

• Memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan.

• Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid :

✓ Macro Hyaluronic Acid
✓ Nano Hyaluronic Acid
✓ Bio-Hyaluronate
✓ Oligo-Hyaluronic Acid
✓ Super Nano Hyaluronic Acid

• Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit

• Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.

OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE!



Korang boleh cuba juga tau, mana tahu serasi dengan kulit korang. Mesti korang happy.

Maklumat lanjut:
Facebook: SAFI
#SafiBalqisOxyWhiteHydratingLotion
#SafiBalqis
#SafiMalaysia
Read More

06 July 2019

Amalkan Cordyzyme Untuk Detoks Dan Nutrisi Tambahan. Dapatkan Potongan RM5 Dari Harga Asal

Hai korang, hujung minggu ni apa aktiviti korang? Qiss tolong mak masak je. Tapi lauk pauk semua ayam lah, ikan lah. Qiss jarang makan sayur jadi salah satu nutrient dalam badan dah berkurangan. So Qiss kena ambil minuman tambahan untuk gantikan sayur yang bukan dalam bentuk sayur lah kiranya. Sebab kalau bentuk sayur Qiss tak reti telan. 🤣


Dah consume CORDYZYME dan setakat ni Qiss dapat rasa ada perubahan kat badan Qiss. Badan rasa lebih ringan dan aktif. Sebab Cordyzyme ni membantu melancarkan perjalanan darah dan buatkan kita senang detoks.

Apabila consume cordyzyme ni penyerapan nutrient lebih mudah. Antara lain ia dapat meningkatkan tenaga dan metabolisma badan korang.

Cordyzyme ni mudah sangat nak minum, koyak peket lepas tu minum. Dalam satu kotak ada 20 peket tau. Mudah korang nak bawak gi mana-mana.

Sekarang tengah promosi kalau korang guna kod special (qisstiera5) korang akan dapat RM5 off daripada pembelian korang.

Nak beli kat mana tu? Beli online je kat https://www.dyna-nutrition.com/shop/products/cordyzyme/

Instagram: @dynamicnutrition123 #cordyzyme #healthproduct #healthy #beauty
Read More

04 July 2019

Promosi Sempena Pembukaan LuLu Hypermarket di 1 Shamelin Mall Cheras

Hai korang, Qiss ada berita baik nak share dengan korang ni. Mulai 1 Julai 2019, LuLu Hypermarket ada buka lagi satu cawangan kat 1 Shamelin Mall, Cheras.

Cawangan ini merupakan cawangan kedua LuLu Hypermarket setelah cawangan pertama dibuka di Kuala Lumpur bersebelahan bangunan Jakel.



Sempena pembukaan ini LuLu Hypermarket ada buat promosi sehingga 4 Julai dan sehingga habis stok lah kiranya. Tapi promosi bersambung dari 5 Julai dan korang masih boleh dapatkan barangan dengan harga murah.



Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Juga ramai jemputan VVIP yang hadir termasuk Yusuff Ali Chairman of LuLu Group memeriahkan majlis.



Seronok dapat shopping kat LuLu Hypermarket ni. Dah la dekat dengan rumah. Tawaran harga barangan pun menarik juga. Dalam pelbagai barangan yang ada kat sini, Qiss suka sangat dengan set periuk ni. Harga pun murah. Qiss jimat banyak.

Set periuk ni memang ramai yang beli sebab ada promosi

Qiss Beli ayam sebab sekilo hanya RM2.99 sahaja

Pada hari keempat Qiss datang kebanyakan barang promosi dah habis tapi ramai pelanggan menunggu kat pintu ni untuk dapatkan barangan mereka.

Masih ramai menunggu

Periuk nasi hanya RM25.00 Murah kan!

Bahagian pakaian juga terdapat di sini

Barangan kelengkapan dapur

Barangan masakan

Alhamdulillah lagi satu berita gembira, beras kat sini murah sebab ada promosi tau. Beza banyak tu.

Yeayy! Beras ada promosi

Boleh juga semak harga kat sini sebelum buat bayaran


Periuk ni sesuai untuk korang rebus daging. Cepat empuk tau.


Ok. Sini bahagian kekacang, kismis dan sebagainya. Korang boleh pilih nak kekacang yang mana dan berat yang korang nak.



Kat sini pun ada bahagian masakan panas dan banyak jenis makanan yang ada seperti ayam goreng, sotong goreng dan pelbagai lagi.



Telur memang murah untuk sepapan. Semua orang serbu kat tempat ni tau.
Qiss pun ambil juga sepapan. Boleh masak-masak kat rumah.

Masa baru sampai banyak lagi. Lepas tu, habis.hahahha

Kebiasaan kalau hypermarket baru buka memang ramai orang. Tengok je keadaan untuk ke kaunter bayaran LuLu Hypermarket ni. Memang ramai orang.



Tak puas lagi tengok gambar. Meh layan video Qiss ni. Jom tengok Qiss shopping.



Tahniah buat LuLu Hypermarket yang telah memberikan harga murah sempena pembukaan cawangan kedua mereka ini. Beruntung orang-orang Cheras.


Ada ke yang nak ikut Qiss shopping kat sini? Mesti korang teruja dan gembira.

Info lanjut promosi dan harga murah layari :
Laman web : http://malaysia.luluhypermarket.com/MY/all
Facebook : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL
Instagram : https://www.instagram.com/luluhypermy

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com